Sabtu, 28 Januari 2012

Dakwah 19:ISTIQAMAH daripada MUHASABAH.






Assalamualaikum penduduk bumi!
Alhamdulillah!terasa hati ini nak menyampaikan sesuatu,nak berkongsi sesuatu.
Tajuk yang bakal dikupas hari ini 'ISTIQAMAH'

Istiqamah yang membawa maksud berterusan dalam melakukan sesuatu kebaikan.
Tetapi manusia,alangkah lemahnya dirimu.
Engkau mampu buat baik tapi engkau tidak mampu untuk istiqamah.


Susahnya nak dapat Istiqamah ini.
Bukan senang.Walau ramai cakap kita ini BAIKlah.
Tapi itu bukan satu TIKET yang kita ini akan kekal Baik.

Macam mana nak Istiqamah ye?
Hmm..Ramai cakap susah.
Tapi Impossible is Nothing kan?
Jadi,Think Positive.

Sebenarnya kita boleh istiqamah kalau kita selalu MUHASABAH diri kita.
MUHASABAH ini pula,kita selalu hitung diri kita,apa yang kurang,apa yang terlebih.
MUHASABAH penting kepada setiap muslim.
Kalau terkurang amalan,tingkatkan balik amalan tu.
Kalau terlebih dosa tu,Beristighfar lah banyak-banyak.
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Itulah perubahan yang aku BAKAL lakukan.
Ehh,bukan BAKAL,Sedang Lakukan.
Biiznillah.

Manusia ini,satu kesilapan.Suka Hisab orang lain daripada Hisab diri sendiri.Suka sangat nilai orang lain.Yang tu tak kena lah,ini tak kenalah.Tapi sampai terlupa yang diri tu kena Dihitung balik.Ada orang kata,Muhasabah untuk jadi Munasabah

Berkait rapat kan Istiqamah dan Muhasabah?

Salah satu caranya lagi nak istiqamah,Buat timetable.
Ini dah biasa orang buat rasanya.
Tapi ramai yang tak mampu tepati masa.
Samalah kita ye!
Memang lah.
Kadang-kadang kita rasa jadual kita tu dah perfect!
Tapi,bila nak buat,pasti akan ada yang terskip.
Kenapa ye?

Mari kita fikir bersama-sama.
Kita merancang,Allah juga merancang.
Tapi siapa sebaik-baik perancang?
Allah S.W.T


Tapi Allah tengok usaha kita tu.
Tu yang penting.
Jadi,dah tekad dan nekad akan cuba sedaya upaya melaksanakan Timetable yang dibuat.
Walaupun dulu time cuti sekolah tak dapat laksanakan sepenuhnya.
First week ok,Second masih lagi,Third and so on HANCUS..

Tapi insya-Allah lah jadual dekat asrama mampu.
Sebab dekat asrama rasanya terkawal cikit.
In Sya Allah.

1-Qabliah subuh
2-Solat Subuh
3-Baca Al-Quran
4-Sarapan&Mathurat pagi
5-pergi sekolah(7-2.30)
6-Qailullah(kalau dapat)
7-Qabliah,Zohor dan Ba’diah
8-Baca potongan ayat Al-Quran(walau 2-3 potong ayat)
9-Pergi kelas prep
10-Qabliah Asar
11-Solat Asar
12-Mathurat petang
13-Beriadah//Belajar
14-Mandi dan get ready untuk Makan
15-Datang Musolla awal(baca Al-Quran)
16-Solat Qabliah Maghrib & Solat Maghrib
17-Ba’diah Maghrib dan Solat Sunat Hajat
18-Dengar Tazkirah Maghrib
19-Solat Isyak & Ba’diah Isyak
20-Pergi kelas Prep
21-Makan malam
22-Liqa’ Al-Mulk
23-Belajar lagi cikit lepas tu tidur

Atas tu jadual harian dekat asrama except sabtu ahad.
Sabtu ada kelas addmath,Ahad da Bahasa Arab(In Sya Allah)
Mungkin dan Mampukah aku untuk laksanakan seperti jadual tu?
Wallahua'lam.


p/s:Manusia memang sukar untuk istiqamah,tetapi jangan mengalah sekiranya diuji.Ujian sepatutnya menjadikan kita lebih kuat bukan sebaliknya.
Doakan aku semoga istiqamah dengan timetable aku.Dan doakan supaya aku terus Muhasabah diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian