Khamis, 27 Oktober 2011

Dakwah 6:Hikmah kembara hidupku


 


Assalamualaikum!
OK!sudah lama tidak update blog..
Hari nie,hari rabu aku nk cte ckit psl perjalanan hidupku:)

Kejadian pada tahun 2007 mengubah haluan hidupku.
Walaupun aku merasakan kepahitannya kejadian itu tapi alhamdulillah berkat doa,usaha,tawakal dan semangat daripada saudara-mara membuatkan diri ini bersemangat semula untuk meneruskan kehidupan.
Susahnya bagiku untuk menerima kenyataan bahawa separuh daripada bahagian hidupku hilang begitu sahaja.
Allah lebih mengetahui.
Aku yang sekarang adalah HIKMAH daripada kejadian yang menimpaku itu.
Aku yang sekarang adalah PRODUCT daripada kejadian itu..
Banyak HIKMAH yang aku dapat.
Walaupun pada mulanya hatiku sangat lh pedih+pilu+sedih+putus asa.
tapi aku tak akhirkan perjalanan hidupku disitu sahaja.

Permulaan hidupku diteruskan dengan bersekolah di satu sekolah yang ditakdirkan oleh Allah.
Walaupun aku merancang utk bersekolah di tempat lain tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.
Selama 3 tahun aku sentiasa sabar dan kuatkan diri.
Aku tak nak aku HANYUT dalam kekecewaan.
Aku NEKAD untuk bangkit pada tahun kedua dan ketiga di sekolah tersebut.
Aku bukanlah daripada kalangan orang yang BIJAK PANDAI.
Aku hanya Manusia yang BERUSAHA untuk menjadi seperti orang BIJAK PANDAI.
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang SEDERHANA.
Apa yang membuatkan aku BERSEMANGAT?
Aku bersemangat kerana aku memegang sebuah HARAPAN.
HARAPAN yang amat besar..
Aku jadikan HARAPAN aku tu sebagai PEMBAKAR SEMANGAT..

Rahsia aku dapat 9A dlm PMR?
Nak ikutkan,aku nie bkn 'PROFESOR'.
UPSR pun tak adalah seberapa sangat.
PMR nie aku jadikan sebagai BATU LONCATAN untuk aku terus maju.
Aku pegang HARAPAN keluarga aku.
Aku pegang HARAPAN semua orang yang berjasa padaku.
Aku bawa SEMANGAT yang lahir daripada "DIA".
Walaupun suda tiada,tapi aku nak BUKTIKAN sesuatu.
BUKTIKAN yang aku nie mampu untuk lakukan sama macam orang lain.

Keputusan UPSR buat aku kecewa seketika dan aku bertanya kepada diriku: "Adakah aku mampu untuk mendapat 9A?"
Aku tak mampu pada pandangan aku.
tetapi pada tahun ketiga di sekolah itu.
aku merubah sedikit demi sedikit cara hidupku.
Di rumah,Aku akan BELAJAR walaupun sekejap.
KERJA SEKOLAH aku akan pastikan siap.
Aku akan AMBIL HATI cikgu dengan cara HORMAT dan BERADAB dengan mereka.
Kalau nak diceritakan,Ada seorang Cikgu yang suka mengata aku.
tetapi aku selalu diamkan diri.
Allah beri kekuatan pada diri ini.
Aku pun berkata dalam diriku bahawa cikgu tu tak akan buat macam tu lagi.
Dengan menunjukkan bahawa aku nie bukanlah SEBARANGAN orang.
Walaupun cikgu tu sering mengata aku,aku buat tak tahu saja.
aku masih HORMAT dia..
sebab aku takut ILMU yang aku belajar tu xdapat BERKAT..


Aku juga kalau dekat2 nak PEPERIKSAAN,aku get ready dengan "YAASIN""YAASIN" nie jantung Al-Quran jadi aku kerap kali baca. Aku pun kalau time periksa,Akan ada 1 air Yaasin.
Aku buat STUDY GROUP.
Actually aku nie rapat juga lah dengan perempuan.
Bukan sebab pe.
Sebab Aku tau perempuan nie PANDAI  dan Rajin daripada LELAKI.
LELAKI nie bukan Tak Pandai tapi MALAS aje.
So,aku Belajar,buat study group dengan perempuan.
Jangan pandang serong.
ILMU nie,kita kena cari peluang.
Aku cuba cari PELUANG daripada mereka.
Alhamdulillah..mereka memang banyak membantu aku dalam MISI 9A.
Then,kalau cikgu buat KELAS TAMBAHAN tu,sudi2 lah hadir.
sebab apa,Mungkin ada benda yang tak belajar time PNP tapi dpt tahu time KELAS TAMBAHAN tu.
Alhamdulillah aku datang walaupun kadang-kadang penat.
Kita nak BELAJAR nie,Bukan ikut KAWAN..
kalau KAWAN tak Belajar,kita pun tak BELAJAR juga lah?
Salah,Salah..
Last sekali,aku pastikan yang SOLAT 5 WAKTU aku cukup masa tahun ketiga tu..
Alhamdulillah..BERKAT solat tu juga membawa kepada kejayaan..
Ingat ye!SOLAT tu TALI PENGHUBUNG antara KHALIQ(pencipta) dengan Kita semua.


Walaupun mesti akan ada orang berkata:
"Kau tak pe lah..BERTUAH"
"BERTUAH?"


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"(Ar-Ra'd ayat 11)
Actually,aku pun tak tahu pasal ayat nie sebelum nie.
Sebab dulu aku memang da asas agama tapi tak kukuh..
kalau aku tahu satu benda tu,benda tu je lh aku tau..
Alhamdulillah..sekrang banyak yang aku dah tau..
BERKAT duduk KISAS..
Tak dapat BANYAK,SEDIKIT pun jadilah..


Then,nak ceritakan juga,Ayah aku banyak berubah sejak daripada kejadian itu..
Pada mulanya,KAMI,adik beradik takut nak minta sesuatu daripada ABAH..
sebab ABAH garang..
Alhamdulillah..
HIKMAH yang tersurat ialah,ABAH menjadi lebih baik..Lebih Penyayang dan TIDAK aku NAFIKAN bahawa ABAH boleh memikul tugas IBU..Pada tahun2 selepas itu,ABAH menjaga KAMI dengan sangat BAIK..kadang2 aku MENANGIS sebab aku TAKUT kalau aku tak dapat BALAS jasanya..Alhamdulillah..inilah ANTARA HIKMAH yang aku dapat CARI..


Jadi,dalam nak mencari KEJAYAAN nie,memang banyak PENGORBANAN yang perlu dilakukan..
Janganlah kita mengeluh..
Sikap ini amatlah buruk dalam ISLAM..
Walaupun aku tahu,kadang2 aku perlu BERSYUKUR atas NIKMAT yang diberikan ini..
Tak suma orang dapat macam aku dapat..


Ingatlah!Ketika Tuhanmu memberi suatu DUGAAN atau BALA BENCANA,Tuhanmu mahu kamu tahu bahawa Dia yang menentukan TAKDIR hidupmu..SEDETIK pun kamu tak kan terlepas daripada pandangan-Nya..Sesungguhnya setiap DUGAAN yang kamu HADAPI pasti ada HIKMAH disebaliknya..Kalaupun kamu tidak dapat melihat HIKMAH nya di DUNIA,nescaya kamu akan dapat melihat HIKMAH nya di AKHIRAT sana..


Akhirulkalam,Aku hanya BUDAK biasa yang lahir daripada keluarga SEDERHANA yang mahu BERJAYA.
Wasilah(jalan)Allah adalah sebaik-baik jalan untuk menuju KEJAYAAN..
Pe Susah?Juz FOLLOW je jalan yang sedia ada yang ditunjuk..
:)


P/S:
Alhamdulillah..serba sedikit CORETAN hidupku.ANDA BOLEH MNGUBAH TAKDIR ATAU PERJALANAN HIDUP ANDA:)


Bil Tawfiq Wan Najah:)
Assalamualaikum!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian