Isnin, 11 Mac 2013

Dakwah 26:Wa man Zara'aa Hasada

jadilah seperti air terjun.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
"Wa man Zara'aa Hasada"
pepatah bahasa Arab yang cukup popular bagi para pelajar.
Maksud pepatah tersebut ialah,
"Siapa yang menanam,dia lah yang mendapat hasilnya."
Memang betul.maksudnya lebih kurang,"man jadda wajada".
Siapa yang berusaha,dia berjaya.

Dalam dunia dakwah,tak semestinya setiap yang kita tanam akan menjadi.
Dunia dakwah bukan dunia dimana setiap orang itu pasti akan mengikuti jalan kita.
bukan maknanya setiap orang akan merasai nikmat cinta-Nya.
ramai antara kita terkandas tiba-tiba dalam menelusuri jalan dakwah ini.
Kita kecewa dek kurangnya perhatian dalam dakwah yang disampaikan lantas mensisihkan dakwah yang kita perjuangkan selama ini.

Dakwah ialah mengenai usaha.
bukannya hasil.
Jadi,dalam dunia dakwah,kadang-kadang kita dah tanam dengan cantik sekali benih-benih cinta untuk mad'u kita.
tapi,bila kita nak lihat hasilnya kembali,nothing.
tak ada apa-apa hasil yang berkualiti.
layu yang banyak daripada mekar.
Itulah cabaran dakwah.

Secantik mana pun kita tanam,kita semai,kita jaga,mad'u masih manusia.
Tapi tak kata yang mereka ini masih kekal di takuk lama dan tak boleh berubah.
Mereka boleh berubah atas kesedaran kendiri juga.

Jadi,jangan sangka apa yang kita tanam itu semuanya pasti menjadi.
Pemikiran kita inilah yang membentuk dakwah kita sebenarnya.
Sekali kita berhenti menabur benih,apa lagi yang akan tinggal?
Biarlah yang kita tabur itu menjadi atau tidak.
Itu ketentuan Maha Esa.
Kita menabur atas usaha yang ingin membina tapi bukan menentukan.
Benih-benih cinta-Nya tidak terjual dimana-mana.
Itu baru benih.
Hasilnya,ada yang layu,ada yang mekar.
Bagaimana nasib yang mekar?
Adakah sentiasa mekar?

Mekar tak sentiasa mekar.
Serangga perosak sentiasa ada.
Mekar juga perlu dijaga.bukan yang layu kita perhatikan saja.

Jadi,dakwah ini bukannya kita melihat hasilnya.
Bukan melihat kepada mekarnya benih yang telah menjadi bunga.
Tapi kita melihat kepada usaha untuk membaiki kedua-duanya.
Yang layu menjadi lebih mekar.
Yang Mekar berbuah hasilnya.

Biarkan dakwah ini berterusan.
berterusan seperti air terjun yang mengalir tanpa putus.
Tak semua benih yang kita tabur akan tumbuh.Tak semua yang kita tuai akan menjadi.
Seperti juga Dakwah.Berpeganglah pada firman-Nya ini,
"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Hud:112)
Wallahua'lam.
sedikit pengubat jiwa yang kadang-kadang terasa kecewa dengan usaha dakwah.
Apapun,ini jalan pilihanku.
Aku ingin rebah syahid bukan mati pahit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian