Ahad, 28 Ogos 2011

Dakwah 4:Mari kenali Ideologi Barat dan sifat-sifat Islam




Assalamualaikum!!
Hari ini Ana nak cerita sedikit pasal ideologi semua.bukan cerita tetapi bagi pengertian setiap ideologi yang ada:)
insya-Allah.


  1. Ideologi Barat(Jahiliyyah) 
Sekularisme satu fahaman atau pendirian yang menolak atau memisahkan agama daripada kehidupan atau urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti urusan pentadbiran awam,kehakiman,pendidikan dan sebagainya.

Nasionlisme Perasaaan untuk memelihara atau memperluas kebangsaan rakyat atau identiti kebangsaan.Apabila usaha-usaha tidak dapat dilaksanakan,maka dirasakan sebagai satu kekurangan.Maksudnya,nasionlisme merupakan satu ideologi yang mendominasi satu kumpulan manusia untuk menaikkan taraf kebudayaan mereka sendiri.
LiberalismeMemberikan kebebasan kepada akal untuk menilai dan memudahkan hukum hakam dalam agama mengikut nafsu.Ciri-cirinya seperti perbahasan agama secara terbuka,menggunakan akal semata-mata dalam pemikiran dan meminggirkan wahyu,mngubah syariat,jika dirasakan tidak sesuai,memberikan kebebasan bersuara tanpa batasan.
SosialismeKebebasan dalam bergaul dan bermasyarakat.Ciri-cirinya ialah kebebasan dalam bersosial,perjuangkan hak individu.,melanggar batasan agama dalam bersosial,membolehkan apa-apa sahaja dalam pergaulan sesama manusia,menjadikan akal semata-mata dalam menimbang sesuatu perkara sama ada baik atau buruk,hidup tak berlandaskan syariah,mnggunakan hujah kosong dalam pergaulan "Percintaan tidak syari dikatakan Ukhwah Fillah."
Hedonisme Keseronokan dan hiburan sebagai teras kehidupan.Ciri-cirinya ialah hiburan yang melampau,mengetepikan panduan syariat dalam berhibur,bertuhankan material "Hiburan sebagai pendapatan",kehidupan bebas,keseronokan sebagai matlamat hidup.
PluralismeMenyamatarafkan semua agama di dunia yang membawa kepada keselamatan di dunia dan akhirat.Ciri-cirinya ialah mngatakan bahawa semua agama membawa kepada satu tujuan dan keselamatan,memberi kebebasan kepada seseorang untuk memilih dan menukar agama sesuka hati,mencampuradukkan antara ibadat dalam islam dengan ritual agama lain,sanggup tukarkan agama atas sebab lain seperti bercinta,menjadikan islam sebagai agama yang sempoi,perjuangkan "la ikaraha fi din"(tiada paksaan dalam agama) untuk menyokong tindakan mereka.menyamakan istilah semua agama, "moral=akhlak,riba=bunga,ibadat=ritual"
Pragmatisme(Fragment)Menjuzu'kan agama.Mengambil sebahagian yang baik daripada agama dan menolak sebahagian yang lain.Ciri-cirinya ialah mengikut hawa nafsu untuk mempertimbang syariat,perjuangkan islam dalam sesetengah aspek,mengamalkan islam menurut kehendak hawa nafsu.



2.Sifat-sifat Islam
RabbaniahKembali kepada Allah,yang membawa kepada Ubudiyyah(Pengabdian)kepada Allah,Yakni setiap insan(hamba) wajib beribadat hanya kepada Allah.
SyumuliahAjaran islam yang lengkap dan menyeluruh.Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dan sekecil-kecil urusan sehingga kepada sebesar-besar perkara.
'AlamiyahSesuai untuk semua orang dan semua tempat.Islam sesuai untuk orang Arab,Melayu,Cina.India dan bangsa-bangsa lain.Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja.Ia bermakna sesuai di semua tempat samada di kutub selatan atau di kutub utara dan sebagainya.Ia juga sesuai untuk semua zaman samada Zaman Rasulullah,Zaman Moden dan hingga ke hari kiamat.
Waqi'iyyahIslam adalah realistik atau dengan kata lain,ia adalah mithali dan berdasarkan realiti.Ia terselamat daripada sifat keterlaluan golongan yang terlalu ideal dan terselamat daripada kecuaian dan pandangan mudah golongan yang terlalu realistik.Contohnya,Ibadat solat,solat ada yang difardukan dan ada yang disunatkan.Solat yang difardukan adalah termasuk dalam kesempurnaan paling minima.Ia bererti,untuk mencapai kesempurnaan minima,seseorang mestilah melakukan solat fardhu.Seolah-olah sunat pula termasuk dalam kesempurnaan yang paling tinggi.
InqilabiyyahMenegakkan Islam atas keruntuhan Jahiliyyah.Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah.Kesimpulannya,Islam tidak boleh berada bersama-sama dengan jahiliyyah.
Thabat dan MurunahTetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi pelaksanaan.Contohnya,solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama' dan wasar bagi mereka yang bermusafir,begitu juga ketika sakit,solat boleh dilakukan secara duduk atau tidur.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya"

Sahabatku,
Kita takkan tahu kita Islam kalau kita tidak tahu apa itu jahiliyyah.
Kenalilah Jahiliyyah dan cara menangkisnya.
Selamatlah Islam di muka dunia..

Akan terungkailah ikatan Islam satu per satu daripada seseorang yang lahir membesar dalam Islam tetapi tidak mengenali Jahiliyyah

Ayat diatas merupakan hadis.kalau tak silap lah.kalau silap,mohon betulkan.Jadi,orang Islam pun mesti kenal jahilliyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian