Memaparkan catatan dengan label Random. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Random. Papar semua catatan

Khamis, 18 April 2013

Random 3:Racun hati.



Assalamualaikum.
Nak tau tak,akhir-akhir ini saya mengalami keracunan.
Bukan makanan,bukan minuman tapi hati.
Hati saya telah diracun tanpa saya sedar.
This is Truth.

Saya tak sedar macam mana racun tu masuk.
mungkin saya sendiri yang cari atau ada orang yang bagi.
Badan saya boleh terima racun tu.
Tapi hati saya sama sekali merasakan TIDAK!
Badan saya sangat kuat untuk menahan tapi hati TIDAK!.
Saya tak dapat bayangkan suatu hari nanti bila badan saya pun tak dapat nak tahan racun tu.
Saya manusia.
Bila racun lawan manusia,manusia akan tewas.
Racun akan terus merebak.membiak.lebih banyak.tanpa berkurang.
Tu fakta bukan auta.
Tanpa saya sedar,hati saya makin lama makin diracuni dengan fitrah saya sendiri.
Fitrah wujud dalam diri setiap manusia.
Jangan menolak fitrah tapi jagalah kehidupan berfitrah.

Macam mana fitrah saya meracuni hati saya?
Saya bertanya kepada diri,"Kau betul-betul suka dia?tiap-tiap hari mesej semua."
Saya menjawab sendiri,"Entahlah.setiap hari nak jaga.tak nak balas.tapi takut dia terasa."
Itulah fitrah saya yang sedang meracuni hati saya.
Dalam diam,racun tu makin merebak.
Cepat.Tak pernah sekali berhenti.

Saya takut bila fitrah saya sendiri meracuni saya.
Saya tau,saya ambil langkah berjaga-jaga juga.
tapi,at the end,saya makin nak ambil lebih banyak racun daripada ubat.
Saya pun pelik kenapa.
Adakah manis bila meracuni diri sendiri?
Cuba kita rasakan sedikit kesakitan yang hati kita sedang alami.
badan secara zahirnya "Hoorey,Hoorey."
Tapi hati?
Allah saja yang tahu.
Secara logiknya,kesakitan hati tidak terluah dengan kata-kata.
Walaupun luahannya panjang berjela.
Ini benar.

Saya pernah merasakan bahawa satu hari tu,hati saya macam dah lali dengan racun tu.
Bila kena racun tu,saya tak rasa apa-apa dah.
Apakah ini petanda yang hati saya mula menerima atau mula untuk mati?
Itu yang saya takutkan selalu.
Bila hati mula menerima racun,badan pula akan binasa kelak.
Tapi bila hati mula untuk mati?
Jasad pun akan mati.
Jadilah macam mayat hidup tanpa halatuju.

"Semoga Allah pegang hatiku ini dan sentiasa meneguhkan aku untuk melawan racun ini."
Kadang-kadang,racun menjadi ubat paling mujarab kepada kita.
kerana racun membawa kita kepada Ubat.
Ubat itu bila kita ambil hari-hari,racun tak akan ada lagi.
tapi kalau overdose kita terima racun,Ubat apa mampu lawan kan?
Susah.
Jangan ambil mudah soal hati ini.
Sekali terkena,kelak binasa.
Semoga hati kita semua di bawah pemeliharaan-Nya.
Harap semua faham apa yang nak disampaikan.
Bila hati dah kena racun,doktor pun belum tentu mampu selamatkan.
Racun fitrah lebih berat daripada racun biasa.
Jangan biarkan fitrah menjadi fitnah.
Jaga hati,Insya-Allah terjaga diri.
Wallahua'lam.

Read more...

Jumaat, 22 Mac 2013

Random #2:Ujian dalam ujian,Ohh Result SPM!


Assalamualaikum!
Dup Dap,Dup Dap..Dup Dap,Dup Dap..
Itulah bunyi degupan jantungku di saat-saat penerimaan keputusan SPM 2012!
Alhamdulillah.Bunyi itu kian reda,kadang-kadang kuat,kadang-kadang seperti biasa.
itu baru nak ambil keputusan.
Nanti nak temuduga?
Alahai.Ayat manis apa nak guna nanti?heee.

Itulah lumrah hidup manusia,sentiasa tak lekang daripada ujian.
Manis sungguh ujian apabila diakhirnya satu kejayaan.
ehh?
Maaf salah.
Manisnya ujian bila diuji lagi tanpa lekang.
Ujian membuat kita dewasa,kadang-kadang terlampau dewasa sampai menjadi kacang lupakan kulit.
*Dah lama tak guna peribahasa.hee.

Di sebalik kemanisan atau kepahitan hidup,semuanya didatangkan dengan satu tanda.
Tanda Allah makin sayang.Percayalah!
Husnudzon dengan Allah banyak-banyak.
Bukan senang nak bersangka baik dengan benda yang kita tak nampak.

"Kau berapa?"
"Aku 5A je."
"Kau pulak?"
"Alhamdulillah,straight."
"Tahniah,Untunglah!".
"Alhamdulillah."/

Ini antara dialog yang kita sering dengar lagi-lagi time keputusan peperiksaan.
Alhamdulillah.aku masih mampu untuk bersyukur.
Alhamdulillah.aku masih mampu untuk redha.
Alhamdulillah,aku masih mampu untuk tersenyum.
Rezeki setiap orang Allah dah tentukan dah sejak dari azali lagi.
Rezeki kita merupakan satu Qadar yang ditentukan Allah sejak azali lagi.
Terimanya.tapi tak salah nak usaha lebih lagi.

Ada orang mampu redha,ada orang yang tak.
Itu manusia.#take note.
tak semua gembira walaupun dah straight A+.
tak semua sedih,berduka walaupun hanya 1A saja.
tak semua benda baik nampak menggembirakan manusia.
manusia tak akan pernah puas hati.
mesti ada nak ok lagi.
Itu manusia.lemah.

Tapi bagaimana dengan manusia yang beriman?
*Dush,sentap!
ciri-ciri orang beriman yang sangat osem.
Seorang mukmin itu sangat osem.Dia jatuh tanpa mengalah,dia bangun tanpa marah.bila dia dapat gembira,dia bersyukur.bila sedih dia bersabar.
Itu baru mukmin.
ujian spm hanya sekadar secebis ujian daripada banyak-banyak ujian Allah.
Kalau satu ujian pun kita dah down,what about the others ujian?
Ingat,Allah pun suka nak tengok siapa kuat,siapa lemah.
Bukan kita saja yang suka menilai.Allah pun.
Kita menilai dengan melihat berapa banyaknya A+ orang tersebut.
tapi Allah tak.Allah uji dengan melihat setakat mana A+,atau tak ada A+ tu mampu untuk menjadikan kita orang bersyukur.
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)"
Nampak?Allah cakap macam tu supaya kita tak jadi orang yang kufur nikmat.
*teringat kata-kata seseorang pasal kufur nikmat ini.
Kalau tak bersyukur,lagi kena azab adalah kan?
Jadi,jadi orang bersyukur.
Sedangkan orang beriman juga diuji.
apa pula kita yang baru ditahap muslim dan In Shaa Allah mukmin.

Jangan lupa kita kena bersyukur.berat orang yang tak bersyukur ini.
lagi terok dari orang yang dapat result terok tadi.
Aish.
Bersyukur seseorang dengan menggembalikannya kepada Allah.
Allah yang bagi kan yang terbaik?
jadi yang dapat terbaik dari manusia,kena kembalikan kepada Allah.
maksud saya,kembalikan ucapan tahniah manusia itu kepada Allah.
Itu satu daripada tanda orang bersyukur!
Cuba baca entri ini.Penghargaan yang dikembalikan.
Cuba tangkap apa yang ingin disampaikan.
In Shaa Allah dapat.

Kita memang kerdil,tapi tak bermakna Allah tak nampak kita.
Allah sentiasa nampak kita.
Dia kan Maha Melihat kan?
jadi,La Tahzan!

Sedih oiii kalau Allah tak nampak kita.
Cuba bayangkan,best friend kita,bila lalu sebelah kita,macam lalu sebelah hantu.
tak nampak apa-apa.kalau dia tersedar,dia nampak,dia terkejut.
"Ehh Pal!"
"Dalam hati orang tu kata,baru nampak."
Sedih kan?
Itulah Allah.
Bayangkan kita dengan Allah macam tu.
Ish.Nauzubillah.

"Sombong ko ye sejak straight A."
"Ehh,tak ada lah.maaf ye."
"Hmm,yelah tu.aku tak gempak macam kau."

Come On guys!
Apa ayat negatif macam tu keluar dari mulut?
berjaya tak berjaya,mesti support kawan.
Kawan down,kita jangan mendownkan lagi.
Kalau kawan tu Up,ucaplah tahniah.
Memang dia gembira dengan keputusan cemerlang dia.
tapi dia akan lagi gembira bila kawan-kawan dia support dia.
*Terbaca tips Othman Affan dekat Facebook.
Salah satu cara komunikasi dengan kawan.
"Tu lah kau,dulu aku belajar,kau gelak-gelak.sekarang kau tengok siapa gelak?".
Nauzubillah.semoga dijauhkan dari sifat riak.

Lagi satu,bila kawan ceritakan tentang keputusan dia cemerlang,kita jangan cerita kita punya lagi cemerlang.
Nampak bangga dekat situ dan sedikit menunjuk.kita support cerita dia.biarkan dia gembira.
Tips Othman Affan juga.

Bagi saya,positif itu boleh lahir dari persekitaran.
sebab itu saya begitu cintakan Biah solehah yang wujud di KISAS.
Biah itu menghidupkan pendamba Cinta-Nya agar redha dengan ketentuannya.

Masa ambil result tu,aku dah sematkan dalam hati ini,
"Biarlah apapun result,aku terima."
Tapi sesetengah orang,tak boleh juga terima.
Why ye?
Saya suka kata-kata sahabat saya ini.
"pandangan orang yang melihat slip peperiksaan dengan tuan punya slip berbeza. dia berhak bersedih sebab dia tahu apa yang dia buat. jangan pandai suruh orang qanaah. bersedih x beerti x bersyukur. cuma kesedihan itu akan jadi satu amaran pada masa depan"(mat)
yup.saya agak bersetuju dengan statement dia.Memang betul,kita pandang lain,orang pandang lain juga.
Manusia tak semestinya melihat dari aspek yang sama.
Hormatilah pandangan dia juga.jangan kata dia tak bersyukur.
dia bersyukur,dia redha.cuma dia manusia.
kadang-kadang dia menyesal.cuma dia manusia.
Itu saja.

Oii!
Orang beriman pun kena uji,apa pulak kau si pelajar yang sedang belajar!
"Adakah cukup dengan mengatakan aku dah belajar!aku mesti score."
"Ada dah arif,aku mesti score."
Tak,tak.
"Do men think that they will be left alone on saying, "We believe", and that they will not be tested?"(Al-Ankabut:2)
Lihat.
orang beriman diuji.
Orang belajar diuji.
Tiada siapa akan terlepas dari ujian.

Tak percaya?
tak semua orang yang A+ semuanya dapat tajaan.
mana tau tiba-tiba ada orang kaya,dato ke apa nak taja orang macam kita ini yang A biasa saja.
kan?
mana lah tau rezeki Allah nak bagi.
Jadi,jangan cepat down.
banyak-banyak doa supaya Tan Sri,Dato,Datin,PM taja kita.
Mana lah tau kan?hee..

Aku harap aku dapat lah tajaan dan sambung belajar lagi.
Dah nak sambung lagi tinggi,usaha pun kena lagi tinggi lah.
heee.
sekadar itu saja perkongsian.
aku harap ada Dato,Tan Sri,Datin,PM baca aku punya entri ni.
Aku nak tajaan.hee.
Wallahua'lam.
Yang baik itu dari Allah,
Yang buruk itu dari manusia itu sendiri,
hakikatnya kedua-duanya dari Allah.
Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
La Tahzan.
Alhamdulillah sudah cukup bagi Allah untuk tahu hambanya adalah orang yang bersyukur.
:)
Assalamualaikum!
Syukur kepada Allah,Terima kasih family,murabbi-murabbi,dan sahabat-sahabat,saudara-mara,sepupu-sepupu yang sentiasa menyokong perjuangan ini.
Semoga Allah meredhai kalian semua.

Read more...

Rabu, 13 Mac 2013

Random #1:Kilat


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Alhamdulillah.
Diizinkan lagi untuk menulis entri pada kali ini.
Subhanallah! 
Itulah kata-kata yang mampu saya ucapkan kali ini.

Sekiranya kita dengar bunyi guruh atau melihat kilat,apa kita akan rasa?
menggigil ketakutan atau buat-buat tak tahu saja?
Kenapa perlunya petir dan kilat semua ini?
apa manfaatnya?
Cuba kita fikir balik.

Kalau hujan,manfaat dia bagi tumbuh-tumbuhan air untuk membesar.
Matahari pula,memancarkan cahaya untuk kegunaan pokok juga dan hidupan lain.
Tapi,apa manfaat kilat?
Tiba-tiba saja ada kilat.
Tak banyak manfaat yang kilat ini bagi.
Betul kan?

Nak tahu apa function kilat?
Dalam Surah Ar-Rum,ada menyatakan fungsi kilat secara jelas sekali.
[24]Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.
Allahuakbar!
Maha Suci Allah yang menjadi setiap sesuatu penuh dengan manfaat tersendiri.
Nampak?
Allah nak cucuk rasa takut dan perhambaan dalam diri manusia kepada-Nya.
Allah nak membuktikan bahawa kebesaran-Nya tidak boleh dinafikan lagi.

Bukan itu saja,dalam surah Ar-R'adu pun ada sebut pasal kilat,petir dan kaitan yang lain.
[12]Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).[13]Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.
Tapi kita,bila dengar kilat,petir,guruh,apa buat?
Bukan dengar petir lagi,silap-silap,dengan hujan saja dah tidur.
Sejuk lah katakan.

Ada juga yang cuba buat-buat tidur masa kilat atau guruh berdentum.
sebab apa?Nak hilangkan rasa takut.
Terkejut.

Apa-apa pun,kilat juga disebut oleh Allah sebagai satu daripada tanda kebesaran-Nya.
Jadi,jangan perlekehkan kilat atau merungut sebab kilat atau petir rosakkan benda dan tiada manfaat.
Sesungguhnya,setiap benda yang Allah jadikan penuh dengan manfaat yang kita ketahui ataupun tersembunyi.
Jadi,tugas manusia lah untuk meneliti setiap benda yang diciptakan Allah agar manfaatnya dapat kepada kita.

Nak manfaat lebih?
Jom baca doa ini bila terdengar kilat atau petir!




Wallahua'lam.
Semoga setiap sesuatu yang berlaku didatangkan dengan hikmah yang penuh gembira.
Tiada apa yang lebih baik melainkan Tanda-tanda kekuasaan-Nya untuk memperingatkan manusia sentiasa akan dirinya yang merupakan hamba yang Daif.

Semoga bermanfaat!

Sumber gambar:
Doa kilat dan petir

Read more...