Ahad, 2 Oktober 2011

Dakwah 5:Islam dulu dan kini




Assalamualaikum!
Islam itu Indah..
Ok..muqadimah dia,kenapa kita lahir dalam islam?
kenapa?cuba jawab?
yang pertama,mesti korang akan jawab yang sebab ibubapa kita Islam..
kan?sebab parents kita islam,kita pun Islam..
itulah masalahnye sekarang..
Nak ikutkan,kita yang terus menganut agama Islam nie memang beruntung..
memang BERUNTUNG!!
ISLAM nie pun merupakan satu NIKMAT!!
NIKMAT!!
jadi,janganlah kufur nikmat..
kita sering kali kufur nikmat..
NIKMAT ISLAM kita dah dapat tapi kita sering tak hargai..
tak tau ke betapa BESARNYA nikmat tu?
Cuba byangkan kalau kita bukan lahir dalam ISLAM..
RUGINYA..
sebab,Islam adalah satu-satunya agama di sisi Allah..
"ISLAM itu adalah tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi daripadanya"

Macam mana nenek moyang kita boleh mnganut agama nie?
hmm..mcam mana?cuba teka?
sebab,zaman dulu susah..
zaman dulu susah..
zaman dulu banyak yang mati sebab gaduh-gaduh semua..
zaman peperangan..
then datangnya ISLAM..
ISLAM datang selamatkan kita..
ISLAM agama perdamaian..
sekiranya ditawarkan perdamaian,maka ISLAM akan terima..
itulah ISLAM..
lebih memntingkan kedamaian..

Perbezaan Islam dulu dan sekarang?
Nak tau tak?
Islam ini,syumul..
iaitu kesuluruhan..
ISLAM dulu,sekarang dan selamanya adalah sama..
yg berbezanya orang yg menganut ISLAM..
Orang yang tak reti hargai ISLAM..
Jadi,Islam Indah sebenarnya..
Sebab kita manusia..
manusia lh sering jadi perosak kepada sesuatu benda..
jangan disebabkan kita,ISLAM ini menjadi buruk..
JANGAN SESEKALI!!

Kawan ana pernaa cakap..
dia nie budak MRSM.
Dia ckp macam ini..cuba kita ingat balik..cuba kita fikir balik..
kenapa kita nak follow sangat orang kafir?
kenapa?apa yang ada pada mereka?
ILMU?
sebenarnya ILMU yang sedia ada sekarang adalah milik ISLAM SEPENUHNYA..
Zaman dulu,ada satu peperangan yang namanya PERANG SALIB..
bila berlakunya perang nie,tentera-tentera ini jumpalah ilmu-ilmu ini..
then dorang bawa ke negara dorang..
pastu dorang kata dorang yang temui..
Kebanyakkan orang mesti tau kan Para Pejuang Islam..
Zaman Dahulu..
Kita kenal semua para Syuhada'..
Cuba kita tengok orang kafir pulak..
siapa dorang punya pejuang?apa yang dorang perjuangkan untuk agama dorang?
Tu lh sebabnya kita kena hargai,sayangi Para Syuhada'..

Kemanisan Islam tu tak kan dirasa kalau kita masih di takuk lama macam nie..

Imam Hassan Al-Banna berkata,"Tegakkan Islam dalam dirimu,nescaya akan tertegak Islam di dalam negaramu"
lebih kurang camtulah..
jadi,kita nie terlalu nak CEPAT..
semua nak CEPAT..
sebuah cerita nie di Zaman Rasulullah..
Seorang hamba nie dah menganut Islam..
Jadi,bila dia dah menganut Islam,kena seksalah..
Seksa,punya seksa,maka dia pun berjumpa Rasulullah..
Dia cakap yang dia kena seksa then Dia minta Rasulullah berdoa agar orang-orang yg zalim dihilangkan dari muka bumi..
pastu,Rasulullah tak buat..
itulah sebabnya kita nie..
macam hamba tadi..
hamba tu nk cepat saja..
baru ckit kena..

kalau nk ikutkan,Rasulullah boleh saja berdoa agar orang-orang macam itu dihapuskan..tapi Baginda tak nak..
sebab,nak bagi kita pengajaran..Orang yang Sabar itu lebih disayangi Allah..

Ustazah ana da cakap.Orang Islam Zaman dahulu diseksa fizikalnya tetapi tetap mantap imannya..Orang Islam Zaman sekarang diseksa rohaninya tetapi tidak mantap imannya..
cuba kita fikirlah..mana lagi sakit?mestilah kena seksa fizikal kan..
tapi kenapa mampu bertahan?
sebab dorang percaya ISLAM nie memang betul..
ISLAM tu jadikan dorang kuat..
Dan orang zaman sekarang diseksa rohaninya..
tak rsa sakit.
tapi kenapa lemah?
sebab mereka nie tak hayati Islam secara keseluruhannya..
Orang Islam dahulu sangat menitik beratkan cara hidup Islam

p/s:bagi ana lah..kalau lah duduk Zaman Rasulullah dahulu,mesti best
.Teringin gak nak merasa zaman Islam terkenal..Islam yang keseluruhan..Harap dapat rasa Islam yang syumul..
INSYA-ALLAH



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian