Isnin, 26 Disember 2011

Cinta dan Nafsu 4:Cerita Akal,Iman,Nafsu dan Amalan



Assalamualaikum!!
Ok,Alhamdulillah..nikmat yang diberikannya dapat aku gunakan sebaiknya..

Situasi:Akal,Iman,Nafsu dan Amal,cerita yang dirungkaikan kepada 1 watak masing-masingnya.Pertengkaran mula berlaku antara mereka semua.Saksikan..hehe

Nafsu:Perw!!Gila lah,cun budak tu.Freehair lagi tu.Teknik rebounding lah tu,caya lah!Memang pilihan aku nie.
Iman:Astaghfirullah Nafsu,apa yang kau cakap tu?Jaga pandangan,jaga pandangan.Aduhai!Habis lah rosak aku.
Nafsu:Bising je lah kau nie!!Kau tak suka,kau punya hal lah..Aku suka je,seksi pun boleh tahan,nampak tu lah,nie lah..Pilihanku!!
Iman:Itulah kau nafsu,cubalah betul2 cikit dalam memilih tu.Aku nak orang yang Tudung Labuh,pakaian tak melebih-lebih asalkan apa yang patut tertutup,akan tertutup.
Akal:Errkk..Betul juga cakap Iman tu..Tapi(ragu-ragu)...
Iman:Tapi apa Akal?Janganlah kau nie ragu-ragu masa buat keputusan.Aduh!Kau lah penentu sesuatu keputusan wahai Akal.
Akal:Tapi..aku pun suka juga kalau pe macam Nafsu cakap tu.Entah lah,aku keliru!!Argghh..
Iman:Kau nie Akal,mesti ada masalah kan dengan Amal?Itu lah sebab tak dapat buat keputusan yang betul kan?
Akal:hmm..a'ah..Problem lah dengan amal tu,asyik-asyik nak benda baik saja,aku kadang-kadang nak terasa bebas gak.Buat perkara yang lain daripada lain
Iman:Kau tak boleh macam tu Akal,Kau kena bertimbang rasa juga dengan Amal.Amal tu bukan apa,dia sayang dekat kau akal,dia tak nak kau jadi teruk dalam membuat pilihan.Aku pun bergantung dekat kau Akal
Nafsu:Kau nie Iman,Pehal hasut dia pulak ini?Biarlah dia buat keputusan sendiri.
Iman:Hmm..
Amal:Akal,maafkan aku kalau memberatkan engkau.Aku tak nak engkau terpengaruh dengan Nafsu sebenarnya.Nafsu tu suka ajak buat jahat.Aku takut,engkau dan Iman tak mampu bertahan saja.Jadi,aku berusahalah untuk kuatkan korang daripada hasutan Nafsu.Yelah,Jatuh bangun korang,daripada aku juga kan?Kalau aku kurang,Kurang lah korang kan?(means:kalau amal kurang,Iman kurang dan akal lambat berfikir).Jadi,aku buat semuanya untuk korang,.tak ada yang lain daripada itu.
Iman:Kau dengar tak tu Akal?Nampakkan?Amal sayangkan kita.Kita saja tak reti nak hargai Amal.
Akal:Ye tak ye juga kan.Sekarang baru aku nampak besarnya pengorbanan Amal..Amal,aku rasa,kalau tak ada engkau,mesti kebanyakkan keputusan aku akan salah dibuat.
Amal:Akal,aku hanya berusaha,kau yang menentukan keputusan tu!
Nafsu:Arggghh!!Stressnya aku dengan korang nie.Apa pasal korang benci sangat dengan aku?Apa salah aku?Aku nak bebas dan tak nak terkongkong saja.
Iman:Nafsu,kitaorang cuba nak mendidik engkau juga.Supaya engkau tak terlalu bebas.Kalau engkau bebas,kitaorang takut benda tak baik berlaku.Kitaorang sayang kau juga Nafsu.Kitorang tak nak kau sesat.
Nafsu:Arghhh!Sudah lah..menyampah aku dengar sayanglah,didiklah.Pergi lah semua benda tu!Menyusahkan saja!!
Iman:Astaghfirullah Nafsu..Amal,aku ada permintaan nak buat dekat kau nie..
Amal:Apa dia?
Iman:Aku mintak,supaya kau jadi lebih kuat.Kalau engkau kuat,aku pun kuat lah.
Amal:Hmm..memang tak susah..tapi ini atas hal Akal juga.Kalau Akal tak nak,entahlah
Akal:Aku setuju saja.Asalkan benda baik.
Iman:Bagus,macam nie lah kita nak.

Konklusinya:
Iman,Akal dan Amal adalah sesuatu yang penting dalam diri seseorang.
Tanpa mereka,Nafsu akan jadi besar dan besar dan besar
Nafsu akan memberontak.
Jadi,Apabila kuatnya Amal,akan kuatnya lah Iman.
Kalau kuatnya Iman,maka akan kuatlah Akal untuk berfikir secara rasional.
Harap dapat apa yang nak disampaikan.
Maaf,jalan cerita tak tersusun..Hanya nak menggambarkan sahaja.
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian