Ahad, 28 Ogos 2011

Dakwah 3:Hukum Memberi dan Menjawab Salam(Complete)




Assalamualaikum!
Alhamdulillah!dapat menulis blog pada hari ini selepas sekian lama tak mnulis disebabkan masa lapang kurang.
OK!hari nie nak cerita sedikit sahaja apa yang pernah diajar dan pernah belajar.Pasal Memberi dan Menjawab Salam


Ok!Hari nie tak nak lah bincang pasal Salam yang sempurna ke tau apa..
Nak bincang sedikit sahaja..
Pasal Hukum..Kadang2 ramai Orang silap atau salah tafsir.
Maaf kalau ada yang salah dan rujukan untuk post ini adalah dari 

Buku Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4..
Kalau ada apa-apa salah atau nak tambah,sudi-sudi lah beritahu:)

Firstly,Semua orang sedia maklum bahawa bagi salam adalah Sunat Muakad(Sunat yg dituntut)..tahu kan?
Semua Orang pun dah tau yang menjawab salam adalah Wajib..tau juga kan?


1.Orang Bukan Islam(orang kafir) 


Memberi salam kepada orang bukan Islam(Orang kafir)
i-Menurut pendapat yang terkuat dan jumhur fuqaha' Syafie menyatakan bahawa Tidak Harus
memberi salam kepada orang kafir!

ii-Al-Mawardi dalam kitabnya "Al-Hawi" menyebut dua pendapat:


  • Tidak Harus memberi salam kepada orang kafir
  • Harus memberi salam dengan menyebut "Assalamualaika" dan "Bukan Assalamualaikum"
Pendapat kedua ditentang oleh Al-Nawawi dan dianggap pendapat yang ganjil

Menjawab salam dari orang bukan Islam
i-Menurut jumhur,hendaklah menjawab dengan lafaz "Waalaikum"

ii-Al-Mawardi berpendapat bahawa Harus menjawab dengan lafaz "Waalaikummussalam" tanpa menyebut "Warahmatullahiwabarakatuh"



2.Orang Fasik(Orang yang berpura-pura)
i-Ibnu Umar dan Bukhari:Hukumnya Tidak Sunat,malah Sunat untuk kita tidak memberikan salam kepada golongan tersebut.

ii-Sunat memberi salam kepada golongan tersebut kerana mereka tergolong daripada orang-orang Islam


3.Kanak-kanak
i-Sunat memberi salam kepada kanak-kanak

ii-Apabila kita memberi salam kepada kanak-kanak mereka Tidak Wajib menjawabnya sebabkan mereka bukan mukalaf
iii-Mutawalli dan sebahagian Ulama' Syafie menghukumkan Sunat Menjawab salam dari kanak-kanak tetapi Tidak Wajib menjawabnya kerana mereka bukan mukalaf

iv-Manurut Qadi Husin,Mutawali dan Rafie',apabila diucapkan salam kepada sekumpulan ramai,dan terdapat kanak-kanak yang menjawab salam tersebut,maka tidak gugur kewajipan menjawab salam keatas orang yang telah baligh.Menurut Al-Syatibi,kewajipan menjawab salam telah gugur keatas orang Baligh.
Maksudnya:yg pertama utk (iv),salam yang diberikan oleh orang lain dan dijawab oleh kanak-kanak yang berada salam kumpulan orang dewasa,salam tu wajib juga ke atas orang dewasa tu walaupun kanak-kanak dah jawab.yg pendapat kedua utk (iv),kalau kanak-kanak dah jawab salam,orang dewasa dah xperlu jawab salam..

v-Wajib menjawab salam kanak-kanak adalah pendapat terkuat dalam kalangan fuqaha' mazhab syafie.

4.Salam Lelaki kepada Perempuan dan sebaliknya
i-Salam seorang lelaki kepada seorang perempuan atau sebaliknya yang tidak mempunyai hubungan Mahram adalah Tidak Disunatkan kecuali dalam keadaan yang aman daripada fitnah.Harus memberi dan menjawab salam perempuan untuk tujuan pendidikan seperti salam pelajar kepada gurunya.

ii-Kalau seorang lelaki bagi salam kepada "Gadis Remaja" maka Tidak Harus dia menjawabnya.

iii-Jika seorang "Gadis" memberi salam kepada"Seorang Lelaki" maka Makruh lelaki tersebut menjawab salamnya.

Ada nampak sekarang?xsemestinya jawab salam hukumnya jatuh kepada Wajib!dan ingatlah bahawa setiap apa yang kita lakukan berdasarkan "Niat" kita sendiri.itu yg most most most important..
hope enjoy the tazkirah..:)
May Allah bless us

p/s:Kalau ada yang tak faham,tanyalah ye!Insya-Allah boleh jawab dengan izin Allah.
Semoga Allah memudahkan urusan kita untuk memahami agama-Nya ini.
Amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian