Ahad, 10 Mac 2013

Cinta dan Nafsu 7:Pengenalan Nafsu(Part 2)

Lawa gambar ini.

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh!
Alhamdulillah.pagi tadi sempat nukilkan Pengenalan Nafsu(Part 1).
Kali ini nak nukilkan yang part 2 pula.
Tidak banyak untuk part yang kedua ini.
Harapnya dapat memberi manfaat.Insya-Allah.
Bismillahirrahmanirrahim.

Lapan Belas jenis nafsu:
Secara umumnya nafsu terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian yang pertama terdiri daripada 8 peringkat yang perlu dihadapi manusia.

1-Nafsu Amarah
2-Nafsu Lawwamah
3-Nafsu Muthmainnah
4-Nafsu Mulhamah
5-Nafsu Musawwalah
6-Nafsu Radhiah
7-Nafsu Mardiah
8-Nafsu Kamilah.

Bahagian yang kedua terdiri daripada 10 jenis nafsu bersifat tercela yang mencengkam diri manusia sehingga sekuat mungkin perlu dijinakkan dan perlu digilap.

1-Nafsu Kalbiyah:
Bersifat anjing,yang kewujudannya antara lain suka memonopoli diri sendiri.

2-Nafsu Himariakh:
Berjiwa keldai,yang pandai memikul tetapi tidak tahu apa yang dipikulnya.Dengan kata lain,dia tak memahami masalah.

3-Nafsu Sabu'iyah:
Berjiwa serigala,(Suka menyakiti ataupun menganiaya orang lain dengan pelbagai cara)

4-Nafsu Fa'riakh:
Berhempedu tikus,golongan perosak.

5-Nafsu dzatis-suhumi wa hamati wal-hayati wal-aqrabi:
Berjiwa binatang berbisa seperti ular dan kala jengking(Suka menyindir orang,menyakiti hati orang,berhasad dengki dan berdendam)

6-Nafsu Khinziriakh:
Bersifat khinzir,yakni suka kepada benda yang kotor,busuk dan menjijikkan.

7-Nafsu Thusiyah:
Bernafsu merak,suka menyombong diri,ego dan meninggi dada.

8-Nafsu jamaliyah:
Bernafsu unta(tidak mempunyai sifat sopan santun,berkasih sayang,tidak mempeduli kesalahan orang lain dan hanya mementingkan keselamatan dirinya).

9-Nafsu Dubbiyah:
Berjiwa beruang.Biarpun kuat dan gagah tetapi pendek akal atau dungu.

10-Nafsu Qirdiyah:
Berjiwa beruk ataupun monyet(diberi ia mengejek,tidak dihiraukan ia terasa hati,sinis dan mengambil mudah).

Nafsu mempunyai pengaruh besar dalam bahagian kerohanian manusia.
Nafsu secara etimologi9cabang ilmu) berasal dari perkataan 'peniupan' dan sering diguna pakai dalam kesusteraan bahasa Arab yang membawa maksud 'jiwa kehidupan' atau 'ghairah kepada duniawi'.
Dua istilah yang banyak digunakan dalam khazanah kaum sufi.
Imam al-Ghazali memperlihatkan dua bentuk pengertian nafsu tersebut.

Satu antaranya adalah pengertian yang menggabungkan kekuatan amarah dan nafsu di dalam diri manusia.Sebenarnya kedua-kedua unsur tersebut mempunyai maksud yang baik,sebab ia bertanggungjawab ke atas pemikiran jahat di dalam diri seseorang.
Sebaliknya bahagian yang pincang dari amarah dan nafsu perlu dikawal dan dibatasi tindakannya.

pengertian nafsu yang kedua ialah 'kelembutan Ilahi'.
Oleh yang demikian,anfsu dapat difahami bahawa kewujudan ataupun perkembangan adalah suatu tingkat tertentu dalam diri secara menyeluruh.
Ia mengandungi hubungan antara hati dan keinginan tubuh badan serta dari Kelembutan Ilahi khusus dalam keadaan tertentu.
Dalam ilmu Tasawuf,kedudukan yang paling dekat dengan seseorang itu adalah dirinya sendiri dan menginsafi diri adalah langkah pertama untuk mengenali Allah,sebagai gambaran dari kesempurnaan akhlak seseorang man 'arafa nafsahu faqad 'arafa rabbahu yang bermaksud sesiapa yang mengenali dirinya,sesungguhnya dia telah mengenali Tuhannya.
Kajian dalam Tasawuf:
Dalam ilmu tasawuf,nafsu terbahagi kepada 8 kategori,dari kecenderungan untuk melakukan tindakan yang buruk sehingga ke peringkat mendekatkan diri kepada Allah.

1-An-Nafsu al-Ammarat Bi as-Su:
iaitu kekuatan pendorong naluri seiring dengan nafsu yang cenderung kepada keburukan.

2-Nafsu Lawwamah:
nafsu yang mempunyai rasa insaf dan menyesal sesudah melakukan sesuatu kemungkaran.

3-Nafsu al-Musawalah:
iaitu nafsu yang dapat membezakan mana baik dan mana yang buruk,walaupun baginya mengerjakan yang baik itu sama saja dengan melakukan yang buruk.

4-Nafsu al-Muthma'innah:
iaitu nafsu yang mendapat bimbingan dan pemeliharaan yang baik.

5-Nafsu Mulhamah:
iaitu nafsu yang memperoleh ilham dari Allah dan dikurniakan ilmu pengetahuan.

6-Nafsu Radhiah:
iaitu nafsu yang redha kepada Allah dan berperanan penting dalam mewujudkan kesejahteraan.

7-Nafsu Mardiyah:
iaitu nafsu yang mencapai keredhaan Allah.Keredhaan tersebut dapat dilihat pada anugerah yang diberikan-Nya seperti ikhlas,dan memperoleh kemuliaan.

8-Nafsu Kamilah:
iaitu nafsu yang telah sempurna bentuk dan dasarnya.Nafsu yang mampu menyempurnakan perhambaan kepada Allah.Pelakunya disebut sebagai mursyid atau mukammil(Orang yang menyempurnakan).
"Jihad yang paling besar ialah jihad melawan nafsu."
Khairu minalallah wa syarru minal nafsi.
Wallahua'lam.

Sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian