Jumaat, 23 Disember 2011

Dakwah 15:Monolog hati



Assalamualaikum!
Hmm..malam yang sejuk memberikan aku seribu satu rasa untuk berkarya..
hee..

Milik siapakah hatiku ini?
Aku bermonolog sendirian.Aku kesunyian.Terdetik seketika dalam hatiku ini ingin mempunyai teman.
Aku juga manusia.Aku merasakan diri aku kosong sendirian.Aku mencari dan tercari-cari siapakah teman hatiku ini?Aku bertanya kembali kepada hatiku.Hatiku kosong.


Lantas otakku terus mencipta satu imagnasi.Imaginasi yang menarik perhatianku.
Terfikir dibenak bahawa,tidak salah berteman.Teman untuk kesunyian.
Teman untuk meneman.Aku perlukan teman.
Hatiku meronta sekali.Aku kalah.Kalah dan terus kalah taktala hati ini menyoalkan kepadaku.
Menyoalkan perihalnya yang ingin berteman.
Aku tidak mampu untuk menepis segala persoalan daripada hatiku.
Aku tewas.Tewas taktala hati berbicara.

Wahai hatiku,aku tahu kamu ingin berteman,aku tahu kamu kesunyian
Aku tahu tentang perihal kamu.
Hatiku,bersabarlah.Bersabarlah wahai hatiku.
Aku tidak mampu untuk melawan kehendakmu.
Tapi aku gagahkan jua
Hatiku,aku sayangkan kamu.
Aku takut kamu rosak
Rosak taktala mendapat teman.
Jadi,aku hindarkan berteman kerana menyayangimu

Wahai hatiku,sekiranya engkau tabahkan diri daripada berteman,
aku juga pasti jua
Hatiku,engkau perlu tahu bahawa sekiranya rosaknya dirimu,maka rosak jualah aku
Wahai hati yang lara,janganlah engkau bersedih
Sekiranya engkau bersedih,pasti aku jua terasa.
Wahai hati,jadikanlah dirimu ibarat pohon semalu
Apabila disentuh akan tertutup.
Sentuhan yang tidak halal bagimu wahai hatiku
Sekiranya engkau disapa seperti itu,maka tutuplah dirimu
Jauhkan lah dirimu sejauh yang mungkin

Hatiku,Aku tahu,aku tidak mampu menasihatimu
Tapi aku cuba.aku cuba.dan mencuba
Jauhkan lah dirimu wahai hatiku daripada kelalaian
Aku tidak mampu untuk membimbingmu
Janganlah engkau membawaku ke jalan yang mati wahai hati

Wahai hatiku,ini nasihat terakhirku
Janganlah engkau mudah jatuh,
sekiranya engkau jatuh,pasti engkau jua merasa sakitnya
Hati yang kuat tidak akan mudah terjatuh
Engkau adalah kekuatanku wahai hati.
Sekiranya engkau jatuh,jatuh jualah aku ini(jasad)
Oleh sebab itu,janganlah jatuh sebarangan wahai hati
Takut jatuh jua jasad ini ditempat yang salah
Ingatlah hati,engkau amat penting bagiku
Aku akan memeliharamu daripada bahana dunia

P/s:
monolog hati ini bersama pemiliknya.Ketika hati sering kali menyoalkan ingin berteman,lantas aku terus menepis sekerasnya tanpa melayan hasratnya.Sabarlah duhai hati..hehe..Lagi 8 tahun hatiku.Bersabarlah untuk suri hatimu.Itu lebih baik:)
Masalahnya,pehal aku tetiba jiwang nie?haha..tak pe..sekali sekala..
May Allah bless us..
Jaga hati,kalau rosak hati,akan rosak jualah jasad
Jangan mudah jatuh hati,kalau asyik jatuh je,sakit bukan?
elakkan banyak jatuh ye wahai teman!!

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian