Isnin, 12 Disember 2011

Dakwah 11:Khutbah pertama Rasulullah di Makkah



Assalamualaikum!!
Hari ini baru beli satu buku.
Buku tentang khutbah Rasulullah s.a.w
Nak tau apa isi kandungan buku ini?Jom tengok.

Rasulullah s.a.w mengumpulkan kaumnya.Setelah mereka berkumpul,beliau menyampaikan pujian kepada Allah ,lalu bersabda,
"Sesungguhnya seorang pemandu tidak akan mendustakan keluarganya.Demi Allah,sekiranya saya dapat mendustai semua manusia pun,saya tidak akan mendustai kalian,Sekiranya saya dapat menipu semua manusia,maka saya tidak akan menipu kalian.Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia,Saya adalah Rasul Allah yang diutus kepada kamu kalian secara khusus dan kepada manusia secara umum.Demi Allah,kalian pasti akan mati sebagaimana kalian tidur,dan kalian pasti akan dibangkitkan sebagaimana kalian bangun dari tidur.Kalian pasti akan dihisab berdasarkan amal kalian.Kalian pasti akan diberi balasan kebaikan dengan kebaikan,Keburukan dengan keburukan pula.Sesungguhnya di sana ada syurga yang abadi atau neraka yang abadi pula."

Orang ramai saling berbisik sesama mereka,kecuali bapa saudaranya,Abu Lahab.Katanya,
"Belenggu kedua tangannya sebelum orang Arab berhimpun kepadanya.Jika kalian tunduk kepadanya,bererti kalian menjadi hinna,dan jika kalian membelanya,kamu akan dimusuhi."

Abu Talib berkata,"Demi Allah,kami akan membelanya selagi dia ada di tengah kami."

Setelah itu,orang ramai pun beredar.
(Jamharah Khutbah Al-Arab Sirah Al-Halabiyah,
Al-Kamil Ibnu Katsir,Sirah Al-Khadhry,)

 Apa yang dapat kita faham ye dalam khutbah ini?
Tertanya-tanya juga.
Ok,dekat sini nak terangkan intisari Khutbah Nabi Junjungan kita.

Khutbah ini bermaksud,sifat utama seorang Rasul ialah berakap benar dan tidak akan menipu.
Seperti yang kita semua tahu lah kan,Rasulullah ini seorang yang amanah sejak sebelum dilantik menjadi Rasul.Nak dikatakan juga,Baginda merupakan utusan Allah kepada semua manusia bagi menyampaikan agama Allah.

Setiap manusia pasti akan merasai mati sebagaimana mereka tidur.Salah satu ayat Al-Quran yang bunyinya macam ini:


كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ .(١٨٥
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)

Boleh dikatakan,setiap apa yang kita lakukan dekat dunia ini akan dihitung.
Contohnya,walaupun selangkah kita,akan dihitung sama ada langkah kita itu membawa kepada pahala ataupun dosa.
Kalau langkah kita tu nak pergi masjid contohnya,pasti akan diberikan pahala,kalau contohnya langkah itu untuk pergi ke tempat maksiat,pasti dosa pula balasannya.
Semua ini akan dibalas di akhirat kelak.

Perlu diingatkan bahawa tiada apa yang kekal selepas itu.
Maksudnya,kalau dah masuk syurga tu,akan kekal di dalamnya.
Syurga akan KEKAL ABADI.
Neraka juga sama.
Jadi,dengan kehidupan di dunia inilah kita tentukan kehidupan Abadi kita di sana.


Dunia ini ibarat "Homestay" saja.Akhirat pula macam "Rumah" kita."Rumah" yang kita bina sementara menetap di "Homestay"
Kan?
Ada ke orang duduk "Homestay" je lama-lama?
Nanti kena balik "Rumah" juga kan?
"Rumahku,Syurgaku."
Rumahku adalah Syurgaku.
Wallahua'lam.
:)
Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian