Selasa, 6 Disember 2011

Dakwah 8:Jom mulakan sesuatu dengan niat untuk pahala!

 


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Niat memang penting dalam kehidupan seharian seorang muslim.
niat mampun membezakan sama ada perkara yang kita lakukan itu ibadah ataupun hanya adat semata-mata.
Sahaja saya menulis entri ini niat kerana Allah taala.
Jadi,Saya menulis entri ini adalah dikira sebagai ibadah.
sebab saya sudah niat untuk menyebarkan dakwah.
Insya-Allah.

Adik:Abang,apa niat untuk wudhu'?
Abang:Niat?hmm..Niatkan macam ini,"Sahaja aku mengangkat wudhu' kerana Allah taala."Lepas itu,basuh
           lah muka tu.
Adik:OOHHH!!Macam itu sahaja ke?
Abang:Yelah adik!
Adik:Niat sembahyang maghrib pula apa abang?
Abang:Macam ini,"Sahaja aku menunaikan fardhu maghrib 3 rakaat tunai kerana Allah taala."
Adik:Kalau tak baca niat abang,apa jadi?
Abang:Sembahyang maghrib nanti tak sah lah.
Adik:Ohh!!

Parents:Amin!sebelum pergi sekolah itu,betulkan niat ye!Pergi sekolah hendak belajar.Bukan hendak main-
            main dan berseronok.
Amin:Ye mak abah!Amin dah betulkan niat.Amin nak pergi sekolah ini untuk belajar.Bukan untuk benda lain
Parents:Baguslah kalau macam ini anak mak dan abah.
Amin:*sambil tersengih.

Sahabat A:Man,Apa azam tahun baru kau untuk awal muharam ini?
Sahabat B:Hmm..Aku azam lah kan,aku nak jadi anak yang soleh.Kau Zim?
Sahabat A:Aku?Aku nak jadi orang yang berjaya dan berguna kepada orang lain.
Sahabat B:Wah!!Bagus itu!Semoga azam kau tercapai!
Sahabat A:*senyum,Terima kasih
Sahabat B:*senyum balik,Sama-sama.

Seperti yang kita semua tahu,semua yang kita nak buat,kita pasti akan NIATkan dulu.Niat dalam hati lah kan?Macam,"esok aku nak pergi midvalley lah dengan dollah".Kita dah cakap awal-awal dan bagitahu hati yang kita nak pergi jalan-jalan dengan dollah esok.Jadi,Niat baik untuk benda baik dan niat buruk untuk benda buruk.

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ صلى الله عليه وسلم یَقُولُ:  إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كانت هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu

Ayat diatas diturunkan kepada seorang lelaki yang berhijrah ke madinah kerana ingin mengahwini seorang wanita.Wanita tersebut bernama ummu Qais.Wanita tersebut mensyaratkan agar lelaki itu berhijrah dari Makkah ke Madinah untuk mengahwininya.Oleh yang demikian,lelaki itu digelar sebagai "muhajir ummu qais" iaitu orang yang berhijrah kerana ummu qais

Jadi?Betulkanlah niat kita.Niatkan benda yang baik-baik sahaja.Kalau sesuatu benda bermula dengan niat yang baik,Insya-Allah semuanya akan baik.Tapi kalau permulaan(niat)dah mulakan dengan benda tak elok,macam mana Allah nak pastikan benda itu terus elok bukan?

Macam itu juga,mulakan hari kita dengan niat yang elok.Walaupun nampak benda ini kecil sahaja.Benda-benda kecil ini lah orang selalu tak perasan.Perlu diingatkan.Niatlah benda yang baik.Walaupun kita tak buat lagi benda baik tu,dengan berniat nak buat benda baik,pahala untuk niat dah dapat.Mudah bukan?Allah Maha Pemurah.Senang-senang sahaja kita hamba dia yang hina ini dapat pahala.

Semoga terus istiqamah dalam beribadat kepada Allah s.w.t
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian