Ahad, 17 Februari 2013

Motivasi 1:Hidup bukan 100% kita tentukan.


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh!
"Hiduplah seperti apa yang anda tentukan".
Pernah dengar caption atau ayat begitu tak di television?
Jadi,apa agaknya kan maksud ayat tu?
Secara umumnya,setiap dari kita diberikan peluang untuk hidup dekat bumi Allah ini sebagaimana yang kita nak.
tapi.ada juga tapinya.macam yang dikatakan tajuk entri ini,
"Hidup bukan 100% kita tentukan".
Ianya agak bertentangan dengan yang caption siarkan di TV.

Pertama sekali,cuba kita tanya diri kita,kenapa kita kena tentukan hidup kita?
sebenarnya,kita tentukan ini untuk apa?
setiap hidup pasti ada halatuju dari mana hendak kemana.
ataupun dikenali sebagai matlamat.

Mungkin apabila kita lihat tajuk entri ini,ada yang agak kurang bersetuju.
Menurut pandangan Ahli sunnah wal jamaah tentang hidup,
"Allah memberi kuasa memilih kepada manusia berdasarkan kepada akal dan wahyu dalam melakukan sesuatu perbuatan tetapi perbuatan itu dengan izin Allah."
Dalam perkara Qada' dan Qadar pula,pandangannya serupa.
"Allah menjadikan kehendak dan kemahuan kepada manusia tetapi ia bergantung kepada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri."
Jadi,memang hidup kita ini kita usahakan.
Kadang-kadang,apa yang kita rancang,tak sama seperti apa yang kita harapkan.
Yelah.
"Aku rancang sabtu ini nak pergi tempat sekian2".Tapi hujan.
Jangan bersedih wahai diri.
Allah selalu memberi "motivasi" kepada hamba-hambanya mengenai ini.
Allah berfirman didalam Al-Quran bahawa:
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.
Jadi,memang kita dah rancang penuh teliti.
Dah kaji "Probability" sesuatu benda untuk berlaku.
Dah tengok ramalan cuaca,tengok awan dekat luar.
Tapi,Benda yang kita tak nak tu tetap jadi.kenapalah Allah suka bagi manusia ujian macam tu kan?
 Walaupun kita dah tentukan,dah rancang,tapi kita juga kena ingat,Allah dah rancang lebih awal dari kita.
Cuma kadang-kadang,kita fikir kita selalu rancang dulu dari Allah.
Tu mungkin silap manusia sendiri yang lemah lagi daif.

"Jadi,buat apa aku nak rancang kalau Allah dah tolong rancangkan?"
Memang Allah telah rancang.tapi,kita boleh mengubahnya.
Dengar macam melawan kekuasaan Allah kan?
Tapi sebenarnya Allah beri kita pilihan di dalam rancangannya.
Kiranya,kita boleh "edit" balik lah.
tapi bukan semuanya kita boleh "edit" balik.semuanya dalam ketetapan dan izin-Nya sahaja.
Jadi,salahkah merancang?jawapannya,tak salah.tapi biar berpada-pada.
Kita merancang bukan untuk kita.Kita merancang untuk ikut Allah.
Maksudnya dekat sini,semuanya kita rancang,pasti akan "reverse to Allah"
ke Utara,Selatan,Timur dan Barat mana pun kita pusing,pasti,for sure akan berbalik kepada Allah.

Jadi,Memang betul lah kan hidup bukan 100% kita tentukan?
Memang lah.Kalau kita tentukan,cuba bayangkan yang ini.
Analogi lah.
"Kita ini seorang fakir miskin.dulu kaya raya tapi sejak bankrap,merempat dekat tepi jalan.
Dulu,memang kita dah rancang nak berjaya,tapi tak pernah pula merancang akan "fall setinggi itu".
Kita rancang untuk naik tapi kita tak pernah rancang untuk turun.
Bila kita duduk merempat tepi jalan,mengemis,tiba-tiba.
datanglah seorang manusia.dia bagilah benda yang kita tak rancang pun akan dapat pada waktu dan keadaan kita macam tu.Bayangkan anda dapat RM100 directly and instantly dalam waktu dan keadaan macam tu.Jadi,anda yang rancang atau siapa?"
Nampak?semuanya kita rancang ada yang sama seperti apa yang Allah rancang dan ada yang tidak.
Yang penting,sekiranya Allah rancang itu akan terjadi,pasti dan tiada keraguan.
Allah S.W.T berfirman:

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila dia menghendaki sesuatu hanyalah Berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka terjadilah ia.
Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.(Surah Yaasin:82-83)"

Maha Suci Allah yang telah menentukan setiap kehidupan diriku ini penuh dengan hikmah yang tersembunyi.
Percayalah wahai diriku bahawa setiap jalan yang Allah izinkan engkau lalui penuh dengan hikmah.
Hikmahnya sentiasa tersembunyi agar manusia cenderung untuk berfikir.
Janganlah engkau mengeluh keluh dan resah kerana Allah akan berikan apa yang terbaik dihujung.
Sifat manusia yang dibuktikan oleh Allah:

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat resah gelisah.Apabila dia ditimpakan kesusahan dia gelisah(Surah Maa'rij 70:19-20)"
Jadi,jangan resah,jangan gelisah sekiranya hidup bukan seperti apa yang kita tentukan.
Percaya pada Allah kerana Allah mampu dan selalu memberi yang terbaik bagi hamba-Nya.
Selagi kita berpegang kepada tali Allah,selagi itulah,jatuh bangun kita ini tiada penghujung.
Jadi,Believe in Allah.Always.
Ingat!Allah memegang "Saham" dalam hidup kita juga.
Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian