Rabu, 15 Julai 2015

Dakwah 30:Jadilah Orang beriman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Alhamdulillah atas nikmat Dia yang selalu perlu kita syukuri.
28 Ramadhan 1436H (15/7/2015)

Jadilah orang yang beriman.

Hari ini,Iman kita sentiasa dicabar dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang menjauhkan kita daripada Rabbi.
Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah akhirnya kepada perkara utama iaitu akidah.
Bukan mudah untuk jadi orang beriman pada zaman moden ini.
Hanya mereka yang qowiy saja akan tetap di atas jalan-Nya.
Satu tips yang kita sebagai islam dan In Shaa Allah sebagai mukmin perlu pegang erat dalam diri kita.

Orang yang beriman akan meninggalkan perkara yang tak bermanfaat kepada diri dia.
Kalau kita lihat balik diri kita,selama kita mengimani jiwa kehambaan kita ini,berapa banyak perkara tidak bermanfaat yang bermain dalam diri?
Sebut saja semuanya pasti tak terkira.

Perlu kita tahu alawiyat seorang mukmin yang mana dia menjadikan keimanan dasar kehidupan yang membawanya kehadapan mengenal diri dan pencipta.

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka dan jangalah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik. (Al Hadid,57 :16)
Asbabul Nuzul ayat di atas adalah peringatan daripada Allah swt,
"Diriwayatkan daripada ibnu Abi Syaibah bahawa ayat ini turun berkenaan dengan para sahabat Rasulullah saw yang saling tertawa dan bersenda gurau.Lalu turun ayat ini untuk memperingatkan mereka."

Orang beriman ini hatinya "sensitif" kepada maksiat.
Mereka takut akan Allah dan azabNya.
Mereka takut jauh daripada pandangan Allah.

Mungkin hari ini kita lupa bahawa suatu hari nanti kita akan bertemu dengan Dia.
Setiap manusia pasti akan mati tapi bagaimana cara kematian mereka itu tidak pasti.
Jadi,Ingin mendapatkan Husnul Khatimah,perlulah kita orang beriman dekat dengan Dia.
Dekat dengan Dia ialah dengan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.
Bagi orang yang dekat dengan Allah,perkara tidak bermanfaat mereka sangat berbeza.
macam mana tu?
macam nie hah...

Bermaksud,baik bagi orang-orang baik tapi buruk bagi orang-orang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kita kena jadi berbeza daripada orang lain!

Berbeza di dalam kebaikan.
Kita bukan nak jadi baik saja tapi nak jadi lebih baik.

Ingatlah bahawa orang beriman itu akan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.
orang yang beriman juga orang yang ingin dekat kepada Allah.
Dan daripada orang yang ingin dekat kepada Allah,pelbagai cara,tapi orang yang beriman itu,hasanatul abrar,wasayyiatul muqarrabin.
Kena tanam dalam diri kita bahawa iman tu perkara dasar dalam kehidupan.
Kita juga kena kuat dalam menjalani kehidupan sebagai orang beriman di dunia ini.

Jadilah orang beriman dimana sahaja kita berada,dengan siapa kita berada atau bila-bila pun kita berada.
Orang beriman itu orang yang ohsem!

Anda bila lagi?
Mari berubah dan mengubah diri kita.
Kita di dalam pandangan Allah.
Yakinlah!


Allahu musta'an.
Wallahua'lam.


Read more...

Sabtu, 23 Mei 2015

Random #4 :Kembali Menulis selepas 2 tahun

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah diberi keizinan oleh Allah untuk menulis kembali blog ini.
Maaf seribu kali maaf diatas "kefuturan" diri menulis blog.

Allah yang menggerakkan hati ini supaya hati ini menggerakkan orang lain pula.
Allah yang memegang hati ini supaya hati ini tidak mudah jatuh dipegang oleh tangan-tangan manusia.
Allah yang memberi peluang kepada diri ini untuk terus bermujahadah melawan keinginan nafsu syahwat.
Allah memberi kita kekuatan selama mana kita berada di jalannya.
Bukankah orang yang dekat dengan Allah itu orang yang beruntung?

Kerap kali bermain dalam fikiran.
Apa yang aku kejarkan dalam hidup?
Aku nakkan jawatan supaya dikenali?
Aku nakkan jawatan supaya ditinggikan oleh manusia lain?
Allah,Allah...

Muhasabah diri.
Jawatan paling tinggi bukan bermakna dekat dengan Allah.
Boleh jadi dekat,boleh jadi jauh.
Jadi,tinggikan Allah supaya Allah yang tinggikan kita.

Maaf aku terlupa apa yang aku pegang.
prinsip aku jelas.
"Apa yang menjauhkan aku daripada Allah,aku akan menjauhkan diri aku daripada dia."

Aku hanyalah hamba yang bernaung di bawah simpati Dia.
Aku kena kuat supaya aku mampu kuatkan orang lain.
Aku kena berubah supaya kau mampu mengubah suasana jahiliyyah yang ada.
Tapi perlu kau ingat cabarannya dan kau tidak mampu melakukannya berseorangan.

Kita ada Allah selalu.
Ingatlah.
Disaat manusia jauh daripada Allah,dia akan jauh daripada syurga,
Bukankah syurga yang kita dambakan?

Muhasabah wahai diri.
Kekuatan engkau ada pada pemilik alam semesta.
Teruskan berjuang walaupun jawatan apa yang engkau inginkan tiada.
Kau bukan ditinggikan dengan jawatan.
Kau ditinggikan kerana Allah meninggikan kau atas ketaatan kepada-Nya.

Aku ingin menjadi hamba Allah.
Bukankah itu satu tanda ketinggian?

Ulama juga menjadi hamba Allah.
Tingginya kedudukan mereka dengan Allah.

"Jagalah Allah,nescaya Allah menjaga kamu" 

Read more...

Rabu, 22 Mei 2013

Dakwah 29:Cikgu pernah berpesan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Selamat Pagi semua!
Pagi yang penuh barakah dan diizinkan untuk menulis lagi entri kali ini.
Bismillahirrahmannirrahim.

Bagi Penuntut Ilmu,Bacalah!

Janganlah menjadi "Penunggu ilmu",
Jadilah "Pencari ilmu".

Itulah pesan seorang murabbiku.
Tanpa kita sedar,kita sering menanti dan mengharap sedangkan usaha kita untuk mencari masih kurang.

Mari kita petik beberapa hadis,
“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78].

Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan:
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”
[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].


Adakah mempelajari ilmu ini satu tanggungjawab?
Lihatlah bagaimana amaran yang diberikan kepada orang yang berilmu ini.

Ikhlas lah kita bila nak belajar nanti.
Kita bukan cari kemasyuran.
Bukan cari kebendaan.
Bukan cari keuntungan duniawi semata-mata.
Bukan mencari pujian.
Bukan mencari kebanggaan.

Tapi kita mencari Redha Allah.
Kita mencari Barakah Allah.
Kita mencari cara dekat dengan Allah.
Dan paling penting,Kita sebenarnya sedang mencari Allah.
Dengan belajar,Kita kenal Allah.
Bukan dengan belajar,kita makin sombong dengan Allah.
Bukan dengan belajar,kita makin jauh dengan Allah.
Bukan dengan belajar,kita makin lupakan Allah.
Itulah baru dinamakan orang yang belajar kerana Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman, Kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu"(Surah Muhammad:7)
Nampak tak?
Adakah dengan belajar kita dapat kenal Allah saja?
Tidak semata-mata.

Dengan belajar,kita dapat membela agama Allah.
Nampak tak jaminan Allah bagi tu?
Yakin tak kita?

Yakinlah bahawa orang yang belajar kerana Allah,Allah dah letak satu jaminan untuk mereka.
"...nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu"
Nampak?Pembelaan Allah siapa yang mampu nafikan?
Allah akan meneguhkan tapak pendirian mereka.
Allah akan membela mereka yang membela agama Allah.
Kan?
Yakinlah sahabat semua!
Sesungguhnya,Belajar kerana Allah tak akan pernah rugi.
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami,
Sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
(Al Ankabut:69)
Satu lagi jaminan daripada Allah.
Yakinlah!
"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,
maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga"
(Riwayat Muslim)
Subhanallah!
Hebatnya jaminan yang Allah bagi untuk penuntut ilmu seperti kita semua ini!

Mari kita lihat hadis yang pernah kita belajar dalam Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kelebihan Orang yang menuntut ilmu,
"Allah SWT akan mempermudahkan jalan ke Syurga bagi mereka yang berusaha untuk menuntut ilmu.Para Malaikat sentiasa bersama dengan orang yang menuntut ilmu pengetahuan kerana redha perbuatan tersebut.Semua Makhluk yang berada di langit,dibumi dan di dalam air sentiasa memohon keampunan daripada Allah untuk mereka ynag sedang menuntut ilmu.Para Anbiya' tidak meninggalkan harta pusaka walau sedikitpun kecuali ilmu pengetahuan."
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)
Nampak tak kelebihan orang yang belajar?
Belajar semata-mata kerana Allah.

Orang kata;
"Teruk mana kau belajar pun,nanti keluar tak tentu dapat kerja."
"Nanti keluar,tak tentu kau dapat gaji besar."
"Nanti keluar tak tentu dapat apa yang kau impikan selama ini."
Belajar relax lah.
Belajar cool lah.tak payah nak rush2 sangat.

Nak tau tak yang belajar itu wajib bagi setiap muslim?
Bukti.
sini.
Anas Bin Malik r.hu berkata,Rasulullah SAW telah bersabda,
"Menuntut ilmu itu wajib kepada setiap muslim."
(Riwayat Ibn Majah dan Baihaqi)
Nampak?
Siapa yang cakap menuntut ilmu tu tak wajib?

Dan siapa kata belajar ini kena relax2?
Saya sendiri pun macam anda semua.
Tak mampu untuk belajar gila-gila.

Teringat pesan seorang ustazah ketika SPM dulu,
lebih kurang begini bunyinya,
"Kalau belajar kerana Allah,kita kena belajar gila-gila."

Ehh,masa tu keliru gak.
Tapi faham selepas Imam Syafie keluarkan kata-kata ini,
Bertanya seorang kepada Imam Syafie disebabkan beliau rajin belajar,
"Bagaimana engkau menuntut ilmu?"
Beliau menjawab,"Bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya."
Hebatnya manusia yang bernama Imam Syafie ini.
Begitu sekali cara beliau menuntut ilmu.
Mungkin kita tak sampai tahap begitu.
Tapi kena berusaha ke tahap itu.
Kan?

Akhir sekali pesanan beliau,
"Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar,
maka kamu akan menanggung peritnya KEBODOHAN."
Kalau nak tahu siapa Imam Syafie,tekan SINI

Wallahua'lam.
Mari kita tajdid niat balik.
Kita belajar kerana apa sebenarnya?
Kerana tempat belajar?
Bidang belajar?
Suasana belajar?

Saya tertarik dengan kata-kata seorang sahabat saya,
"Lemahnya kita untuk memahami cantiknya susunan Tuhan...
Apa guna berangan menjadi Helang, ujian sebesar pipit pun tak boleh tahan."

Kita memang lemah.
Tapi kita perlu mencari kekuatan.
:)

Allah dimana-mana.
Jadi,Dia sentiasa Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Read more...