Isnin, 12 Disember 2011

Dakwah 12:Perosak Nikmat Dunia dengan mengingati mati



Assalamualaikum!!
Yeah,Alhamdulillah!Akhirnya dapat juga tulis banyak-banyak post.
Idea datang sebab tu lah nak share.

Ibnu Abbas menceritakan,Rasulullah s.a.w pernah memberikan pesanan:
"Banyakkan mengingat perosak kesenangan,iaitu mati.Sekiranya kau mengingatinya ketika susah dan ketika senang,sehingga kamu merasa reda,kamu diberikan pahala.Sekiranya kamu mengingatinya ketika kaya,ia akan membuatkan kamu benci kepada harta.Kematian itu menghapuskan angan-angan kosong.Seorang itu,seperti berada di antara dua hari.
Satu hari sudah berlalu dan dia mendapat hisab amalannya,dan itu adalah kesudahannya.Satu hari lagi dia berada dalam keadaan tidak tahu,sama ada dia akan sampai kepadanya atau tidak.Apabila nafas dicabut daripada dirinya,dia dapat melihat pahala perbuatannya yang sudah lalu,tetapi dia tidak lagi dapat mengambil manfaat daripada perkara yang sudah berlalu.Mungkin ia berasal daripada kejahatan yang dikumpulkannya atau dari hak orang lain yang diambilnya dan ia menjadi penghalang kepadanya."

Apa yang kita dapat ambil daripada pesanan Rasulullah ialah:
  1. Kita dianjurkan mengingat mati ketika susah mahupun senang yang pastinya akan menimbulkan satu perasaan iaitu reda.
  2. Kematian ini adalah salah satu peringatan tetap yang mana sedikit pun tak akan berubah.Maksudnya,mati itu pasti.Dan itu adalah peringatan yang sangat-sangat pasti.Jadi,bagi golongan yang kaya,dalam mengumpulkan harta duniawi,kita perlulah berpada-pada.Tak guna juga kalau kumpul harta setinggi gunung,tapi tak gunakannya sebaiknya bukan?Dan bukan itu saja ye,Harta kita ini,bukan boleh dibawa mati.Orang zaman sekarang ini,nak katakan "bodoh" tak juga,nak katakan pandai,susah juga.Ada ke patut,tanam duit,handphone dan harta-harta yang lain sekali masa mati.Fahaman diaorang tau macam mana?macam ini:"Akan ada kehidupan selepas mati dan tak kan nak hadapi kehidupan itu dalam keadaan tidak mempunyai harta",jadi,bijaknya diaorang ini,kebumikan sekali harta-harta diaorang.Nauzubillah.
  3. Bagi yang miskin pula,ini merupakan satu peringatan.Yelah!zaman moden ini,siapa saja tak nak berharta kan?Kalau tak berharta,susah lah nak hidup.Jadi,yang miskin jangan terlalu berangan-angan sehingga lupa bahawa dunia ini hanya sementara.
  4. Kita juga perlu mengerjakan ibadah sebanyak-banyaknya.Sebab apa?hmm..Yelah,sebelum roh terpisah daripada badan lah kan?Kalau roh dah terpisah tu,nak tengok amalan kita dapat lah.Tapi kalau nak tambah amalan kita tu,kempunan lah jawabnya.



  • Janganlah kita merampas hak orang lain ye masa dekat dunia.Kalau buat juga,boleh menghalang segala amal ibadah apabila sudah meninggal dunia.Semuanya akan dipaparkan kelak.


  • Jadi,alhamdulillah lah.Dapat juga tulis.Tapi ini hanya isi dan dihuraikan kembali.
    Kebanyakkannya baca dari dalam buku.Cuma nak kongsikan

    Wallahua'lam.


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


    Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
    Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian