Isnin, 12 Mac 2012

Dakwah 20:Manusia di Pentas Dunia


Pandai apple nie senyum:)


Assalamualaikum!Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi dapat lagi mengupdate blog hari ini.
Insya-Allah sedikit sahaja perkongsian.

Manusia,Sedarkah engkau bahawa engkau sedang berdiri di atas Pentas Dunia,
Pentas Dunia yang penuh fana,
Tahukah engkau wahai Manusia bahawa Pentas ini merupakan tempat mengukur 'Bakatmu'
Bakat untuk menuju ke jalan-Nya.
Adakah kau cukup berbakat wahai manusia untuk menggondol Anugerah di sana?
Director(Pengarah):Manusia yang penuh alpa
Actor(Pelakon):Manusia yang penuh dengan kejahilan

Situasi 1:Penggambaran untuk sebuah filem yang bakal pecah panggung.
Director:Cut!!!Bagus sungguh lakonan awak!Ok,Get Ready untuk babak seterusnya.Make sure untuk babak seterusnya,lagi Mantap LAKONAN awak.Pergi tukar baju lain.
Actor:Terima kasih tuan pengarah.Babak saya seterusnya Adegan yang macam mana ya?Siapa yang akan berganding dengan saya?
Director:Hmm,Lepas ini awak ada Adegan 'HOT'.Awak akan berganding dengan artis yang popular.Pastikan untuk babak ini awak buat bagi nampak REAL.
Actor:Baiklah tuan pengarah.Saya hendak pergi tukar baju dulu.Baju yang macam mana yang pengarah nak saya pakai?
Director:Owh!tentang baju,saya dah construct dengan Pereka Fesyen dan dia akan tentukan baju apa yang awak nak pakai.

tik tok..tik tok..tik tok..
Actor:Pengarah,saya dah bersedia untuk babak seterusnya.Pakaian saya sesuai tak untuk babak ini?
Director:Lah!Kenapa awak pakai macam ini?kurang sesuai.Saya nak baju yang FIX dengan badan awak.Saya nak time penggambaran nanti,Your Body Shape akan nampak.Lagi-lagi dengan badan awak yang SLIM.
Actor:Baiklah pengarah.Saya ikutkan saja.Asalkan nanti,filem ini pecah panggung,dapat kutipan BERJUTA-JUTA.
Director:Bagus.Saya suka cara pemikiran awak tu.Kalaulah ada SEJUTA orang yang macam awak,Memang filem saya akan tetap laku.
Actor:Terima kasih pengarah.saya nak tukar baju lain sekejap.

tik tok..tik tok..tik tok..
Actor:Pengarah,sesuai tak baju saya untuk babak ini?
Director:Cukup sesuai!Memang sangat-sangat sesuai.Ok,kita boleh mulakan babak ini sekarang.ACTION!!

Penggambaran pun bermula.Adegan itu sedang berjalan dengan LANCAR.Si Pelakon mulakan dengan aksinya tanpa rasa segan silu.

Director:Tahniah!Awak punya lakonan memang MANTAP!
Actor:Terima Kasih.Pakaian ini memang sesuai untuk babak tadi.Pandai Designer kita pilih.
Director:Babak seterusnya,awak akan naik motor dengan lelaki tadi.Pastikan time naik tu,pegang dia erat.Buat nampak REAL.
Actor:Baik pengarah.

Inilah manusia apabila berada Di Pentas Dunia.
Pentas yang pengarahnya juga seorang Manusia.
Manusia yang Jahil mendengar sahaja ARAHAN manusia yang alpa.
Apakah nilai manusia sebegitu rendah sehingga tidak mampu membezakan antara DOSA dan PAHALA?
Manusia,Dimanakah SENSITIVITY kau?!
Tidakkah kau ingat IKRAR kau pada Pencipta-Mu?
Adakah semudah itu engkau menuturkan JANJI dan terus LUPA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian