Rabu, 16 Mac 2011

Dakwah 1:Tazkirah tentang peperangan Badar






Assalamualaikum!
Tazkirah by Akh Mukhlis

TARBIYYAH-Untuk membentuk seseorang supaya lebih dekat kepada Allah
Duduk dalam kubur,7 Langkah lepas orang ramai pergi,Malaikat akan datang.
Renungan Malaikat Mungkar dan Nakir boleh lucutkan jantung kita
Nabi Muhammad s.a.w pernah diTarbiyyah secara terus oleh Allah.
Caranya,Perjalanan baginda hendak pergi ke tempat permainan,Baginda keletihan dan bersandar pada pokok.(ketika baginda masih kecil)
3 kali berturut-turut Baginda hendak ke tempat permainan itu,perkara samalah yang berlaku..
Baginda keletihan dan bersandar.
Itulah cara Allah mengelakkan Nabi Muhammad daripada masuk ke dalam perkara-perkara yang kurang elok yang boleh merosakkan sifat Ma'sum seorang Nabi.


Peperangan Badar,peperangan pertama(313 muslim yang terdiri daripada muhajirin dan ansar)mereka kena Tarbiyyah dulu(para sahabat)vs 1000 Quraisy.
Pasukan nie duduk di Utara Badar,salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah,adakah ini wahyu atau strategi?
Rasulullah ikut cadangan orang yang bertanya tadi agar mereka semua duduk di perigi(Berkhemah)..
Selepas itu tentera Quraisy datang ke tempat perigi itu,perigi itu sudah kering..
Cadangan sahabat tadi berguna dan bagi manfaat kepada "Tentera Islam"
Tentera Islam mampu untuk mengalahkan tentera Quraisy dalam masa 2 jam sahaja..

Rasulullah berdoa kepada Allah,supaya "Tentera Islam" menang.kalau tak menang,Baginda tak boleh nak sebarkan agama Allah itu dengan lebih lagi Baginda bukan mengugut Allah tapi,baginda betul-betul mengharapkan kemenangan. Disebabkan orang Islam pada ketika itu sangat sedikit dan dasar Islam yang baru hendak dibina,hancur begitu saja. Kalau Tentera Islam kalah dalam peperangan ini,umat Islam akan menjadi sedikit sebab terbunuh dan agama Islam kurang dipercayai sebab tak boleh kalahkan orang Quraisy. Dengan izin Allah,mereka memperolehi kemenangan..
Ada dalam satu masa tu,Baginda tidur dalam khemah dgn Saidina Abu Bakar dan bermimpi akan menang.Baginda bangun dengan muka berseri-seri..
(Kelemahan muslimin adalah mata.kalau dia tak jaga mata,binasalah dia)

Setakat itu saja lah.
nanti kalau ada apa-apa cerita menarik,akan diletakkan dalam blog nie.
semoga Allah izinkan
Illal liqa'
Insya-Allah
Wallahua'lam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian