Ahad, 5 Mei 2013

Motivasi 3:Masalah & kesakitan satu nikmat.Syukurilah!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dah lama tak menulis since my last entry yang agak err...
Ok.

Seperti yang kita ketahui,setiap manusia pasti akan ada masalah.
Sumber sesuatu masalah itu mungkin berpunca dari diri kita sendiri,orang sekeliling,
sesuatu keadaan akan datang tanpa diduga.
Itu ialah Masalah.

Masalah menyapa sesiapa saja tak kira dia miskin,tak kira dia kaya.
Baik sungguh masalah kerana Keramahannya.
Tapi macam mana kita ini nak jadi Friendly dengan masalah pula?
Itulah persoalannya.

Ok.Mari kita mulakan.
Anda ada masalah?Begitu juga saya.
Sumber masalah yang boleh kita dapati ada pada kelebihan dan kekurangan kita.
Kelebihan seseorang menjadi masalah kerana orang lain akan cemburu.
Cemburu ialah satu masalah baru yang akan datangkan masalah pada kita pula.
Nampak?
Kekurangan?Semua dah tau.
Apa saja benda yang tak cukup,itu satu masalah bagi manusia.
Masalah memang teman yang paling akrab bagi manusia.La Tahzan :)
Masalah itu adalah satu perkara yang kita ketahui.
Kalau kita tak tahu masalah itu,masakan namanya masalah kan?
Orang yang tak tahu duit dia hilang,tak jadi masalah baginya.
Tapi bagi yang tahu duitnya telah hilang,menjadi masalah baginya.
Betul tak?
Jadi,Masalah merupakan satu perkara yang kita ketahui.

Masalah itu satu nikmat.Betul ke?
Yup.Ini memang betul.
Buktinya ialah apabila kita ada masalah,kita pasti akan cari ubatnya.
Ehh,nampak tak solid jawapan tu kan?
Mari kita baca cerita di bawah,

Seorang Anak Tanpa Rasa Sakit
Equation for today,Masalah=Sakit.

Setiap orang pastinya tak selesa bila rasa sesuatu kesakitan kan?Pastinya.
Bila kita sakit gusi,sakit gigi,ianya merupakan satu kesakitan.
Banyak atau sedikit rasa kesakitan itu berdasarkan persepsi dan usaha kita sendiri untuk ubatinya.
Tapi bagaimana bila tiada rasa kesakitan?Adakah rasanya berbeza seperti adanya kesakitan?
Ok.Here we go.

Cerita ini berkenaan dengan seorang anak gadis di Amerika Syarikat yang lahir tanpa rasa sakit.
Dia tidak memiliki saraf rasa sakit.Terlepas daripada penyakit ganjil yang dideritainya itu,gadis kecil ini hidup normal sebagaimana anak-anak yang lain.

orang tua gadis tersebut pada awalnya tidak mengetahui penyakit anaknya,hingga pada suatu hari mereka mendapati anak tersebut menjolok-jolok matanya yang gatal hingga berdarah.,sementara dia sama sekali tidak menangisSetelah itu barulah ibu bapanya mengetahui penyakit yang dideritai anaknya dan mereka terpaksa mengenakan kaca mata khusus pada si anak untuk melindungi matanya.

Ketika gigi anak tersebut mulai tumbuh dan ibu bapanya sedang lengah, anak itu menggigit jari tangannya sendiri hingga hancur.Anak itu berasa selesa dengan apa yang dilakukannya kerana dia sama sekali tidak berasa sakit,dan dia juga belum menyedari bahaya daripada tindakannya.Sejak itu,ibu bapanya memutuskan untuk mencabut seluruh gigi anak itu.Mereka khuatir suatu ketika anak itu akan menggigit lidahnya sendiri sampai hancur.

Gadis kecil tersebut agaknya menderita penyakit yang disebut sebagai CIPA(Congenital insensitivity to pain with anhidrosis).

Rasanya sekarang,kenapa Yang Maha Mengetahui itu bagi rasa sakit ye?
Bacalah kisah diatas dan bersyukurlah atas kesakitan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang berikan kepada kita.
Memang.Fitrah manusia tak suka benda tak elok.
Tapi tak sakit itu bukan sesuatu yang elok.Kan?
Kalau kita menghadapi masalah dan berasa sakit kerananya(masalah tersebut),maka bersyukurlah.
Itu bukti Dia itu amat dekat dan sentiasa menyayangi kamu.Betul.Tak tipu.
In Biology,kalau nerve dalam badan kita tak functional well,itu satu masalah.
Walaupun pada dasarnya kita nampak benda tu sekecil kecil benda saja kan?
Sedih,putus asa,kecewa,dan heart-broken,Itu Perkara Biasa.
It's Human demand.

Mari kita amati quote daripada beberapa Bijak Pandai.

Daripada Syeikh Abdul Qadir Jailani(Seorang Ulama'),
"Jika...dia berada dalam keadaan yang menyenangkan seolah-olah musibah tidak wujud baginya. Jika dia berada di tengah-tengah musibah seolah-olah kebahagian tidak wujud.Semua itu disebabkan jahil terhadap Tuhannya."
Kata Ibnu Qayyim,Seorang yang beriman...
"tidak berasa aman daripada mudarat yang datang daripada sesuatu yang dia sukai, dan dia tidak berasa putus asa untuk memperolehi kesenangan yang datangnya daripada mudarat." 
Maksudnya,sesuatu kesenangan mahupun kesusahan tidak akan berpanjangan.
Chill lah.Semua tu kan nikmat sementara.
^^

Saya suka untuk ulang baca quote ini:
"An hour's temporary pain and sorrow leave behind a sort of pleasure in the spirit, while a pleasureable hour leaves a pain." (Said Nursi)
Syair Saadi in The Golestan of Saadi.
I didn't know who he is,but i'm pretty like his quote.
It makes me remember about Death mostly.
"A man wept all night near the head of a patient.When the day dawned,He died and the patient revived."
See.Nobody knows their future.
 
Ya Allah,besarnya nikmat masalah dan sakit yang Engkau berikan.
Besar atau kecil masalah dan kesakitan tersebut,akan aku hadapi kerana-Mu.
Engkaulah segala kekuatan dan ubat bagi segala macam masalah dan kesakitan.

Alhamdulillah!
Have a nice day Guys!
The world not at the end.It's just a started.
Believed it.
Smile always:)
Allah sentiasa disisi 

2 ulasan:

  1. Assalam. Ana pernah baca artikel ni dalam buku motivasi senyum. Ya, amat menarik. Dan ana paling ingat kisah kanak2 tanpa pain receptor tu. And...kongsikan ngan kawan2 jadi peringatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam.
      memang dari buku tu pun.
      Senyumlah by Syed Alwi Alatas.
      ^^

      Banyak kisah menarik dekat situ.
      yang selebihnya mungkin kemudian.
      ^^
      Terima kasih.
      share lah.

      Insya-Allah.

      Padam

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian