Rabu, 15 Julai 2015

Dakwah 30:Jadilah Orang beriman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Alhamdulillah atas nikmat Dia yang selalu perlu kita syukuri.
28 Ramadhan 1436H (15/7/2015)

Jadilah orang yang beriman.

Hari ini,Iman kita sentiasa dicabar dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang menjauhkan kita daripada Rabbi.
Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah akhirnya kepada perkara utama iaitu akidah.
Bukan mudah untuk jadi orang beriman pada zaman moden ini.
Hanya mereka yang qowiy saja akan tetap di atas jalan-Nya.
Satu tips yang kita sebagai islam dan In Shaa Allah sebagai mukmin perlu pegang erat dalam diri kita.

Orang yang beriman akan meninggalkan perkara yang tak bermanfaat kepada diri dia.
Kalau kita lihat balik diri kita,selama kita mengimani jiwa kehambaan kita ini,berapa banyak perkara tidak bermanfaat yang bermain dalam diri?
Sebut saja semuanya pasti tak terkira.

Perlu kita tahu alawiyat seorang mukmin yang mana dia menjadikan keimanan dasar kehidupan yang membawanya kehadapan mengenal diri dan pencipta.

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan kepada mereka dan jangalah mereka berlaku seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras.Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik. (Al Hadid,57 :16)
Asbabul Nuzul ayat di atas adalah peringatan daripada Allah swt,
"Diriwayatkan daripada ibnu Abi Syaibah bahawa ayat ini turun berkenaan dengan para sahabat Rasulullah saw yang saling tertawa dan bersenda gurau.Lalu turun ayat ini untuk memperingatkan mereka."

Orang beriman ini hatinya "sensitif" kepada maksiat.
Mereka takut akan Allah dan azabNya.
Mereka takut jauh daripada pandangan Allah.

Mungkin hari ini kita lupa bahawa suatu hari nanti kita akan bertemu dengan Dia.
Setiap manusia pasti akan mati tapi bagaimana cara kematian mereka itu tidak pasti.
Jadi,Ingin mendapatkan Husnul Khatimah,perlulah kita orang beriman dekat dengan Dia.
Dekat dengan Dia ialah dengan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.
Bagi orang yang dekat dengan Allah,perkara tidak bermanfaat mereka sangat berbeza.
macam mana tu?
macam nie hah...

Bermaksud,baik bagi orang-orang baik tapi buruk bagi orang-orang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kita kena jadi berbeza daripada orang lain!

Berbeza di dalam kebaikan.
Kita bukan nak jadi baik saja tapi nak jadi lebih baik.

Ingatlah bahawa orang beriman itu akan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat.
orang yang beriman juga orang yang ingin dekat kepada Allah.
Dan daripada orang yang ingin dekat kepada Allah,pelbagai cara,tapi orang yang beriman itu,hasanatul abrar,wasayyiatul muqarrabin.
Kena tanam dalam diri kita bahawa iman tu perkara dasar dalam kehidupan.
Kita juga kena kuat dalam menjalani kehidupan sebagai orang beriman di dunia ini.

Jadilah orang beriman dimana sahaja kita berada,dengan siapa kita berada atau bila-bila pun kita berada.
Orang beriman itu orang yang ohsem!

Anda bila lagi?
Mari berubah dan mengubah diri kita.
Kita di dalam pandangan Allah.
Yakinlah!


Allahu musta'an.
Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian