Ahad, 10 Mac 2013

Cinta dan Nafsu 6:Pengenalan Nafsu(Part 1)

Jom ikut jalan dakwah.

Assalamualaikum!
Jom mengenali nafsu kita!Tak semua orang kenal nafsu dia.
Jadi,sedikit pengenalan mengenai nafsu.
Nafsu yang ada pada setiap manusia.Yang ada dalam diri manusia sendiri.
Siapa yang tak mengenali nafsu,dia tak kenal dirinya yang sebenar.
Nafsu perlu dalam diri manusia kerana nafsulah membuatkan kita hidup juga pada masa ini.
Dengar sangat 'weird' bukan?

Nafsu berasal dari bahasa Arab,nafs yang bererti jiwa.Nafsin bererti memiliki jiwa.
Nafsu manusia mengalami tingkat-tingkat yang dinamik.
Dinamik bermaksud jiwa seseorang dapat meningkat dan menurun berdasarkan perbuatan ataupun kualiti keimanan seseorang.
Berikut adalah peringkat yang diambil dari kitab Qathrul Ghaits karangan syeikh Nawawi Tanara al-Bantani,Addurunnafis karangan Syeikh Hasan al-Banjarie dan Buku Kunci Memahami Ilmu Tasawuf karangan Dr Mustafa Zahri.
1-Nafsu Amarah:
Golongan yang berada pada tahap ini mempunyai nafsu yang belum terasah iaitu golongan yang melakukan maksiat tetapi tidak berasa berdosa.Mereka melakukan kesalahan tetapi tidak berasa bersalah.

2-Nafsu Lawwamah:
Golongan yang berada pada tahap ini mempunyai nafsu yang berasa bersalah apabila melakukan dosa tetapi tetap masih melakukannya lagi.

3-Nafsu Mulhamah:
Apabila seseorang mengalami pengalaman buruk seperti mengalami gangguan fungsi hati akibat meminum minuman keras,kesannya orang tersebut tidak akan minum arak lagi.Nafsu Mulhamah bermaksud nafsu yang disebabkan oleh sesuatu perkara yang lain dan memberi kesan ke atasnya.

4-Nafsu Muthmainnah:
Apabila seseorang yang pernah terjerumus ke lembah maksiat dan bertaubat walaupun dihasut oleh rakan-rakan untuk melakukan maksiat kembali,dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

5-Nafsu Radhiah:
Apabila seseorang itu berada dalam kesenangan tiba-tiba dia ditimpa musibah.Dia tetap sabar dan  berusaha untuk meningkatkan keimanannya kepada Allah.Nafsu ini meredhai segala ketentuan Allah kepadanya.

6-Nafsu Mardiah:
Setelah dia meredhai atau ikhlas dengan ketentuan Allah,giliran dia untuk diredhai oleh Allah.Apapun yang ingin dilakukan telah diredhai oleh Allah.Bermaksud dia telah dilindungi daripada melakukan perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah.

7-Nafsu Kamaliyah:
Nafsu yang sempurna dimana dia sudah memiliki tiket ke syurga.Dia sudah mengalami pengembaraan nafsu yang jauh dan telah memiliki gelaran ahli syurga.

Inilah peringkat nafsu yang akan dilalui manusia.Walaupun sangat susah untuk melawan nafsu yang ada dalam diri manusia ini,tetapi kita perlu kuat.
Walaupun mujahadah itu pahit,Syurga untuk kita semua sangat manis serta lazat bagi orang-orang yang beriman.
Marilah kita cuba meningkatkan nafsu bagi mencapai hati yang selamat dan sejahtera kepada Allah.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih.
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya susut dan terbenam kebersihannya."
(Asy Syams:9-10)

Apa peranan nafsu?Benda yang seburuk nafsu ini pun ada peranan ke?
Mari kita lihat peranan nafsu.

Peranan Nafsu:
Islam menganggap nafsu adalah musuh manusia.
Allah SWT juga menegaskan dalam firmannya:
"...Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan..."
(Yusuf:53)
Nafsu adalam musuh dalam diri manusia.
Nafsu adalah jismul latif(tubuh halus yang tidak dapat dilihat)
Kejahatan nafsu perlu dibuang dalam diri kita.
Namun begitu,nafsu tetap sebahagian dari diri kita.
Oleh itu,melawan nafsu adalah perkara yang sangat sukar.

Nafsu adalah jalanraya kepada syaitan.Ini diterangkan oleh hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan bergerak mengikuti aliran darah,oleh itu sempitkanlah jalan syaitan dengan melalui lapar dan dahaga."
(Direkodkan oleh Ahmad)
Sekiranya hati rosak,maka rosaklah seluruh anggota badan.
Sekiranya nafsu tidak dididik,mudahlah bagi syaitan untuk mempengaruhi kita.
Nafsu diperlukan manusia dan boleh menjadi alat untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia sebelum sempat ke akhirat.

Kisah di bawah dapat dirujuk pada kitab karangan Usman bin Hasan bin Ahmad Asy Syakir Alkhaubawiyi,beliau hidup pada abad 13 Hijrah.

Ketika Allah SWT menciptakan Akal,Allah bertanya kepada akal,
"Siapakah kamu,Siapakah Aku?"
Akal mmenjawab,"Saya hamba,Engkau Tuhan."

Kemudian Allah memerintahkan akal supaya maju ke hadapan dan berundur ke belakang.Akal mematuhi perintah Allah.Hal ini menunjukkan bahawa akal begitu taat kepada Allah.

Kemudian,Allah menciptakan nafsu.
ketika Allah bertanya kepada nafsu,
"Hai nafsu,siapakah engkau,siapakah aku?"
Nafsu menjawab dengan sikap membantah,
"Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku."

Allah murka kepada nafsu dan mencampakkan nafsu ke neraka selama 100 tahun,ia dipukul dan dibakar sehingga hangus menjadi arang.Kemudian nafsu dikeluarkan dari neraka,Allah bertanya lagi kepadanya,
"Siapakah engkau,Siapakah Aku?"
Nafsu menjawab,"Engkau Tuhan,aku hamba."

Ketika Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS,Allah memasukkan akal dan nafsu ke dalam dirinya.
Maka terjadilah pertentangan antara nafsu dan akal di dalam diri manusia.
Kadang-kadang nafsu menang dan sebaliknya.
Nafsu mengajak kepada kemungkaran sedangkan akal berfikir dahulu sebelum melakukan kemungkaran dan akal lebih cenderung kepada kebaikan.
Walaubagaimanapun,tidak dinafikan bahawa setiap manusia memerlukan nafsu untuk hidup.
Tanpa nafsu,manusia akan mati kerana tiadanya nafsu untuk makan dan untuk berketurunan.
Nafsu makan merupakan fitrah semulajadi manusia.

Diceritakan bahawa pernah seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan memberitahu baginda bahawa dia ingin membunuh nafsunya supaya dapat berjuang bersungguh-sungguh.
Tetapi Rasulullah melarang kerana Rasulullah sendiri berumah tangga dan baginda menyukai umatnya mempunyai keturunan yang ramai.

Ada seorang sahabat pula mengatakan kepada Rasulullah yang dia ingin berpuasa terus menerus supaya dapat lebih berbakti kepada Allah.Rasulullah juga melarangnya kerana baginda juga berpuasa dan berbuka.

Rasulullah mensyorkan kita akan mengambil jalan tengah iaitu manusia tetap memerlukan nafsu tetapi jalan tersalah langkah kerana kelak akan membawa kita ke neraka.
Rasulullah bersabda tentang nafsu ini yang bermaksud:

"Ada dua lubang yang dapat menyebabkan seseorang masuk ke neraka,iaitu lubang faraj dan lubang mulut."
(Direkodkan oleh Tirmidzi)
Jadi,kita jagalah apa yang patut seperti yang Nabi SAW sabdakan.
Sekuat-kuat nafsu,kuat lagi manusia kerana Allah menciptakannya bukan untuk perkara yang sia-sia.
Appreciate what Allah does for Us! Nothing created by Him without a reason.
Imam al-Ghazali mengibaratkan nafsu sebagai anjing,sekiranya dilatih ia akan menjadi baik.
Oleh itu,nafsu kita perlu dilatih dengan baik untuk cenderung melakukan kebaikan.
nafsu juga dapat kita jadikan kuda untuk ke syurga.
Nafsu bukanlah jahat sekiranya ditarbiyyah dengan osem(Awesome)!
Nafsu,sejahat mana pun engkau,akan aku didik agar kita bersama merasai nikmat syurga-Nya kelak.
Insya-Allah.
Wallahua'lam.

sumber:
Buku 7 Peringkat Nafsu-Adil Akhyar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian