Jumaat, 15 Mac 2013

Cinta dan Nafsu 9:Nafsu Amarah(part 2)



Assalamualaikum Warahmatulallahi Wabarakatuh!
Sambungan kepada entri Nafsu Amarah(Part 1).
Insya-Allah.
Dengan lafaz basmallah,saya mulakan.

1-Sifat Amarah:
Sifat ini berkaitan dengan perubahan psikologi dan biologi.
Ketika kita marah,denyutan nadi dan tekanan darah akan meningkat,peningkatan hormon juga berlaku,adrenaline dan nor-adrenaline.

Selain itu,marah juga menjadi satu bentuk komunikasi yang difahami orang lain.
Apabila kita marah,orang akan anggap kita tidak bermain-main atau bergurau tetapi sebaliknya lebih kepada serius.
Marah merupakan satu bentuk emosi yang negatif berbanding gembira.
Kebiasaannya,perasaan marah timbul berikutan beberapa keadaan seperti,
terlampau penat,kerja berlebihan,dan faktoor kepanasan atau yang berkaitan.

Rasulullah bersabda,
"Sesungguhnya marah itu dari Syaitan dan syaitan diperbuat daripada api."
(Direkodkan oleh Ibnu Asakir,Mauquf)
Imam Ja'far ash-Shadiq berkata,
"Sesungguhnya marah itu adalah bara api dari syaitan yang dinyalakan dalam hati keturunan Bani Adam,dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu apabila marah maka merahlah matanya dan berdegup laju jantungnya,lalu masuklah syaitan(menguasai)ke dalam dirinya." 
Marah adalah dari syaitan.
Bila marah dari syaitan,maka itu bukanlah sesuatu yang baik.

 2-Perlu ke marah?
Marah merupakan satu daripada fitrah kejadian manusia.
Disebabkan marah sebahagian dari emosi,maka manusia memerlukannya.
tapi perlu kita ingat bahawa marah ini juga seperti nafsu.
kita perlu didik sifat marah ini supaya bertempat.

Kita boleh menilai seseorang apabila dia marah.
bagaimana?
Tengok dan lihat rasional dan tahap kewarasan kemarahan dia itu.
Sekiranya marahnya pada tahap berjaga,dan mengikut adab,maka dia mengikut rasional kemarahan yang perlu dilepaskan.
Marah perlulah kepada perkara yang berasas.
Kita perlukan alasan untuk marah dan bukannya marah dan mencipta alasan.
Bukan sama sekali.

3-Reaksi marah terbahagi kepada 3,iaitu;
 *Marah secara Ungkapan.
Reaksi ini sering kali ditonjolkan oleh orang ramai.
Lebih mudah untuk berterus terang apabila marah dan mudah difahami dengan ungkapan.
Bukan itu saja,dengan menggunakan reaksi ungkapan,ketegasan lebih tertonjol dan lebih serius.

*Marah secara Tahan.
Marah seperti ini tidak dilepaskan tetapi sebaliknya dipendam.
Penyelesaian masalah dicari dengan melakukan aktiviti lain untuk elakkan kemarahan daripada meluap.
Tekanan akan timbul apabila seseorang itu sangat kerap memendam perasaan marah.

*Reaksi meredakan kemarahan.
Contohnya kita ingin pergi bercuti ke kedah.
tetapi dalam perjalanan,tayar kereta pancit dan kita mendapat berita bahawa tempat yang kita hendak pergi itu berlaku tragedi.
Dan untuk meredakan kekecewaan tersebut,kita dapat singgah di sebuah pusat membeli-belah.
Itulah reaksi untuk meredakan kemarahan.
Yang dimana kita terima saja dan cuba untuk positif.

Kita berasa marah kerana tak puas hati dengan jalan hidup ini ataupun sesuatu perkara yang kita tidak sukai.
Sebahagian aspek penting dalam diri kita akan hilang apabila kita marah.
Kita akan menjadi kurang rasional,tidak menggunakan kewarasan akal sepenuhnya dan mungkin kehilangan kawalan terhadap anggota badan seperti hendak memukul dan menyakiti orang lain.
Penyesalan akal timbul setelah kemarahan reda.

Dalam mengendalikan sifat marah,Nabi SAW ada memberi tips untuk kita.
"Sekiranya kita marah dalam keadaan berdiri,maka duduklah,jika masih marah,berbaringlah,jika masih marah,berwudu'lah."
Diceritakan dalam sebuah peperangan,Saidina Ali bin Abi Talib telah memukul lawannya sehingga jatuh dan bersedia untuk menghunus pedangnya.Tanpa diduga,musuhnya meludahi wajah Saidina Ali sehingga menyebabkannya tidak membunuh musuh tersebut.Saidina Ali mematikan niatnya untuk menghunus pedangnya dan memasukkan balik pedangnya ke tempatnya.
Musuh tadi menjadi hairan dan bertanya,"Mengapa engkau tidak membunuhku?"
Saidina Ali berkata,"Sebelumnya aku hendak membunuhmu kerana Allah.Tetapi ketika engkau meludahiku,aku menjadi marah.Jika aku membunuhmu,aku lakukan kerana amarah dan bukan kerana Allah.
Disebabkan itu,aku mematikan niat tersebut.
Musuh tersebut terpegun dan menyedari orang yang berdiri di hadapannya merupakan seorang yang berkeperibadian tinggi.
Alasan yang digunakan Saidina Ali memang bertepatan dengan kemarahan.
Beliau menggunakan kewarasan akal sepenuhnya. 

Firman Allah dalam surah Asy Syura dan Al A'raaf.
"Dan orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji;dan apabila mereka marah,mereka memaafkannya."(Surah Asy Syura:37)
"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan,dan suruhlah dengan perkara yang baik,serta berpalinglah daripada orang yang jahil."(Surah A'raaf:119)
 4-Cara mengendalikan kemarahan.
(1)-Bertafakur.mengingatkan balik baik buruknya sifat marah ini dan kesannya.
(2)-Menakutkan diri dengan azab Allah.
(3)-Mengingatkan diri akibat daripada permusuhan.
(4)-Berfikir tentang wajahnya yang buruk ketika marah.
(5)-Berfikir sebab asal terjadinya kemarahan tersebut.
(6)-Menyedari bahawa Allah tak suka orang yang marah berlebihan.

Doa yang sunat dibaca ketika marah:
"Wahai Tuhanku,Tuhan Nabi Muhammad,ampunilah dosaku,hilangkanlah kemarahan hatiku dan lepaskanlah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan."
Sabda Rasulullah SAW,
"Apabila seseorang di antara kamu marah dan dia sedang berdiri,maka hendaklah dia duduk,sesungguhnya yang demikian itu akan menghilangkan marahnya,dan jika tidak,maka hendaklah dia berbaring."(Hadis riwayat Abu Daud)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian