Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Selamat pagi!
Alhamdulillah.nnikmat-Nya melimpah ruah tanpa kita sedari.
Terima kasih Ya Allah.
Hari ini entri saya akan menceritakan serba-serbi mengenai nafsu Amarah.
Nafsu yang paling ekstrem dalam sifat-sifat mazmumah.
Nafsu Amarah mengajak manusia untuk berangan-angan.
Membayangkan perkara-perkara yang menarik seperti makan,minum dan berjimak berlebihan.
Nafsu Amarah ini lebih kepada mengejar dunia.
Tabiatnya suka akan benda mewah dan untuk mencapainya,syariat Islam akan dilanggar.
Sekiranya nafsu ini menguasai diri manusia,nescaya manusia tersebut akan menjadi tamak,pentingkan diri dan tidak menghiraukan urusan agama kerana disibukkan dengan urusan dunia.
Nafsu Amarah menjadi hamba kepada dunia.
Ayat Al-Quran tentang nafsu yang menyuruh kepada keburukan.
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku;sesugguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan..."(Surah Yusuf:53)
Apabila nafsu menguasai diri,maka dunia mengambil tempat menghiasi diri.
Sebagai seorang hamba,jangan biarkan dunia "memanjakan" kita.
Biar kita susah kerana dunia tapi jangan biarkan dunia bersusah untuk kita.
Bila dunia bersusah untuk kita,kita akan rasa "terhutang budi' pada dunia.
Dunia akan menjadi tempat kita puja.
Nauzubillah.
Dalam Surah Al-A'raaf ayat 179 ada menyatakan makanan neraka jahanam.
Allah berfirman:
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk(isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati(tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga(tetapi) tidak mahu mendengar dengannya;mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;mereka itulah orang yang lalai."(Surah Al-A'raaf:179)
Nampak tak isi neraka itu orang yang macam mana?
Orang yang memenuhi spesifikasi seperti itu akan ke neraka jahanam.
Semoga kita bukan dari golongan tersebut.
Betul apa yang saya ingin katakan.
Sekiranya nafsu menguasai diri,maka dunia mengambil tempat menghiasi diri.
Hal ini terbukti dari firman Allah SWT dalam hadis qudsi,bahawa Nabi Bersabda,
"Wahai dunia,berkhidmatlah kepada orang yang berkhidmat kepada-Ku, dan perhambakanlah orang yang mengabdikan diri kepadamu!"(Direkodkan oleh Ibnu Mas'ud dalam al-Qudha'i)
Kehidupan dunia ini akan dipuja sekiranya manusia lalai.
Memang.
Apa yang kita nampak dekat dunia ini semuanya indah belaka.
Tapi itu sejauh mana penilaian seorang manusia.
Tapi bagi penilaian Pencipta,dunia ini hanya fana belaka.
Tempatnya hanya sementara.
Allah berfirman:
"Dihiaskan(dijadikan indah) kepada manusia:kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.Dan(ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya(iaitu Syurga)."(Surah Ali Imran:14)
Memang benar indah belaka dunia bagi manusia yang terpesona.
Ramai antara kita hanyut dek dunia termasuk diri yang lemah ini.
Pendapat Ulama:
Dalam kitab terkenal Ihya' Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,nafsu disebut dalam dua kaedah berbeza iaitu Bahimiyyah dan Sabu'iyyah(binatang ternakan dan binatang buas).
1-Amarah Bahimiyyah:
Nafsu Amarah jenis ini bersifat perilaku binatang ternakan dalam memenuhi keperluan jasmaninya.
Orang yang dikuasai nafsu ini berkelakuan seperti binatang ternakan dalam kehidupannya.
Nafsu ini berlebih-lebihan atau dikenali sebagai boros.
Sedangkan Allah menyarankan kita agar sentiasa bersifat sederhana dalam melakukan sesuatu perbuatan.
Pemboros merupakan saudara kepada syaitan.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedangkan Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."(Surah Al Israa':27)
Memang kita disarankan untuk bersederhana.
Sekiranya tidak bersederhana,maka nafsu inilah yang akan mengawal kita.
Allah melarang sekali manusia dalam melakukan pembaziran.
tetapi Allah tidak melarang manusia untuk berhias.
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhais pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat(sembahyang),dan makanlah dan minumlah,dan jangan kamu melampau-lampau;sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."(Al A'raaf:31)
memang buruk benar sekiranya kita menjadi orang yang berlebihan.
memang faktor utama manusia berpenyakit adalah berlebihan dalam soal pemakanan.
Kita makan apa yang kita nak tanpa menghiraukan apa yang badan nak.
Terdapat hadis yang mengatur urusan perut,seperti berikut:
"Tiada satu wadah pun yang diisi oleh Bani Adam lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya beberapa suap untuk memperkuatkan tulang belakangnya supaya dapat berdiri.Apabila tidak dapat dihindari hhendaklah dibahagikan tiga bahagian iaitu sepertiga untuk makanan,sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk udara."(Direkodkan oleh at-Tarmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
2-Amarah Sabu'iyyah:
Nafsu ini nafsu yang bersifat seperti binatang buas dalam mencari atau memenuhi keperluan jasmaninya.
Orang yang bertindak secara buas dalam mencari keperluan hidupnya.
Dia akan menindas orang lain untuk mendapatkan sesuatu.
Mereka ini akan berasa lebih tinggi atas kekuasaan apa yang mereka miliki.
Samada harta kekayaan ataupun pangkat dan kedudukan.
Mereka menganggap harta yang mereka miliki itu hak mutlak mereka tanpa menghiraukan hak orang lain terhadap harta mereka.
Allah berfirman dalam surah Al Anfaal ayat 28:
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian,dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."
Menjadi fitrah bagi manusia ingin kehidupan yang lebih baik.
kenikmatan dunia adalah kesenangan yang terbaik semasa di dunia.
Manusia menyedari hal itu tetapi manusia masih tercari-cari di mana kenikmatan Syurga.
Kenikmatan Syurga untuk dinikmati di dunia.
Seperti yang kita tahu,nafsu memang wujud dalam diri manusia.
kita tidak boleh pisahkannya tetapi kita boleh mendidiknya.
Keupayaan mengendalikan nafsu akan membawa kepada kehidupan yang sejahtera di dunia di sisi Allah.
Dalam kita cuba untuk mengendalikan nafsu,nafsu menjadi semakin kuat kerana nafsu tak pernah melepaskan cengkamannya ke atas dunia.
Oleh sebab itu,Allah SWT telah memberi kita solusi terbaik sebagai penawar mujarab kepada penyakit zahir mahupun batin iaitu Al-Quran.
Firmannya:
"Dan kami turunkan dari ayat Al-Quran itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman;dan tidak menambahkan orang yang zalim kecuali kerugian."(Al Israa':82)
Nafsu ialah perkara pertama untuk kita kawal untuk mencapai kesejahteraan hidup di dunia.
Nafsu Amarah merupakan tahap pertama bagi manusia.
Nafsu ini perlu di upgrade lagi supaya menjadi lebih Osem di sisi Allah.
Insya-Allah,part 2 dan seterusnya akan di update secepat yang mungkin.
Saya menulis ini tak lain tak bukan sebagai peringatan kepada diri juga.
Kita manusia yang sifatnya masih lagi lalai.
Saya pun begitu.
Insya-Allah.
Semoga bermanfaat.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian