Khamis, 22 Disember 2011

Dakwah 14:Penghargaan yang dikembalikan



Assalamualaikum!

1-Situasi:
Kampung sebelah kepada kampung Durian(reka saja),suatu kejadian yang mencemaskan telah berlaku kepada penduduk di kampung tersebut.Kampung X menyifatkan kejadian tersebut sebagai kejadian yang amat mendukacitakan.
Wartawan yang bertugas telah melaporkan kejadian tersebut di kaca telivision dan akhbar-akhbar terpilih..hehe..dah macam pemberita pulak dah

Wartawan:Puan,saya dapat tahu yang Kampung X nie telah mengalami satu bencana yang dasyat.

Puan A:Ye encik,dekat kampung saya nie,ada kejadian yang menggemparkan berlaku semasa musim tengkujuh nie.

Wartawan:Boleh Puan ceritakan serba serbi tentang bencana tersebut kepada saya?

Puan A:Tentu sekali.Hmm,Ahad lepas,anak jiran sebelah rumah saya nie pergi mandi dekat Sungai W.Lepas tu,tak semena,hujan dengan lebatnya turun.Turun tanpa henti.Rahmat yang terlalu melimpah ruah.Dah tu,anak jiran saya tu dan kawan-kawan dia "stuck" lah dekat sungai tu.

Wartawan:Ohh,ok,teruskan(khusyuk mendengar)

Puan A:Dah stuck tu,tak boleh pergi mana lah kan(tanya)?Lepas tu,duduk lah dia dengan kawan-kawan dia dekat situ.Hujan terus mencurah-curah.Tanpa henti,Nikmat yang sangat banyak tak terhingga.Air sungai pun naik.Dah tu,bahaya lah dekat dorang.memang cemas lah masa tu.Air naik sampai paras dada dorang(bersungguh-sungguh),dah tu,anak jiran saya tu pun dah tak boleh buat apa lah..dia pun rasa sesak gak masa tu.Anak jiran saya tu tiba-tiba tergelincir dan kemudian masuk ke kawasan dalam.Apa lagi,dia pun tergapai-gapai lah macam orang lemas.Lepas tu...

Wartawan:Lepas tu apa?

Puan A:Ada lah seorang rescue team datang selamatkan budak tu,budak tu trauma sampai sekarang.Mana tak nya..Sampai nak pergi tandas pun takut.Trauma gitu.Tapi Alhamdulillah lah..selamat..bersyukur ke hadrat Ilahi.

Wartawan:Ok,terima kasih puan atas penceritaan:)
Puan A:sama-sama,

2-Situasi:

Menemu bual brother amat,seorang rescue team yang telah menyelamatkan seorang remaja dalam kejadian di Sungai W.Wartawan ke lokasi.

Wartawan:Salam!Bro,saya dengar,awak hero sebab berjaya selamatkan seorang remaja yang berada dalam keadaan lemas.

Bro Amat:W'salam.Ye,saya selamatkan dia.Semasa saya meronda sekitar kawasan di kampung X dan tiba-tiba saya mendegar jeritan.Lalu,saya menuju ke tempat kejadian untuk tau apa sedang berlaku.Dah tu,saya terkejut lah,seorang remaja dalam lingkungan belasan tahun sedang berada dalam keadaan lemas.
Tanpa pertanyaan,saya terus datang dan menyelamatkannya.

Wartawan:Owh,ok(faham).Dikhabarkan berita ini menarik ramai orang dan awak telah dipanggil oleh pihak bomba dan penyelamat atas tindakan berani awak tu.Dan awak telah mendapat penghargaan "Berani mati".

Bro Amat:ye2!Penghargaan diberikan itu atas tindakan saya.Tetapi saya lakukan kerja saya ini kerana Allah.Allah telah meneguhkan hati dan iman saya untuk menyelamatkan seorang insan yang berada dalam kesusahan.Saya takut-takut juga masa tu,tapi saya dapat amanat ini dan sepatutnya amanat tidak seharusnya dikhianati.Dan Penghargaan yang saya dapat daripada semua pihak,tu adalah penghargaan daripada Allah.Allah memberi penghargaan kepada saya sebabkan yakin kepada-Nya dan penghargaan itu dizahirkan oleh orang ramai.Tetapi,saya pernah membaca sebuah kisah tentang seorang bijak pandai iaitu Abu 
Nawas.Abu Nawas nie seorang yang bijak,Dia berjaya menghuraikan pergaduhan antara dua orang lelaki.Dan oleh sebab itu dia diberi penghargaan.Dan dia berkata,"Sesungguhnya penghargaan ini bukan milikku tetapi adalah milik Allah yang hakiki.Penghargaan ini dikembalikan kepada yang berhak."
(ayat dia lebih kurang begitu lah).Jadi,saya ingin jadikan diri saya seperti Abu Nawas.Walaupun dia menerima banyak penghargaan,tetapi dia tetap merendah diri dengan berkata sedemikian.Ye,memang betul,Penghargaan sepatutnya dikembalikan kepada yang berhak.Kita hanyalah menolong dan Allah lah sebaik-baik penolong.
Conclusion:
Setiap penghargaan yang diterima,seharusnya dikembalikan kepada yang berhak iaitu Allah s.w.t.
Kita hanyalah "wakil" kepada penghargaan yang diberikan oleh manusia.Dan Allah lah "Penerima" selayaknya bagi penghargaan tersebut. 
Jadi,memandangkan hari nie ambil result PMR,kalau dah berjaya tu,dah tentunya dapat penghargaan dan ucapan tahniah tak terhingga.Tetapi jangan pernah lupa bahawa penghargaan tersebut perlu dikembalikan dan lafazkan lah kalimah"Alhamdulillah".
"Sebaik-baik penghargaan adalah orang yang menghargai Penciptanya."
Wallahua'lam:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian