Jumaat, 29 Mac 2013

Dakwah 27:Tips Bersangka Baik oleh Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Sebelum ini,ana ada tulis entri tentang bersangka baik.
Tapi tajuk dia Husnudzon.
Entri sebelum ini berkenaan Husnudzon lah dengan Allah.

Ok.Alhamdulillah.Kalau kita mampu untuk bersangka baik dengan Allah,masya-Allah.
hebatnya orang tu.
Bukan senang kita nak beri kepercayaan kepada apa yang kita tak nampak kan?
Jadi,sangat hebat orang yang mampu bersangka baik dengan Allah sama ada susah mahupun senang.

Orang yang macam itu,mungkin bersangka baik dia dengan manusia sudah complete.
Saya ingin kongsi tips yang diberikan oleh seorang ulama'.
Tips ini sangat berguna bagi orang yang mempunyai masalah dengan hatinya.
Maksud saya,manusia yang hatinya kotor,sukar untuk bersangka baik dengan manusia lain.
Jadi,mungkin juga tips oleh Ulama' kita ini boleh diamalkan agar hati kita ini sentiasa bersih dari hasad dengki atau berprasangka buruk.
Hey,dengar sini!
Allah melarang tau supaya manusia tidak berprasangka buruk.
Bukti?ada lah sini.
Allah berfirman di dalam Al-Quran,Surah Al-Hujurat.
[12]Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Adakah anda melihat dan membacanya?
Kebanyakkan prasangka adalah dosa kan?
Jadi,jauhkanlah prasangka yang menjadi benih-benih penyebar dosa.
Mari kita teliti tips Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

1-Yang Pertama,Sekiranya kita berjumpa dengan seseorang,sama ada kita mengenali orang tersebut atau tidak,kita perlu "bercakap" dalam hati kita bahawa orang yang kita jumpa tadi adalah lebih mulia di sisi Allah berbanding kita.
Ok.Maksudnya disini,first impression is important.
Jaga pandangan pertama kita terhadap hamba Allah yang kita tak kenal tu.
Jangan kita jadi fitnah kepada diri kita sendiri kerana sikap kita suka melabel orang sesuka hati.
Bila kita mula fikir benda-benda yang tak elok pasal seseorang tu,pasti ada yang akan datang menghasut.
Siapa lagi kalau bukan Syaitan Laknatullah.

 2-Yang Kedua,Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak khususnya sama ada dia anak orang atau anak buah atau sesiapa sahaja yang masih kecil,kita cakap lagi sekali dalam hati kita bahawa budak ini lebih baik disisi Allah.
Hal ini disebabkan dia masih lagi dalam keadaan fitrahnya iaitu suci daripada dosa dan maksiat.
Sedangkan kita ini,dah lama hidup,dah berapa banyak dosa yang kita kerap lakukan.
Dapat?Alhamdulillah.

3-Seterusnya,Apabila kita berjumpa dengan seseorang yang lebih tua daripada kita sama ada kenal atau tidak,kita wajib juga katakan dalam hati kita ini bahawa dia lebih baik.
Dia telah hidup lama.
Dia mungkin telah banyak melakukan ibadat dan lebih dekat kepada Allah.
Jika dibandingkan diri kita dan dia,kita ini baru saja hidup dan maut boleh menanti bila-bila masa sahaja.
Memang kalau kita nak fikirkan,ibadat yang banyak tak semestinya semuanya diterima kan?
Allah sendiri berfirman di dalam surah Al-Mulk ayat ke-2,yang berbunyi,
[2]Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Tapi,bersangka baiklah bahawa semua ibadat yang dilakukannya mendapat pahala disisi Allah.
Kan itu lebih baik? 
Kalau nak ikutkan kata-kata orang Melayu,
Orang tua-tua lebih makan garam.
Begitulah.

4-Tips yang keempat ialah,Sekiranya kita berjumpa dengan orang yang berilmu,maka katakanlah bahawa dia ini mendapat kurnia yang tak akan kita dapat,mendapat kedudukan yang tak akan kita dapat.
Dia mengetahui lebih daripada diri kita dan dia mengamalkan ilmunya.
Pada zaman sekarang ini,ramai antara kita melihat alim ulama' sebagai orang yang sombong.
Yang mengeluarkan fatwa ikut sendiri.
Lantas mereka menghukum mereka lebih baik daripada para Ulama'.
Tapi kita perlu ingat bahawa kedudukan mereka disisi Allah adalah mulia.
Zaman dimana fitnah berleluasa.
Manusia sanggup mencipta fitnah untuk kepentingan diri sendiri,untuk mendapatkan dunia.
Nauzubillah.

5-Tips yang terakhir ialah sekiranya kita berjumpa dengan orang yang Jahil,maka katakanlah di dalam hati kita bahawa,
"Orang ini melakukan maksiat kerana dia tidak tahu atau jahil sedangkan aku melakukan maksiat dan aku tahu akibatnya."
Ya.Memang benar.
Pada Zaman moden ini,tak ramai yang tahu hukum agama.
Kalau tahu pun,ambil yang mana perlu untuk kepentingan diri saja.
Sama ada dia gunakan untuk berhujah untuk kepentingan diri atau untuk belajar betul-betul.
Tak apa.Yang penting,kalau orang tak tahu,kita perlu ajar.
Bukan biarkan dia tenggelam dalam kejahilannya.

Ok,Yang pertama tadi,dengan "Anonymous" atau unknown person
Yang kedua tadi,dengan kanak-kanak.
Yang ketiga,dengan warga emas.
Yang keempat dengan orang yang berilmu.
yang terakhir dengan orang yang jahil.

Alhamdulillah.Sedikit tips ini In Shaa Allah mampu untuk merawat penyakit hati kita iaitu banyak prasangka buruk.
Allah membenci orang yang berprasangka buruk.
Semoga tips ini mendatangkan manfaat kepada kita semua.
Sharing is Caring.
We are muslim and In Shaa Allah Mukmin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian