Rabu, 14 Mac 2012

Dakwah 22:Lemahnya diriku ini



                   
Ya Rabbul Alamin,Andai aku tersilap langkah,Pandulah aku ke jalan yang diredai-Mu.
Ya Allah,Aku ini hambamu yang sering lupa,yang sering alpa.
Ya Allah,Kesan Tarbiyyah yang aku dapat dulu semakin Terhakis,semakin Hilang
Ya Allah,Takutnya aku jauh daripada Rahmat-Mu

Ya Allah,Aku rasakan bahawa Hatiku ini semakin lalai dan sering melupakan-Mu
Ya Allah,Bantulah aku
Kembalikanlah ketenangan jiwa dalam diriku

Ya Allah,Engkau Lembutkanlah hatiku ini
Engkau Teguhkanlah imanku ini

Ya Allah,Aku adalah sekecil-kecil hamba yang meminta tolong dari-Mu
Bantulah aku insan yang lemah ini

Ya Allah,Engkau sahajalah tempat aku Meminta dan Berharap
Ya Allah,sesungguhnya,Aku ini adalah hamba yang sentiasa memerlukan Pertolongan-Mu
Ya Allah,Bantulah aku dan sahabat-sahabatku dalam menempuh jalan Dakwah yang penuh Onak dan Duri

Ya Allah,Kami tak kuat
Kami memerlukan Kudrat-Mu
Bantulah kami kerana Engkaulah kekuatan kami
Tanpa-Mu Ya Allah,Usaha kami hanyalah sia-sia

Ya Allah,Kenapa aku sukar untuk Menasihati sahabatku?
Adakah aku ini hanya Pendakwah pada nama?
Ya Allah,Aku sayang sahabat-sahabat aku
tapi kadang-kadang aku merasakan bahawa aku tak mampu untuk mencegah mereka lakukan perkara mungkar.
Ya Allah,Engkau Terangkanlah hatiku ini dengan Cahaya Hidayah-MuSeperti Engkau terangkan Bumi dengan Matahari selama-lamanya
Ya Allah,Andai aku Tersasar dari jalan-Mu,Engkau tunjukkanlah aku jalan yang Benar
Aku sangat memerlukan Engkau wahai Tuhan sekalian alam
Tidak kira Masa
Tidak kira Tempat

Ya Allah,Bantulah aku dalam Perjuanganku menegakkan Islam dalam diriku
Aku tak kuat
Aku sangat-sangat lemah
Kadang-kadang aku tertewas dengan Dunia yang penuh Pancaroba
Bantulah aku wahai Tuhanku!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian