Jumaat, 15 Februari 2013

Dakwah 25:Siapa suka meminjam,wajib baca!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ya Sodiqi!
Alhamdulillah!Bersyukur kita atas nikmatnya yang melimpah ruah.
Kalau kita kata,"Aku orang paling miskin,tak pernah kaya-kaya",
tak apa.Allah Maha Mendengar.Hikmah Allah terselit dicelah-celah kemiskinan yang kita hadapi itu.
Indeed,Allah knows His servants more than ourselves.
Jadi,Bersyukur jasad dan roh ini diberi peluang dan ruang untuk berbakti,untuk taat kepada-Nya.
Nampak?

Sekarang nie ramai orang suka pinjam-pinjam.
tapi,bila nak bayar tu,punyalah liatnya.
contohnye buat Bank loan.
Betul tak?mesti kita semua satu daripada jenis yang macam tu kan?
Ke tak?Insya-Allah tak.

Sedar tak sedar,kita ini dah terbiasa dengan budaya suka meminjam kan?
dari sekolah lagi kalau ada saja benda tak cukup,pinjam kawan sebelah.
"Amin,pinjam pensel ko kejap."
"Aiman,aku lupa bawak pemadam.pinjam kau punye kejap."
Perkara pinjam meminjam ini jadi lumrah dalam hidup manusia dari kecil hingga dewasa.

ehh,kita pun meminjam juga sejak dari bayi lagi.
kan?tak percaya?
sebelum lahir pun kita dah reti nak pinjam-pinjam nie.
memang lah manusia lumrahnya meminjam.

Sebelum lahir,Allah bagi pinjam kita nyawa dan badan atau roh dan jasad.
Baik kan Allah beri kita pinjaman yang orang lain tak boleh OFFER pun.
Free Offer tu.Actually not free.priceless but worth.

Jadi,Kita dah buat pinjaman pertama dengan Pencipta kita sendiri.
Dasyatnya!Pinjaman yang dalam pinjaman.
Pinjaman Allah yang beri kita peluang untuk meminjam dari manusia.

Frankly,Allah sangat Baik.
Dia bagi kita pinjam bukan yang second-hand.

Dia bagi kita pinjam yang orang kata,terbaik dari "Kilang."
"Free,No Fee"

Rasanya lah kan,kalau manusia ini,adat meminjam,pasti benda tu ada rosak2 sedikit kan?
biasalah tu bagi manusia kalau benda yang dia pinjam tu orang lain punya.
Buat sambil lewa saja lah.Jaga pun hangat-hangat tahi ayam je.

Hati ini!Allah bagi kita pinjam.
Sejak dari lahir lagi.Hati yang suci,murni,bersih dan semua mahmudah.
Tapi bila dah besau panjang,adalah tompokan sedikit demi sedikit.
kiranya ada rosak sedikit2 lah.
"Oit!Barang pinjam tu!kenapa kau rosakkan?"
Ok.Fine.
Kalau rosak sedikit tu boleh terima lagi.
Bagaimana kalau macam dah tak ada rupa dah benda yang kita pinjam tu?

"Aiman,pinjam pemadam!"
tik tok tik tok..
3 hari kemudian,"Aiman,nie pemadam kau dulu aku pinjam.lupa nak bagi."
"Apaaa!Tak pe lah.simpan saja lah.Tu habuk."
Nampak?

Ibaratnya,Allah dulu bagi kita Hati yang suci dan murni.
tapi sekarang,rupa apa agaknya hati kita nie ye?
Warna hati tu pun tak dapat detect dah warna apa.
Tak takut ke?
Kenapa nak takut?

"Uitt,manusia ini.memang dasar tak takut betul."
Macam mana nak jawab ye nanti bila nak pulangkan balik Hati ini?
Dengan dosa dan nodanya,plus lubang,koyak sana sini.
Kita yang nak pulangkan tu pun terasa segan.
Kalau lah terasa macam tu.

Jadi,renovate hati sebelum jumpa Dia itu yang terbaik sekarang kan?
Ramai remaja sekarang sukakan cinta.
memang itu fitrah.dan tak terlepas juga kepada diri ini.
tapi,Cinta tu biarlah hatinya kepada Pencipta.
Itu lebih baik.

Kalau tak silap,As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pernah berkata:

Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,maka aku akan berjalan ke seluruh pelosok tempat bagi mencari jiwa-jiwa muda.  
Aku TIDAK INGIN mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku ingin Hati-hati Yang Ikhlas untuk membantu bersamaku MEMBINA KEMBALI BANGUNAN USANG ITU MENJADI BANGUNAN TERSERGAM INDAH
Jadi,nampak tak dekat situ?Sedangkan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna pun berkata demikian.
Jadi,rasa-rasanya,Allah bagi kita ini pinjaman yang bernilai ke tak?
Dan macam mana ye kita nak kembalikan pula pinjamn tu.
Adakah dalam keadaan SEMPURNA,BOLEH LAH atau ROSAK & HANCURS?
Sama-sama kita fikirkan dan renung-renungkan.

Setiap pinjaman itu akan dikembalikan seperti sedia kala.Kita ini pun pinjaman juga.bukan kita sahaja.keluarga,harta,anak-anak,isteri.semuanya itu pinjaman.dan kita kena kembalikan.jadi,sebagaimana kita pinjam dari yang Maha Kaya,seperti itulah yang kita akan pulangkan.Allah bagi kita pinjam jasad dan roh ini dalam keadaan yang elok dan suci dan seperti itulah kita akan kembalikan kepada pemilik-Nya kembali.
#Elok dan suci maksudnye dari mula2 kelahiran kita.(zulfadlihakimzulkefli)

Kalau apa yang saya belajar,Sunat bagi orang yang meminjam itu merekodnya.
Jadi,kita cuba rekod apa yang kita pinjam dari Allah.
cuba hitung.

" Dan jika kamu menghitung nikmat-nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan sanggup menghitungnya"  (Qs Ibrahim [14] 34; an Nahl [16] ayat 18)

Wallahua'lam.
Khairulminallah wa Syarru minal nafsi.
Assalamualaikum!
Semoga bermanfaat!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian