Selasa, 24 Januari 2012

Dakwah 18:Kisah seorang Peminta sedekah



Kisah ini penceritaan semula oleh penulis..
Hayatilah!

"Min,Jom pergi makan dekat kedai sebelah tu!",ajak Amma.
Min jawab,Jom lah!Aku pun dah lapar nie!Perut dah mengaum-ngaum dah.
Amman,"Wah!memang betul-betul lapar dia nie.Jom lah!Aku belanja.Kau ajak Si Mat sekali tau!
Kang lapar pulak roomate kita tu."
"Baiklah",Min menjawab dengan muka seposennya.

Setelah beberapa minit berjalan,maka tibalah mereka berdua,opps!bertiga!Mat yang terkebelakang sedikit agak lambat seperti siput.
Mat tertinggal beberapa langkah dibelakang mereka berdua.

Wah!!(teruja),Min segera mencapai kerusi lantas duduk diatasnya.
Min sudah tidak sabar-sabar lagi.Menu yang dipegangnya bagaikan menggelapkan gelak tawa Amman atas gelagat sahabatnya itu.
Amman terhibur akan gelagat sahabatnya itu,tidak seperti Mat yang hanya berdiam diri dan cuma perhatikan saja tanpa sebarang reaksi.

"Mamak!Nasi Goreng Telur Mata Kerbau satu!Milo Ais satu!"jerit Min dengan lantang sekali.
Mat terperanjat.Tapi masih dengan mukanya yang selamba.
Amman tersenyum hibur sekali lagi.
"Mamak,bagi saya Mee Goreng dengan Teh Tarik"Pesan Amman.
Mat pula memesan Kuew Teow yang merupakan makanan kegemarannya berserta Teh O limau Ais.
Setelah itu,Min lantas melenyapkan kesunyian malam dengan membuka sebuah cerita tentang kolejnya.

"Amman,Mat,korang berdua nak tau tak?Aku ada cerita 'Hot' nie!"Beritahu Min.
Riak muka Mat berubah tanda tertarik akan cerita Min.
Mat mula mempamerkan mukanya yang penuh dengan rasa 'Curious'.
Min merupakan seorang yang mengikuti perkembangan kolej berbanding Mat yang kebanyakkannya mendengar cerita daripada Min sahaja.
Amman hanya 'Get Ready' untuk dengar saja.

Min memulakan ceritanya.
Begini,Hari tu kan,..
"Opps!!Cop2!!Macam gosip je bunyinya"Amman memotong bicara Min.
Tapi Min dengan tenang mencantas balik kalam Amman dengan berkata,
"Bukan gosip.Cerita benar."
Amman tersipu-sipu senyum.
Mat yang tadi diam berkata,"Relax je lah Amman"

Begini,hari tu kan..
Aku lalu dekat satu kawasan yang dekat dengan kolej kita nie.
Time tu aku sorang je.
Sebab aku nak keluar pergi Perpustakaan dekat hujung bandar tu.
Aku nak buat assignment tapi tak jumpa sumber yang aku nak,jadi aku keluar lah sekejap.
Dah tu,aku terjumpa lah seorang Pak Cik bertongkat yang diiringi seorang wanita dalam lingkungan 50-an dekat bahu jalan.
Aku pun perhati dan terus perhati dalam jarak beberapa ela.
Aku pun tak tahu kenapa lah aku perhatikan gelagat dua hamba Allah itu.
Aku tak endahkan apa yang bergulamang dalam benak fikiran aku.
Aku memerhati dan mendapati bahawa Pak cik tu seorang yang buta,wanita itu berkemungkinan isterinya.
"Ohh!Peminta sedekah rupanya",hatiku berkata.
"Kasihan sungguh nasib mereka",hatiku menjadi sayu pula.
Mana tidaknya,sedangkan aku mampu hidup mewah dan orang lain tidak.
Teringat pulak Mak Ayah dekat kampung sana.
Macam mana lah agaknya dorang.

Tanpa berkata panjang,aku menghala ke arah dua hamba Allah tadi.
Aku menderma sejumlah wang kepada mereka sebagai tanda simpati akan nasib mereka.
"Anak!terima kasih ye!Semoga diberkati Allah",Ucap kedua-dua mereka kepada aku.
Alangkah indahnya kata-kata yang diucapkan.
"Insya-Allah",monologku didalam hati.
Aku hanya mampu tersenyum.Speechless!

Mamak pun datang dengan membawa tiga cawan berisi air.
Min yang dahaga terus menyambar air dan menyambung ceritanya semula.
Amman dan Mat masing-masing mendiamkan diri dan mendengar dengan penuh tekun sambil membayangkan situasi yang diceritakan.

Min pun menyambung cerita.
Tu cerita beberapa minggu lepas.Cerita minggu nie pulak..
Haritu,Isnin rasanya,Aku terjumpa Pak Cik dan Mak Cik tu sekali lagi.
Tapi dekat gerai makan lah.
Mat bertanya,"Mereka buat apa?makan mewah ke?"
Min menggeleng tanda protes kepada kata-kata Mat.
Mat faham akan isyarat itu.
"Mereka bukan makan,tetapi meminta sedekah lagi",beritahu Min.
"Minta sedekah lagi?",Amman pula bersuara.
Pada bayangan mereka,mesti Pak Cik dan Mak Cik itu dalam kalangan orang yang betul-betul susah.

Tapi yang buat aku teringat kejadian nie sampai sekarang ialah..
Bila je ada dua orang muda ini kan..
Bila Pak Cik dan Mak Cik tu datang,buat endah tak endah je.
"Yelah!Mungkin time dorang makan kan.Dorang tak selesa lah tu."sampuk Mat.
Min bersetuju dengan Mat tapi..
Apa yang dorang buat tu agak kurang sopan lah.Yelah,At least,hulurlah sedikit kan.
Tak banyak,sedikit pun jadilah.Seringgit dua je pun.Tak habis harta kalau seringgit dua.
Jelas Min dengan nada yang tidak puas hati.

Dah tu kan,nie buat aku lagi 'Hot'.
Time tu,dorang dah habis makan dah.Dah siap bayar dah duit makan.
Then,Dorang tu berselisih lah sebelah aku.
Aku time tu duduk relax-relax je perhatikan gelagat manusia.

Member dia nie pun cakap lah macam ini,
"Wei Zik!Kau tengok Pak Cik dan Mak Cik tadi tu",sambil menuding jari ke arah mereka.
Syar pun jawab,"Yelah!Kutip duit je kerja dorang tu kan?"
Syar sambung lagi,"Agak-agak lah kan,kalau dorang buat benda macam tu hari-hari,boleh jutawan dorang."
"Ye!Betul lah tu",beritahu Zik.
Dorang ini macam daripada sindiket pulak.
"Yelah!Hari tu dekat kaki lima depan rumah aku tu pun,ada je orang macam Pak Cik dan Mak Cik tu."
Dah habis kutip duit,ada van datang,bawa pergi dorang tu.
Syar pula berkata,Betul tu Zik!.Tak setuju betul aku dengan orang macam tu.Kita susah-susah kerja,dorang senang-senang dapat duit.
Zik,Aku rasakan,lain kali kalau orang macam tu datang,kita buat 'Don't know' je lah.
Buang masa layan orang macam tu.Duit kita terbang adalah.
"Aku setuju",kata Zik.
Mentaliti orang sekarang bila melihat peminta sedekah.
Ya Allah,janganlah banyak berprasangka buruk.
Rezeki kita pun,Allah bagi.Rezeki dia pun Allah bagi.
Rezeki yang dikongsi bersama lebih berkat.

Mat dan Amman tergamam seketika.
membayangkan situasi tersebut yang telah sekian lama diterapkan dalam masyarakat di Malaysia.
Mana tak nya,Mereka ini lebih suka bersangka buruk.
Memanglah kadang-kadang kita rasa macam Zik dan Syar tu rasa.
Tapi tak patutlah bersangka buruk selalu.Janganlah mengata orang lain.
Sedangkan Allah berfirman dalam surah Al-Hujuurat ayat ke-12 yang bermaksud:


"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan daripada pra:sangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani."(Surah Al-Hujurat)

keterangan daripada ayat ini jelas menunjukkan bahawa kita ini,dalam apa-apa hal janganlah berburuk sangka.Mungkin perlu dalam sesetengah perkara.Tetapi banyakkanlah berbaik sangka.
Itukan lebih baik.

Tapi kan,Min sambung cerita lagi.
Min ini,kalau bab cerita macam ini,memang bertapa lah dekat kedai ini pulak.
Nie cerita last lah.Pasal peminta sedekah juga.

Cerita benar ini.Yang dialami masa dalam usia 12 tahun.
Masih teringat sampai sekarang.Mana tak nya lah kan,Dulu,time tu ada lah pasar malam dekat kawasan rumah aku nie.
Then,dekat pasar malam rumah aku nie lebih kurang ada dua tiga orang peminta sedekah lah.
Tapi aku yakin dengan 'keaslian' mereka.
Cuma,Kesangsian aku muncul pada seorang 'abang' dalam lingkungan 20-an.
Dulu tak pernah pulak aku nampak abang nie.Hari ini tiba-tiba pulak dia ada.
Aku pun tak kisah lah.
Lepas tu,dia pun macam lain,minta sedekah juga.
Minta lah dekat orang yang lalu lalang di pasar malam tu.
Nak ikutkan,kalau sepuluh orang lalu,dah sepuluh ringgit kan?
Jadi,Dah tu,nampak macam tabung dia dah penuh sedikit,abang nie pun pergi lah ke jalan atas yang mana kurang peniaga di atas.
"Astaghfirullah!Terkejut aku,berdetak hati aku melihatnya"
Tidak aku sangka.
Yang kakinya terhencut-hencut tadi bagaikan sembuh begitu sahaja.
Ajaibnya abang nie!Bentak aku.
Aku cuma mampu memerhati dalam keadaan usiaku yang muda ini.
Kasihannya lah abang ini,sesat dalam dunia.
Yang sihat nak jadi sakit semata-mata duit punya pasal kan?
Aku hanya mampu menundukkan pandangan semasa berselisih disebelahnya semasa pulang ke rumah.
Memori itu aku sematkan dalam ingatanku agar menjadi pengajaran pada masa akan datang.

Conclusion:
Dua cerita yang amat berbeza tetapi pada satu matlamat.
Aku cuma nak sedarkan lah certain-certain orang yang mencemuh,mencaci atau mengumpat peminta sedekah.
Mungkin mereka tak mulia dalam kalangan manusia tetapi apakah darjat kemuliaan mereka pada pandangan Illahi?Tinggi kah?Wallahua'lam..
Yang penting,sekiranya kita nampak atau terjumpa atau berjumpa orang-orang seperti peminta sedekah itu,
pertama sekali,Berbaik sangkalah!Yang kedua,Hulurkan,tak banyak,sedikit pun jadilah!Yang ketiga,Muliakan mereka dan jangan sesekali pandang hina merekaYang terakhir,Ingatlah!sedekah itu adalah saham kita diakhirat kelak!Jaga Niat!Dan yang penting,buatlah apa yang rasa terbaik,kalau tak pun senyum je lah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian