Jumaat, 29 Julai 2011

Dakwah 2:Jom hayati Bulan Persiapan Ramadhan!



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
OK!lama sudah tak mng-update blog.
First sekali,ingin menyatakan bahawa tak sabar sangat nak tunggu Ramadhan nie..Semoga Ramadhan yang akan datang nie membuahkan hasil yang lebih baik daripada tahun lepas..Insya-Allah.

Apa itu PUASA?
-Puasa dari segi bahasa adalah menahan diri

-Puasa di bulan Ramadhan dari segi istilah adalah Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sidiq hingga terbenam matahari disertai dengan niat..

Apa bukti kita kena PUASA?
-ada Dalil daripada Al-Quran:

"Pada Bulan Ramadhan,diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka sesiapa yang melihat Bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa"(Surah Al-Baqarah 2:185)

-ada juga Dalil daripada sumber kedua iaitu Hadis:

"Diasaskan Islam atas lima dasar,iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad s.a.w utusan Allah,mendirikan solat,membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadhan"(Riwayat al-Bukhari,Muslim,al-Tarmizi,dan lain-lain)

apa syarat WAJIB PUASA?


  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal/waras
  4. Mampu/tidak uzur
apa syarat SAH PUASA?
  1. Orang Islam
  2. Baligh
  3. Berakal-tidak sah kalau gila @ kanak-kanak belum mumaiyiz
  4. Suci daripada Haid dan Nifas
  5. Dalam waktu yg dibolehkan berpuasa,bukan dalam tepoh haram berpuasa
apa dia RUKUN PUASA?
  1. Berniat
  2. Menahan diri
OK,tu sedikit maklumat lah.Pasal perkara sunat dalam berpuasa dan perkara-perkara yang membatalkan puasa,cari dekat internet:).
Then,sini nak cerita sedikit pasal Ceramah pagi tadi.
Kiranya,beradanya ana disini adalah untuk berkongsi Ilmu:)


First sekali dalam ceramah tadi,PENCERAMAH bertanya akan satu soalan..nak tau pe soalan dia?soalan dia berbunyi begini:
1.Adakah RAMADHAN datang kepada kita ATAU kita datang kepada RAMADHAN??
rasa-rasanya,pe jawapan korg?
-Jawapan ana lh kn,Kita yang datang kepada Ramadhan..maksudnya dekat sini,macam nie.Kita datang kepada Bulan Barakah itu dengan membuat persiapan awal..Dua bulan sebelum Ramadhan,korang dah Latih Rohani korang terlebih dahulu..Macam sukan lah kan..sebelum sukan,kena Warm-Up dulu kan?Then baru boleh sukan.kalau terus saja sukan,nanti ada Shock dekat mana-mana bahagian pulak kan?Macam tu lh kita definisikan Bulan Mulia ini..Kita Warm-Up Rohani kita dulu agar kita betul-betul bersedia sebelum Ramadhan.Tak begitu?Macam tu lah..maknanya,lain kali,cuba lah buat puasa sunat untuk latih diri kita nie sama ada larat atau tak..Bak kata pepatah:Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit kan?Macam tu lh..kita latih diri kita sedikit-sedikit..Dua bulan masa kita ada untuk latih..Insya-Allah,Allah akan tolong.

-Kalau jawapan Ramadhan datang kepada kita pulak macam nie..Kita macam nak tnggu saja bulan tu..macam tak buat apa-apa..Tak ada inisitif untuk berusaha kejar ramadhan.Tu orang yang mungkin sedar Ramadhan kian menjelang tetapi akibat anggap diri terlalu kuat,dia sombong..Tak nak buat persiapan..apa-apa benda pun,mesti ada rangka sebelum ada isi..
Bulan Rejab dan Syaaban merupakan rangka kepada puasa dan Ramadhan merupakan Isinya..
kita rangka awal-awal..xsalah kn?ok..tu pertanyaan lh..ana pun byk gak xtau..tp insya-Allah lh yg ner tau tu,akan dikongsi..
Puasa Nabi-Nabi
Nabi Adam

Tidak boleh makan buah khuldi

Nabi Nuh-Nabi Isa

3 hari setiap bulan

Nabi Musa dan Nabi Isa

40 hari setahun

Nabi Daud

Sehari berpuasa dan sehari tidak

Nabi Muhammad

Sebelum kerasulan 3 hari setiap bulan,Puasa Asyura 9,10 dan 11 dan selepas kerasulan sebulan Ramadhan


ok.setakat sini sahajalah..maaf lah..dah larut malam..jadi,mata pun dah puyu dan takut salah fakta..
apa-apa pun,ilmu nie untuk dikongsi dan disebarkan:)..kalau ada apa-apa salah,tegurlah secara bijaksana dan berhikmah..dan kalau ada apa nak tambah,cakap sahaja.insya-Allah:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian