Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Selamat Pagi semua!
Pagi yang penuh barakah dan diizinkan untuk menulis lagi entri kali ini.
Bismillahirrahmannirrahim.
Bagi Penuntut Ilmu,Bacalah!
Janganlah menjadi "Penunggu ilmu",
Jadilah "Pencari ilmu".
Itulah pesan seorang murabbiku.
Tanpa kita sedar,kita sering menanti dan mengharap sedangkan usaha kita untuk mencari masih kurang.
Mari kita petik beberapa hadis,
“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”
[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78].
Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan:
“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”
[Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77].
Adakah mempelajari ilmu ini satu tanggungjawab?
Lihatlah bagaimana amaran yang diberikan kepada orang yang berilmu ini.
Ikhlas lah kita bila nak belajar nanti.
Kita bukan cari kemasyuran.
Bukan cari kebendaan.
Bukan cari keuntungan duniawi semata-mata.
Bukan mencari pujian.
Bukan mencari kebanggaan.
Tapi kita mencari Redha Allah.
Kita mencari Barakah Allah.
Kita mencari cara dekat dengan Allah.
Dan paling penting,Kita sebenarnya sedang mencari Allah.Dengan belajar,Kita kenal Allah.
Bukan dengan belajar,kita makin sombong dengan Allah.
Bukan dengan belajar,kita makin jauh dengan Allah.
Bukan dengan belajar,kita makin lupakan Allah.
Itulah baru dinamakan orang yang belajar kerana Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman, Kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu"(Surah Muhammad:7)Nampak tak?
Adakah dengan belajar kita dapat kenal Allah saja?
Tidak semata-mata.
Dengan belajar,kita dapat membela agama Allah.
Nampak tak jaminan Allah bagi tu?
Yakin tak kita?
Yakinlah bahawa orang yang belajar kerana Allah,Allah dah letak satu jaminan untuk mereka.
"...nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu"Nampak?Pembelaan Allah siapa yang mampu nafikan?
Allah akan meneguhkan tapak pendirian mereka.
Allah akan membela mereka yang membela agama Allah.
Kan?
Yakinlah sahabat semua!
Sesungguhnya,Belajar kerana Allah tak akan pernah rugi.
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami,Satu lagi jaminan daripada Allah.
Sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."
(Al Ankabut:69)
Yakinlah!
"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu,Subhanallah!
maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke Syurga"
(Riwayat Muslim)
Hebatnya jaminan yang Allah bagi untuk penuntut ilmu seperti kita semua ini!
Mari kita lihat hadis yang pernah kita belajar dalam Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kelebihan Orang yang menuntut ilmu,
"Allah SWT akan mempermudahkan jalan ke Syurga bagi mereka yang berusaha untuk menuntut ilmu.Para Malaikat sentiasa bersama dengan orang yang menuntut ilmu pengetahuan kerana redha perbuatan tersebut.Semua Makhluk yang berada di langit,dibumi dan di dalam air sentiasa memohon keampunan daripada Allah untuk mereka ynag sedang menuntut ilmu.Para Anbiya' tidak meninggalkan harta pusaka walau sedikitpun kecuali ilmu pengetahuan."Nampak tak kelebihan orang yang belajar?
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)
Belajar semata-mata kerana Allah.
Orang kata;
"Teruk mana kau belajar pun,nanti keluar tak tentu dapat kerja."
"Nanti keluar,tak tentu kau dapat gaji besar."
"Nanti keluar tak tentu dapat apa yang kau impikan selama ini."
Belajar relax lah.
Belajar cool lah.tak payah nak rush2 sangat.
Nak tau tak yang belajar itu wajib bagi setiap muslim?
Bukti.
sini.
Anas Bin Malik r.hu berkata,Rasulullah SAW telah bersabda,Nampak?
"Menuntut ilmu itu wajib kepada setiap muslim."
(Riwayat Ibn Majah dan Baihaqi)
Siapa yang cakap menuntut ilmu tu tak wajib?
Dan siapa kata belajar ini kena relax2?
Saya sendiri pun macam anda semua.
Tak mampu untuk belajar gila-gila.
Teringat pesan seorang ustazah ketika SPM dulu,
lebih kurang begini bunyinya,
"Kalau belajar kerana Allah,kita kena belajar gila-gila."
Ehh,masa tu keliru gak.
Tapi faham selepas Imam Syafie keluarkan kata-kata ini,
Bertanya seorang kepada Imam Syafie disebabkan beliau rajin belajar,Hebatnya manusia yang bernama Imam Syafie ini.
"Bagaimana engkau menuntut ilmu?"
Beliau menjawab,"Bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya."
Begitu sekali cara beliau menuntut ilmu.
Mungkin kita tak sampai tahap begitu.
Tapi kena berusaha ke tahap itu.
Kan?
Akhir sekali pesanan beliau,
"Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar,Kalau nak tahu siapa Imam Syafie,tekan SINI
maka kamu akan menanggung peritnya KEBODOHAN."
Wallahua'lam.
Mari kita tajdid niat balik.
Kita belajar kerana apa sebenarnya?
Kerana tempat belajar?
Bidang belajar?
Suasana belajar?
Saya tertarik dengan kata-kata seorang sahabat saya,
"Lemahnya kita untuk memahami cantiknya susunan Tuhan...
Apa guna berangan menjadi Helang, ujian sebesar pipit pun tak boleh tahan."
Kita memang lemah.
Tapi kita perlu mencari kekuatan.
:)
Allah dimana-mana.
Jadi,Dia sentiasa Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.
Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian