Jumaat, 9 Disember 2011

Dakwah 10:Ubat vs Doa


Albert Einstein..hehe.
Assalamualaikum!!
Hah!Hari ini nak cerita lah kan.Biasanya kita macam ini.

Sahabat A:*Cough*Cough..Aduh!!Sakitnya tekak aku ini.Perit semacam sahaja.
Sahabat B:Ehh,kenapa dengan kau ini?Ada apa?Kau sakit ke?
Sahabat A:A'ah lah..Badan aku sejuk panas sahaja.Aku pun tak pasti samada aku ini DEMAM ke apa.
Sahabat B:Aku rasa kau demam ini.Tengok aje lah bunyi batuk kau tu.Teruk benor lagunya.
Sahabat A:Yelah..Aku pun rasa macam itu gak.Sakit yang amat ini.Kena jumpa doktor ini.
Sahabat B:Yelah2..cadangan yang baik itu.Lebih baik kau cepat.Nanti makin terok jadinya.
Sahabat A:Terima kasih atas nasihat kau..
Sahabat B:Sama-sama.

Hmm..Kat sini lah kan,aku nak cerita sedikit lah.Mungkin tak nampak apa-apa dalam dialog dekat atas tapi ada SOMETHING.
Nak tahu apa?
Kita selalu sangat lupa..
Selalu sangat.
Apabila berpesan,kita lupa untuk berpesan benda yang lagi elok..
Sepatutnya dialog itu bertukar macam ini:

Kita Sepatutnya:

Sahabat A:*Cough*Cough..Aduh!!Sakitnya tekak aku ini.Perit semacam sahaja
Sahabat B:Ehh,kenapa dengan kau ini?Ada apa?Kau sakit ke?
Sahabat A:A'ah lah..Badan aku sejuk panas sahaja.Aku pun tak pasti samada aku ini DEMAM ke apa.
Sahabat B:Aku rasa kau demam ini.Tengok aje lah bunyi batuk kau tu.Teruk benor lagunya.
Sahabat A:Apa aku patut buat ye?hmm..
Sahabat B:Aku rasa lah kan,kau sepatutnya memohon agar disembuhkan dengan segera.
Sahabat A:Tapi aku tak pergi pun lagi klinik atau hospital.Tak jumpa lagi doktor.
Sahabat B:Kau silap sebenarnya.Sepatutnya kita lebih mengharapkan pada-Nya walaupun ada ubatnya
Sahabat A:Kenapa pula?
Sahabat B:Yelah,Allah sahaja mampu bagi kau kesembuhan tu.Kau perlu mengharap lebih kepada-Nya.Ubat itu hanya cara sahaja,tapi kalau kita mengharapkan-Nya selepas itu,kan tak sedap bunyinya.Jadikan Dia pendahuluan dan penutup segala perkara.Kalau karangan,pendahuluan tak elok pun,tak guna juga kan?Macam itu lah kita.Allah adalah pendahuluan terbaik kita dan penutup terbaik kita juga.Insya-Allah.
Sahabat A:Betul gak cakap kau kan.Aku selalu mengharap doktor dekat klinik tu lebih daripada mengharapkan Allah.
Sahabat B:Alhamdulillah.Kau sedar gak.Janganlah kita lupa akan Dia,walaupun kita dalam keadaan sakit.Faham?
Sahabat A:Faham.


Kadang-kadang,kita lupa,kita manusia memang sering kali lupa bahawa yang menyembuhkan akan sesuatu penyakit itu ialah Allah.Bukannya Ubat atau apa-apa Medicine lain ok?
Kalau makan ubat banyak mana pun,kalau Allah tak nak sembuhkan,tak sembuh juga kan?
Jadi,Dalam apa-apa urusan,harapkan-Nya..
Jadikan diri-Nya no 1,pendahuluan segala perkara.
Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan.
Bukan dalam urusan sihat sakit aje ye!
Dalam urusan lain juga.
Harap kita sedar dalam memberi nasihat.:)
Konsep yang nak tekankan dekat sini bukan "konsep Bertawakal"
Tapi "konsep Pengharapan."
Tawakal dan mengharap,dua benda yang berbeza.
Tawakal ialah menyerahkan segala urusan yang telah diusahakan kepada Allah
manakala Mengharap pula adalah menjadikan Allah sebagai tempat meminta.
Insya-Allah.
Maaflah kalau 'story' ini tak jelas.
Tak pandai sangat nak buat cerita sebenarnya.
Mungkin teruk..
:)

Dunia ini ibarat "Homestay" saja.Akhirat pula macam "Rumah" kita."Rumah" yang kita bina sementara menetap di "Homestay"
Kan?
Ada ke orang duduk "Homestay" je lama-lama?
Nanti kena balik "Rumah" juga kan?
"Rumahku,Syurgaku."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian