Selasa, 9 April 2013

Dakwah 28:Jagalah Allah,nescaya Allah menjagamu



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah.
Harap semua sentiasa sihat dan sentiasa di dalam kerahmatan Allah.
Insya-Allah.Amin!

"Ihfazillah hayahfazkum"
Dan berpeganglah dengan 65:3
Entri ini khas untuk diri ini yang bakal menjadi Mahasiswa dan rakan-rakan lain,Insya-Allah.
Masih muda kah diriku ini?
Yup.
Saya tak tahu macam mana kehidupan dekat Universiti nanti.
Dunia luar lah orang katakan.
Walaupun pengalaman hidup di asrama mengajar cara untuk berdikari tapi,
persoalan yang sering berlegar dalam minda ini,Cukupkah?

Yup.
Cukupkah perisai kita ini sebagai bekas pelajar sekolah menengah untuk menjejakkan kaki ke dunia luar?
Lagi-lagi bila kita tengok fenomena sekarang.
Fenomena apa?
Fenomena orang yang belajar tapi macam tak belajar.
Yelah.Dia belajar untuk apa yang dia belajar.
Contohnya,dia tu ambil course perubatan ataupun engineering.
Ye.
Dia pandai.dia boleh belajar perubatan.
Ada yang boleh belajar engineering.
Tapi,sebanyak mana course kita itu membantu kita belajar untuk hidup?
Faham tak?
Asif Kathir(Maaf banyak2^^)kalau tak faham ye!

Ada orang pandai-pandai,dari awal lagi target untuk ambil medic.
sebab course yang menjadi rebutan ramai dan paling popular lah katakan.
Saya pun tak terlepas dari untuk turut merebut-rebut course tersebut.
Ada yang minat engineering.
ada yang tak minat dua-dua langsung.
tapi minat yang lain.

Tu semua tak kisah sebenarnya.
Yang penting saya nak tekankan dekat sini,Cara kehidupan kita nanti dekat Universiti.
Ramai orang yang pandai,hanyut.
Ramai orang yang pandai leka,lalai.
Ada yang kata,"Aku tau aku buat apa.Aku pandai."
Memang kita pandai.tapi bila masuk bab jaga diri,Fail!
Kenapa ye?

Ok.
Kenal tak seorang pelajar yang namanya diseru-seru dalam surat khabar dan berita beberapa tahun dahulu.
Pelajar Cemerlang SPM dulu.
Dapat banyak A tuu.
kenal?
Sekarang,cuba tengok.
Apa kurang pada dia?
Dia pandai,belajar luar negara.
Tapi ada kureng sedikit dalam diri dia.
"Agama."

Pentingnya cara kehidupan kita nanti dekat U.
"Islam cara kehidupan lah oi!,boleh amalkan.tak salah".
Ok?Jangan malu nak amalkan Islam ye.
Bukan dekat U je.
Boleh mula dari sekarang.
^^

Satu sebab yang saya tengok,'Tak Jaga Allah.'
Mesti pelik kan?
Macam mana nak jaga Allah?
Bukan kita nampak pun kan?
"Diri sendiri pun tak terjaga,inikan nak jaga Allah?"

Ok.Maksud ayat "Ihfazillah hayahfazkum"
Macam ini.
Maksud yang saya dapat dari sebuah buku.
"Hendaklah beramal kerana-Nya dengan penuh ketaatan sehingga Allah tidak memandangmu sebagai orang yang menyalahi perintah-Nya,nescaya kamu akan mendapati Allah menjadi penolongmu di waktu kesusahan."
Nampak?
Sepandai mana pun kita,kita pasti kena cari Allah.
dekat-dekat nak masuk Universiti nanti,mesti ramai senior akan pesan.
"Oit!Nanti kau dah masuk U,Jangan lupa cari Usrah."
"Nanti bila dah masuk U,kau jangan lupakan solat,tarbiyyah dulu."
Ada juga yang berpesan begini,
"Sebarkan benih-benih islam nanti dekat U.Biar kita jadi penolong agama Allah."
Semangat bukan?

Ok.baguslah ada kata-kata bermanfaat kan sebelum kita ke dunia luar.
Bukan senang hidup dekat dunia ini.
Satu langkah membezakan kita dengan yang lain.

Bayangkan.
Kita ada dua jalan yang nak kena pilih.
Sama ada kanan atau kiri.
Dan jalan tu semua orang juga kena pilih.
Orang yang selangkah ke jalan kanan akan berbeza dengan orang yang selangkah ke jalan kiri.
Jadi,pilihlah jalan kita yang sebenar.
Kita tak ada jalan tengah,jalan shortcut atau jalan alternatif lain.
Sama ada kanan atau kiri.
Itu yang membezakan kita.
Nampak beza satu langkah kita dekat dunia ni?

Satu langkah ke maksiat,kita hanyut.
Begitu nanti dekat dunia luar.
Kalau ada orang tolong,Alhamdulillah.
tapi kalau tak da?
Allah?
Mungkin.
Siapa lagi kan?


Saya sukar dengan gambar di atas.
Memang.kita kadang-kadang over excited bila dapat masuk U.
I'm Eighteen already!
Aku boleh buat apa saja.
Ehh,Ingat ye!
Bumi nie masih bukan milik kau kalau nak buat apa-apa.
Pikirkan yang tu ye!
Ada satu syair arab yang berbunyi:
"Tidak ada enaknya kehidupan dunia ini kerana intinya berisi ingatan akan
usia tua dan mati."
Yelah,balik2 orang ingatkan,tak takut mati ke?
"oit,Orang tua tak sedar diri,Kubur kata mari."
Kan?
Bosan betul.
Itu lah syair tu maksudkan.
Dunia ini tak ada apa-apa melainkan peringatan mati dan tua.
Sangat rugi siapa yang pilih dunia!
Kena jentik dekat diri sendiri juga ini.
Nak-nak lagi bila terikut-ikut orang nak benda-benda mewah.
Semoga Hati ini sentiasa terima akan sifat wasatiyah(bersederhana)yang dianjurkan oleh Nabi Junjungan kita.
Insya-Allah.


Ok,pesanan terakhir buat diri dan sahabat-sahabat sekalian.
Pertama sekali,kalau rasa "down",berbaliklah kepada Allah.
"Sesunggunnya Allah inilah yang membolak-balikkan hati ini."
Boleh baca doa ini,
"Allahumma yanqalibal qulub,thabit qulubana a'la dinik"
Maksudya,"Ya Allah,Tuhan yang membolak-balikkan hati ini,tetapkanlah hati ini ke atas agama-Mu." 

Yang kedua,jangan terikutkan kawan-kawan yang rasanya berperangai teruk.
Bukankah Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak?
Bukankah Baginda juga mempunyai akhlak seperti Al-Quran?
Jadi,ikut Rasulullah.

Yang ketiga,Hiduplah besederhana dan jangan hedonisme.
Memang.Kalau kita dah bebas,tiada siapa pantau.
Nak keluar senang,nak buat apa pun senang kan?
tapi ingat ini.
[18]Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).-(Surah Qaf:18)
[11]Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(Surah Ar-Ra'du:11)
Allah memang sweet!
Dia hantar "bodyguard" bergilir-gilir lagi tu untuk menjaga kita.
bukan itu saja.dia pun turut menjaga kita sentiasa.
tak pernah sesaat kita terlepas dari pandangan-Nya.
Allahu.
Semoga kita sentiasa dalam perlindungan-Nya.
Yup.kita akan sentiasa diperhatikan oleh malaikat di kanan dan kiri kita.
Itu satu amaran bagi kita ataupun sebaliknya lah kan?
Keempat,Jaga nama Islam.Khas untuk umat islam yang bergelar pelajar.Adab islam kena jaga.jangan biarkan maruah islam jatuh kerana kita.Malu sangat kalau kita macam tu!Penting nie!
Yang terakhir,hmm..
Kita kena ingat pesan ibu bapa.
Penat-penat diorang.
kasihan.
Sampai tahap tu kan kita dapat capai.
Sampai masuk U.
Memang.
Ada sesetengah orang mungkin kata,
"Aku usaha sendiri.Ayah aku datang je bagi semangat."
Ok.Mungkin tak nampak kebaikan dekat situ.
Tapi cuba bayangkan.
kita dah masuk U bertahun lamanya.
tapi tak ada sorang pun lawat ke apa.
Rasanya apa kan?
Penting tak semangat,doa dan keperluan yang ibu bapa bagi tu?
Hargai mereka walaupun mereka ini setakat sekolah rendah.
sekolah menengah je pass kan?
Siapa kau tanpa mereka.
Teringat video ini,Kisah seorang yang termakan dengan kebaikan.
Ok lah.
tu je pesan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat lain.
Walaupun kita selalu dengar kan.
Tapi kita kena ingat,
Manusia ini ada satu sifat,
iaitu,Lupa!
Dan,"Peringatan itu berguna bagi orang-orang yang beriman."
Saya berharap,kita ini belajar bukan sekadar kejar cita-cita tapi kita kejar cinta-Nya juga.
Itu baru sangat sweet!
Semoga cita-cita kita ini mengembalikan zaman kegemilangan islam.
Saya betul-betul berharap dapat merasai satu zaman di mana umat islam bersatu dan terhapusnya jahilliyah.
Insya-Allah.Amin!
Wallahua'lam.
Semoga hati ini sentiasa ikhlas menulis kerana-Nya.
Insya-Allah.
Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian