Ahad, 3 Mac 2013

Tokoh Islam 1:Al-Hassan Ibn Al-Haytam,Pengasas Ilmu Optik Dan Ahli Fizik


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan lafaz Basmallah,Saya mulakan entri pada kali ini.
Mari kita kenali Tokoh-tokoh Islam ataupun sebagai Pejuang Islam.
Ramai di antara kita ini masih tidak kenal siapa sebenarnya pencetus kebanyakkan ilmu pengetahuan di dunia ini.
Yang kita tahu,hanyalah Sarjana Barat.Pelopor ilmu pengetahuan sebenar ialah 
Ilmuwan Muslim.Mereka kurang ataupun tidak dikenali kerana "Humble" dengan ilmu yang ada.
Mereka bukan ingin mengukir nama dengan ilmu yang mereka miliki.
tetapi mereka ingin mengangkat Tamadun Manusia menjadi lebih baik dari pelbagai segi.

Jom kita kenali siapa sebenarnya Pengasas Ilmu Optik dan Alhi Fizik ini!
Tanpa Pakar kita ini,nescaya sekarang ini,tiada kamera.movie,cermin mata dan lain-lain yang berkaitan optik.

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hassan bin al-Haytham al-Basri al-Misri.Lahir di Basrah,Iraq lebih kurang pada tahun 1038M.Dikenali di Barat sebagai (Avenalan,Avenetan, atau Alhazen.)Semasa hayatnya,beliau juga tercatat sebagai ahli fizik pertama dari golongan Islam.

Dari segi penulisan,beliau telah menulis pelbagai karya seperti:
1-Kamus Optik(Kitab fi al-Manasit)
2-(Mizan al-Hikmah),membahaskan tentang kepadatan atmosfera dan hubungan antara kepadatan udara dengan faktor ketinggian.
3-Buku tentang kosmologi
4-Kitab tentang evolusi

Beliau lahir dalam keluarga yang akrab dengan dunia ilmu pengetahuan.
Beliau telah berhijrah ke Mesir dengan tujuan untuk meneruskan pendidikan di Universiti al-Azhar kerana cinta akan ilmu.
Semasa disana,beliau melakukan kajian mengenai aliran dan saluran Sungai Nil.
Beliau juga membina mesin untuk mengatur aliran Sungai Nil yang sering banjir dan menggenangi tanah pertanian rakyat.

Di dalam Kamus Optik(Kitab fi al-Manasit) yang memaparkan berbagai ragam fenomena cahaya termasuk sistem penglihatan manusia.
Ibnu al-Haytham juga menjelaskan secara terperinci fungsi dan bahagian mata seperti konjungtiva,iris,kornea,lensa dan menjelaskan peranannya.
Beliau juga menjelaskan tentang ragam cahaya yang muncul semasa matahari terbenam dan juga melahirkan teori berbagai jenis fenomena fizikal seperti bayangan,gerhana dan juga pelangi.


Eksperimen dilakukan oleh Ibnu al-Haytham untuk menjelaskan penglihatan binokular dan memberi penjelasan yang betul tentang bertambahnya saiz matahari dan bulan ketika mendekati cakerawala.
Tidak hairanlah jika dikatakan "Bapa Optik" dunia itu memecahkan rekod sebagai orang pertama yang berjaya menggambarkan dengan keseluruhannya serta secara terperinci organ penglihatan manusia.

Teori penglihatan yang diajukan oleh dua ilmuwan berasal dari Yunani,Ptolemeus dan Euclid dipatahkan oleh teori dari Alhazen ini.
Teori kedua-dua ilmuwan ini ialah menyatakan bahawa cahaya keluar dari mata dan mengenai sesuatu objek yang membolehkan manusia dapat melihat.
Teori ini dibetulkan oleh Ibnu al-Haytham dengan menyatakan bahawa Objek yang mengeluarkan cahaya yang kemudiannya ditangkap oleh mata sehingga kita dapat melihat.
Kitab Optik telah terus bertahan selama 500 tahun lamanya sebagai buku paling penting dalam ilmu optik.
Pada tahun 1572,karyanya telah diterjemahkan lke dalam bahasa Latin dengan judul Opticae Thesaurus. 
Sinar cahaya keluar dari garis lurus dari setiap titik pada permukaan yang bercahaya.

Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena.Beliau juga membahaskan tentang senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta masalah bayang-bayang dan gerhana.Beliau juga mengkaji tentang pembiasan cahaya(Refraction) dan pembalikan cahaya(Reflection)

Beliau juga merupakan pengasas teori lensa pembesar.Teori ini digunakan oleh ilmuwan di itali untuk membuat kanta pembesar pertama di dunia.
Di dalam bukunya,Mizan al-Hikmah dia juga membahaskan tentang kepadatan atmosfera dan hubungan antara kepadatan udara dengan faktor ketinggian.
Alhazen juga membahaskan teori daya tarik dengan meluas iaitu adanya hubungan antara kepantasan dengan graviti.Beliau juga seorang ahli astronomi.

Itulah yang saya mampu kongsi untuk entri kali ini.
Subhanllah!hebatnya ilmuwan Muslim.Mereka mengkaji untuk mencipta tamadun yang lebih hebat.
sumbangan ilmuwan Muslim tidak dapat dinafikan lagi.

Mari kita lihat video ini sebentar.
Video ini menceritakan sedikit mengenai ilmuwan Muslim.
Saksikan.Walaupun tak ada subtitles,fahamkan lah sendiri.
English yang digunakan tak lah complicated sangat.
Happy to share:)


Untuk berkenalan lebih lanjut dengan tokoh ilmuwan islam ini,click sahaja disini.Abu Ali al-Hassan bin al-Haytham al-Basri al-Misri.

Sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen anda sekiranya mempunyai sebarang pendapat.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini
Semoga dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian