Sabtu, 23 Mei 2015

Random #4 :Kembali Menulis selepas 2 tahun

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah diberi keizinan oleh Allah untuk menulis kembali blog ini.
Maaf seribu kali maaf diatas "kefuturan" diri menulis blog.

Allah yang menggerakkan hati ini supaya hati ini menggerakkan orang lain pula.
Allah yang memegang hati ini supaya hati ini tidak mudah jatuh dipegang oleh tangan-tangan manusia.
Allah yang memberi peluang kepada diri ini untuk terus bermujahadah melawan keinginan nafsu syahwat.
Allah memberi kita kekuatan selama mana kita berada di jalannya.
Bukankah orang yang dekat dengan Allah itu orang yang beruntung?

Kerap kali bermain dalam fikiran.
Apa yang aku kejarkan dalam hidup?
Aku nakkan jawatan supaya dikenali?
Aku nakkan jawatan supaya ditinggikan oleh manusia lain?
Allah,Allah...

Muhasabah diri.
Jawatan paling tinggi bukan bermakna dekat dengan Allah.
Boleh jadi dekat,boleh jadi jauh.
Jadi,tinggikan Allah supaya Allah yang tinggikan kita.

Maaf aku terlupa apa yang aku pegang.
prinsip aku jelas.
"Apa yang menjauhkan aku daripada Allah,aku akan menjauhkan diri aku daripada dia."

Aku hanyalah hamba yang bernaung di bawah simpati Dia.
Aku kena kuat supaya aku mampu kuatkan orang lain.
Aku kena berubah supaya kau mampu mengubah suasana jahiliyyah yang ada.
Tapi perlu kau ingat cabarannya dan kau tidak mampu melakukannya berseorangan.

Kita ada Allah selalu.
Ingatlah.
Disaat manusia jauh daripada Allah,dia akan jauh daripada syurga,
Bukankah syurga yang kita dambakan?

Muhasabah wahai diri.
Kekuatan engkau ada pada pemilik alam semesta.
Teruskan berjuang walaupun jawatan apa yang engkau inginkan tiada.
Kau bukan ditinggikan dengan jawatan.
Kau ditinggikan kerana Allah meninggikan kau atas ketaatan kepada-Nya.

Aku ingin menjadi hamba Allah.
Bukankah itu satu tanda ketinggian?

Ulama juga menjadi hamba Allah.
Tingginya kedudukan mereka dengan Allah.

"Jagalah Allah,nescaya Allah menjaga kamu" 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian