Sabtu, 17 Disember 2011

Dakwah 13:Jom kira "Duit" Allah beri




Assalamualaikum!!
Salam pembuka bicara..
Jom hari ini kita belajar matematik.
Matematik lah juga.
Ilmu Hisab,iaitu ilmu kira-kira.
"Teka-teki,dalam banyak-banyak benda,benda ini saja korg tak kan boleh kira,apa dia?"
Dah give up?
Jawapan dia?
Jeng,jeng,jeng..

Jom kira dulu:
1-nikmat hidup,2-nikmat makan,3-nikmat melihat,4-nikmat berjalan,5-nikmat bercakap,
6-nikmat tidur,7-nikmat sihat,8-nikmat guna laptop,9-nikmat pakaian,10-nikmat berkeluarga,
11-nikmat makan angin,12-nikmat melukis,13-nikmat main bola,14-nikmat mambaca,15-nikmat menulis

Ok,kalau korang lagi hebat,korang kira dan tambah lagi banyak.
Jadi,kira-kira kan,berapa banyak nikmat kita dapat ye dalam sehari,apa lagi setahun?
Jadi,banyak kan nikmat yang kita tak dapat,dan nikmat yang bakal kita dapat tak terkira lagi kan?

Dalam surah Al-Nahl:18,
Ada menyatakan bahawa banyaknya nikmat yang kita dapat
Cuba kita analogikan nikmat itu dengan bulu kambing,
Bayangkan dalam-dalam,berapa banyak yang korang dapat agak bulu kambing tu?
ok2..simple..
Tak payah kira bulu kambing,kira saja rambut korang.
"Kalau tak da rambut tu,errkk..tak sure macam mana nak kire"


Rasa-rasa,berapa banyak?
itulah analogi untuk surah ini.
Surah Al-Nahl:18,

Yang bermaksud:"Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah(yang dilimpahkan kepada kamu),tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Lagi?ok..
Apa lagi yang korang nak cakap kalau dah turun ayat macam itu?
Nak kira lagi ke?
Ke dah give up?
Itulah buktinya bahawa Allah ini Ar-Rahman
Kan?Sekarang ini pun,kalau nak dikatakan,tengah dapat nikmat lagi.

Surah Ar-Rahman,pengulangannya sebanyak 31 kali.
Maksudnya:maka nikmat Tuhan kamu yang manakah ingin kamu dustakan?
Mendalam kan maksud ayat ini..
Yelah.Allah dah berfirman lagi tu,nikmat mana lagi kita nak dustakan.
Nampak sangat banyak kan nikmat yang kita dapat?
Ternyata satu pun kita tak boleh dan tak dapat nak dustakan.


أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ (1) حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ (2) كَلَّا سَوْفَ

تَعْلَمُونَ (3) ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ (4) كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ

عِلْمَ الْيَقِينِ (5) لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ (6) ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ

(8)الْيَقِينِ (7) ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ

[102: 1] Kamu telah dilekakan oleh pertandingan memperbanyakkan (harta kekayaan,
anak-pinak, pangkat dan pengaruh).
[102: 2] Sehingga kamu mengunjungi kubur-kubur (tanpa rela).
[102: 3] Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu),
[102: 4] Sekali lagi (diingatkan), Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui
akibatnya!
[102:5] Janganlah begitu! kerana jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang
yakin (nescaya kamu tidak berbuat demikian),
[102: 6] Demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang.
[102: 7] Kemudian demi sesungguhnya! Kamu akan melihatnya dengan penglihatan
yang yakin.
[102: 8] Kemudian sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala
nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Jadi,dah dekat tiga surah ini,masih mengira lagi dengan nikmat Allah?
Ayat ke-8 dalam Surah Al-Takatsur sangat sangat mendalam maksudnya.
Ye!Semuanya pasti Allah akan kira.

Ingat itu ya,nikmat yang diberikan seharusnya digunakan pada tempatnya.
Mungkin kita saja yang dapat nikmat itu dan orang lain tak dapat.
Allah Maha Adil,sekiranya Dia tak bagi nikmat yang itu,pasti ada benda lain yang Dia nak bagi.
Allah adalah sebaik-baik perancang meskipun manusia yang merancang sendiri.

Ok!Sekarang aku dah hadapi masalah.
Masalah yang aku dan semua manusia tak akan dapat kira.
Tapi,macam mana ye nak bagi penghargaan kita dekat Allah?
Nak tahu tak?
Kali ini tak ada teka-teki.
hehe..
Ok..Syukur,dikatakan,syukur ini pengikat bagi nikmat.
Nak tahu kenapa?
Yelah!"Sekiranya kita bersyukur,Allah akan tambahkan lagi nikmat itu."
Lupa surah apa.
Tapi bunyinya macam itulah.
Kita bersyukur saja,Allah tambah.
Malah,tak kurangkan walau sedikit pun.
Jadi,penghargaan buat nikmat yang diberikan,Bersyukurlah
Berdoalah kepadanya dengan lafaz Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan.

Jadi,kesimpulannya,kehidupan kita ini penuh dengan nikmat dari-Nya
Tanpa nikmatnya,mampukah kita?
Saintis yang pandai gile-gile pun tak kan boleh kira nikmat Allah.
Sedangkan Allah sendiri sudah menyatakan bahawa nikmat-Nya tidak boleh dikira.
Dan jangan "Berkira" kita pula pada Allah.
Hidup,kalau berkira dengan orang,Allah akan berkira dengan kita.
Harap faham:)

P/S:
Ya Rahman Ya Rahim,banyak sungguh nikmat Engkau yang sering kali aku dustakan.Engkau memberi dan terus memberi sedangkan aku menerima tanpa segan silu.:(
Semoga nikmat yang Engkau berikan mendekatkan lagi aku kepada-Mu.
Insya-Allah:)
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian