Rabu, 21 Disember 2011

Cinta dan Nafsu 3:Awak,tolong berubah..




Assalamualaikum..
Question mark..hehe..tak tahu nak letak gambar apa untuk entri nie~
Sebenarnya,nak cakap sesuatu

Ok,Firstly,Awak,awak cantik,lawa saya tengok..
Setiap hari saya stalk awak dekat laman sosial
Awak memang saya nantikan..
Tapi..

Awak tahu tak,saya terkilan dengan awak..
Awak cantik,baik,tapi kenapa macam tu awak?
Sebenarnye,sebenarnya..
Saya tertarik dekat awak pun bila tengok gambar awak..
Yelah awak,gambar-gambar awak tu saya tengok dekat laman sosial awak
tanpa awak sedar..
Mungkin saya pun tak sedar..
Mungkin bukan saya sorang saja stalk awak,
Mungkin ada orang lain juga macam saya suka dekat awak
Awak,saya tahu awak cantik,
Saya tahu awak baik,
Tapi,awak janganlah letak banyak sangat gambar-gambar awak dekat laman sosial tu..
Kita semua bukan tahu awak kalau apa akan berlaku
Zaman moden awak,macam-macam orang boleh buat dekat awak
Dengan gunakan sekeping gambar awak saja

Jadi awak,saya susah hati sekarang bila banyak sangat gambar awak yang awak upload
Saya jadi tak tenang,
Memang lah saya suka gaya dalam gambar awak
tapi dalam masa sama saya risau
Orang zaman sekarang awak,Orang yang tak tentu ragamnya

Awak,sebagai orang yang stalk awak,
saya pun rasa dah cukup-cukup puas tengok muka awak
Awak,andai gambar tu boleh menjauhkan awak daripada-Nya,lebih baik awak remove
Saya bukan apa awak,
saya tahu awak,
saya kenal awak,
saya tahu awak baik,
Jadi,seandainya awak tak menonjolkan wajah awak dekat lelaki lain,itu lebih baik awak
Awak,dengan menatap wajah awak saja,
orang lain pun boleh mendapat saham neraka awak
Awak menjadikan orang itu tertarik dengan awak dan lalai mengingat-Nya awak
awak,saya tahu awak pandai juga
saya tahu awak faham apa yang saya nak sampaikan
Awak,walaupun saya suka stalk awak,
saya tahu tu benda tak elok,
tapi mungkin ada yang lebih tak elok dari itu awak.


Kalau saya stalk,
Mungkin ada orang lain dah save,copy dan macam-macam lagi dekat gambar awakAwak suka ke kalau ada orang simpan gambar awak?
Awak,mungkin saya ini seorang penyibuk kalau nak nasihatkan awak
Tapi saya tak nak sesuatu yang buruk berlaku dekat awak nanti
Awak,mengelak sesuatu benda buruk adalah sesuatu yang menjadi kemestian
Awak,keburukan lebih banyak daripada kebaikan kalau awak letak gambar dekat laman sosial tu awak
Awak,ini peringatan awal daripada saya awak,
saya hanya mampu stalk awak dan
memberi peringatan dari jauh
Tidak lebih dari tu awak

Awak,saya harap awak faham
Saya sudah jalankan tanggungjawab saya untuk menasihati awak
Awak,jangan menyesal kemudian hari ye awak,
Saya harap,awak mendapat keberkatannya:)

P/s:Hanya rekaan semata-mata,tiada kaitan samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.Sebuah nasihat khususnya ditujukan kepada kaum hawa yang dicintai kaum adam
(geli pulak ayat tu)haha..Btw,kaum adam memang sayang kaum hawa dan sebab itu nasihat ini diberikan:)
Wallahua'lam.



2 ulasan:

  1. urm,
    memang reka sendiri ke ?
    atau copy n paste ?

    sorry , skadar tanya.

    mekasih.

    - centreofexcellence :)

    BalasPadam

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian