Selasa, 19 Februari 2013

Motivasi 2:Husnudzon lah dengan Allah




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah.Syukur masih diberikan nafas untuk hidup dimuka bumi ini.
Apa itu Husnudzon?
Macam pernah dengar tapi tak ingat sangat.
pernah dengar tapi dekat mana ye?

Husnudzon ini ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud "Bersangka Baik"
Kalau budak sekolah agama,atau orang yang belajar Bahasa Arab,mungkin pernah dengar lah.
Tak kisahlah tu.janji kita tau apa itu Husnudzon sekarang.
Memang susah kan bagi manusia nak bersangka baik.
sesama manusia pun kadang-kadang baru jumpa pertama kali dah mula macam-macam timbul.
"Siapa dia tu,nampak macam tut tut."hehe.
manusia,walaupun kenal macam "jumpa pandang pertama" pun dia tetap akan buruk sangka dengan orang lain walaupun tak kenal pun lagi.
Nauzubillah.
Itu ada simptom-simptom penyakit "Qalbun"
atau penyakit hati.

Lawan bagi perkataan Husnudzon ialah Su'uudzon.(Baca=Su,ou,dzon)
Maksudnya ialah bersangka buruk.
Ramai antara kita ini,sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupan.
tak kisahlah sekecil-kecil benda mahupun sebesar-besar benda yang lain.
Alhamdulillah.Kiranya baguslah tu sebab Allah nak hamba Dia sentiasa berusaha untuk dapatkan apa yang terbaik.tapi terbaik dari segi apa?fikirkan yang tu sendiri.

Memang."Aku dah berusaha dah.tapi nak buat macam mana.keputusan dia tetap sama."
hey!Apa punya Ayat daa~(Baca stail P.Ramlee)hehe.
Memang.Setiap manusia takkan terlepas dari sifat sedih.
normal lah tu.Kau bukan robot.
Jadi.No worry lah bila kita gagal.Think positive guys!
Saya pernah gagal,Once.
"Ehh,jap,nak kira guna jari tangan."
Banyak jugak ye.
Ehh,jap,kenapa aku tak menyerah je kalau banyak tu dah aku gagal.
Come on Guys!Hidup memang seketika.
tapi,peluang untuk hidup lebih baik bukan seketika. 
Jadi,Why not Change?Afraid,Ashame?
Kau manusia ke atau kau robot?Kan normal kalau ada sifat-sifat macam tu.
Janganlah selalu sangat pandang diri kita ini macam "alien dari planet Namek".
Ayoo~
Jadi,Bila kita banyak Husnudzon dengan diri kita,Insya-Allah kita akan lebih yakin dan percaya dan boleh Husnudzon dengan Allah tanpa ragu-ragu.No worry.
Jaga diri kita dulu.Hati tu hah penting!

Sedang nasihat kan hati ini yang sedang berlara disebabkan gagal test.
Itu normal ok!Jangan persoalkan benda normal dalam diri.
nanti jadi tak normal,baru nak sedar.Ish3.
Jadi,Bersyukurlah.

Husnudzon kepada Allah lah sebaiknya kalau diri ini tak dapat apa yang nak.
Kan dah cakap,tak semestinya semua benda-benda yang baik bermaksud baik.
Faham?
Jadi,memang lah orang kata,kalau buat baik,akan nampak baik dan mulia.
tapi ingat,kalau buat baik,tapi kita buat-buat baik,tak tentu mulia lagi tau.
Jadi,Banyakkanlah bersangka baik dengan Allah.Bersyukur tu salah satu tanda orang yang banyak bersangka baik dengan Allah.
Lagi satu,kita sebagai umat akhir zaman,umat Nabi Muhammad S.A.W(Jangan lupa selawat bila baca)kalau nak bersedih tu,tak perlu lama-lama.
Usah dok layan perasaan negatif tu.
Hey!Kamu semua ingat tak kisah apabila Nabi Junjungan kita Wafat?
Manusia Teragung dekat dunia ini.

Dikisahkan bahawa Saidina Umar Al-Khattab begitu sedih sekali apabila mendengar berita kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.Saidina Umar tidak percaya dan dia berkata,sesiapa yang mengatakan Nabi S.A.W wafat ketika itu,akan dipancung atau dibunuh.begitu sekali kasih dan cintanya sahabat kepada Baginda.
tetapi,Saidina Abu Bakar As-Siddiq mengemukakan ayat Al-Quran untuk mententeramkan hati Saidina Umar Al-Khattab.Ayat didalam surah Al-Imran ayat ke 144 yang bermaksud:

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.(QS. 3:144)
Lalu,ayat ini menenangkan Saidina Umar Al-Khattab kembali.
Jadi,apa yang saya nak ambil dari ayat ini,kalau kita bersedih tu,biarlah seketika sahaja.
Berpada-pada lah ketika bersedih.
Betullah tu Wasatiyah dalam kehidupan itu penting!
(Wasatiyah=Bersederhana)
Jadi,Husnudzon lah dengan Allah.
Jangan penat untuk bersangka baik.
memang.kita manusia yang lemah.setiap kali nak bersangka baik,mesti tersangka buruk.
Jangan risau.kita "Change our mind" untuk berfikir lebih baik.

Wallahua'lam.semoga terubat sedikit hati yang sedang bersedih dengan macam-macam masalah dekat dunia fana.Kita memang lemah.
kadang-kadang sedih,kadang gembira.
Itulah roda kehidupan.
Tapi,roda akan berhenti berpusing apabila kita tetapkan kegembiraan untuk bersama dengan hamba-hamba Allah yang soleh disana diakhirnya nanti.Itulah perhentian roda kehidupan kita. 
Semoga Bermanfaat!
Yang baik itu dari Allah,Yang salah itu dari diri sendiri.
Tapi hakikatnya kedua-duanya dari Allah yang Maha Berkuasa.

Allah itu Maha Penyayang,Jangan lupa!Dia akan guide kita untuk sampai mahligai di sana nanti!
Insya-Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian