Isnin, 26 Disember 2011

Dakwah 16:Warkah untukmu kawan



Assalamualaikum!!
Buat kawan-kawanku,
Hmm,yeah!dah nak balik sekolah..hehe..
(Tak tahu nak zahirkan perasaan pe)
Ok,btw,ade sedikit peringatan kepada kawan-kawan sekalian.
Aku nie pun bukanlah perfect sangat tapi aku cuba
Ok,pape je lh korg nak fikir.
Dengar je~

Insya-Allah..

Tahun yang baru akan bermula(2012)
jadi,sebagai seorang pelajar,kita mesti nak berjaya kan untuk SPM?(bukan spm je,benda-benda lain juga)
Meskipun aku adalah dalam kalangan orang yang berjaya dapat straight A untuk PMR,
Tapi aku masih ragu-ragu samada aku mampu atau tak untuk dapat macam tu dalam SPM.
(Addmath sangat menyakitkan)
Takut pun da jugak rasanya.
Tapi kita sama-sama berusaha lah..


Btw,sini ade sedikit tips.
Tips yang sangat mudah aku rasa.
Yang pertama,Jaga Solat
Bagi lelaki,memang Wajib
Jadi,tu pertama rahsia nak berjaya.
Solatlah 5 waktu sehari semalam.
Kalau tak percaya,cuba lah..
Masa tingkatan 3,aku gile2 jaga solat semata-mata nak cukupkan 5.
Jadi,aku dapat pe yang aku nak
Kalau rajin,buatlah solat sunat
(aku pun kadang-kadang tak buat juga,i'm not perfect)

Yang kedua,Perbanyakkan Doa
Ye,memang diakui.
Tak semua yang kita nak,kita dapat..
Tapi,dengan berdoa,secara tidak langsung kita Berharap pada yang Maha Esa
Contoh doa,
"Ya Allah!Engkau layakkan lah aku dan kawan-kawanku untuk mendapat straight A+ dalam SPM"
Berdoalah,doalah banyak-banyak kali..
Aku,dulu,nak PMR,start Tingkatan 2 sampai Tingkatan 3,aku terus and terus berdoa macam tu
setiap hari selepas solat fardhu
Bayangkan,Kalau kita berharap pada-Nya begitu sekali,mesti Dia rasa hendak tunaikan..
Insya-Allah

Yang ketiga,Perbanyakkan Yaasin
Yaasin merupakan jantung Al-Quran..
Mustajab kalau membaca.
Insya-Allah..
Amalkan selalu..
Dulu masa PMR,aku duduk and baca surah nie lepas maghrib
Laa nie,hmm..
Susah nak amalkan lagi..
Dulu dah macam nak hafal sekarang dah kurang

Yang Terakhir,nie paling penting
"Tiada Usaha maka Tiada Kejayaan"
Yelah!Kalau setakat kita buat macam-macam untuk SPM,kecuali tak berusaha,tak guna juga kan?
Usaha itu penting.
Bak kata orang,"Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih"


Jadi,kalau nak SPM,jom kita Struggle habis-habisan..
Cuak pun ada,rasa nak dapat semua A+ tu,
Macam malap lagi..
Insya-Allah kita semua berjaya.
Janji,buat apa yang dekat atas.
Kalau boleh buat lagi baik,buatlah.
Mungkin aku boleh katakan PMR nie cuma satu nasib dan peluang yang Allah bagi.
SPM pulak,aku tak tahu kalau aku berhak dapat yang sebagusnya.
Aku pun macam korg juga.
Ok,Lupakan PMR,ingat SPM!
Walaupun manis bagiku PMR,Tak tentu manis bagiku SPM
Boleh ke?hmm..

Wallahua'lam
(semoga aku dapat menaikkan semangatmu kawan untuk terus berjihad di jalan Allah)Dedicated to my beloved friendsSemoga kemanisan kejayaan dapat kita kongsi bersama
SPM Semua A+ Ye!!
Amin ya Rabbal Alamin!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian